Jumaat, 28 April 2017

beriadah sambil mendidik: masa kualiti bersama anak aktif

bermain sehingga ke 'titisan tenaga' yang terakhir...😅


Anak kecil kami yang baru 'dapat kaki' memang agak aktif dan lasak. Pada waktu tersebut juga, anak memerlukan banyak perhatian dan pemerhatian. Jika mereka letih bermain di siang hari berkemungkinan besar malam kita tak letih kerana anak akan tidur lena dan hanya merengek untuk susu. Tetapi nak menghabiskan masa bermain dengan mereka juga satu cabaran sebagai orang dewasa, kadang-kala dah hilang idea untuk aktiviti seterusnya. Anak pula mula meragam dan memberontak kerana bosan...akhirnya kitapun keluar jalan-jalan ke shopping compleks dsbgainya bagi memenuhi ruang-ruang kosong. Sebagai ibu dan bapa bekerja yang bertanggungjawab, hujung minggu perlu diisi dengan masa yang berkualiti bersama anak namun pada masa yang sama tertekan dengan kerja rumah serta komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Adakalanya ada jemputan kenduri yang perlu dipenuhi dan masa terasa terlalu singkat untuk aktiviti bersama keluarga. Walaubagaimanapun itu bukan alasan untuk kita menidakkan masa berkualiti bersama anak yang sedang lasak (lingkungan 1-3tahun).

Selain daripada percutian beberapa hari yang melibatkan kos, kita juga boleh menghabiskan waktu bersama anak kecil di taman-taman awam berdekatan jika budget & masa yang dimiliki agak terhad...sebagai contoh jika  pada hari tersebut kita hanya ada dalam 2-3 jam sahaja. Seandainya cuaca tidak mengizinkan kita boleh memilih tempat-tempat 'indoor' seperti di pusat membeli belah...Opss jika rasa tak ada budget dan tak sampai hati jika anak berkenan dengan mainan-mainan di sana ada lagi alternatif lain yang mana ia lebih jimat,punya pengisian mendidik serta bermanfaat.



MASJID MESRA KELUARGA

Baru-baru ini kami ke masjid Shah Alam yang terletak kira-kira setengah jam dari rumah kami (berkereta). Selain dari tujuan solat, kami  mahu menghabiskan masa singkat kami dengan beriadah bersama anak kami di sini kerana suasana masjid ini yang mesra keluarga.

ketenangan....

1 jam yang berkualiti

Walaupun perlu solat secara bergilir-gilir namun di sini mudah nak melayan karenah anak yang sedang aktif dan lasak. Sejuk hati melihat si kecil yang baru berusia setahun 5 bulan cuba mengikut cara papanya serta jemaah lain bersolat.

ruang legar masjid yang luas: seronok dapat kawan sepermainan baru, puas berlari-lari 😄. Kerusi urut elektronik juga disediakan.

*terdapat cafe di kawasan tersebut, (luar masjid) tak perlu risau tentang makan.



Tiada ulasan: