Jumaat, 28 April 2017

sanwich inti telur

Sanwich ringkas inti telur



inti telur untuk sanwich ni memang biasa kita temui dijual di stesen-stesen minyak. Telur rebus dihancurkan lumat bersama mentega dan mayo...

Kali ini saya adun inti telur berlainan sedikit caranya untuk impak yang lebih terasa.

bahan

5 biji telur rebus
3 sudu penuh mayonis
butter untuk di sapu pada roti
cili kering dikisar kasar yg disangai@potongan kecil cili api /cili besar untuk rasa pedas
garam dan lada sulah secukup rasa
daun salad dipotong sederhana.

telur dilenyek dengan garpu (kasar-kasar jer tak perlu lumat)
gaul lembut telur tadi dengan mayonis, cili dan salad , perisakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.

sedia untuk dikapit roti!


beriadah sambil mendidik: masa kualiti bersama anak aktif

bermain sehingga ke 'titisan tenaga' yang terakhir...😅


Anak kecil kami yang baru 'dapat kaki' memang agak aktif dan lasak. Pada waktu tersebut juga, anak memerlukan banyak perhatian dan pemerhatian. Jika mereka letih bermain di siang hari berkemungkinan besar malam kita tak letih kerana anak akan tidur lena dan hanya merengek untuk susu. Tetapi nak menghabiskan masa bermain dengan mereka juga satu cabaran sebagai orang dewasa, kadang-kala dah hilang idea untuk aktiviti seterusnya. Anak pula mula meragam dan memberontak kerana bosan...akhirnya kitapun keluar jalan-jalan ke shopping compleks dsbgainya bagi memenuhi ruang-ruang kosong. Sebagai ibu dan bapa bekerja yang bertanggungjawab, hujung minggu perlu diisi dengan masa yang berkualiti bersama anak namun pada masa yang sama tertekan dengan kerja rumah serta komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Adakalanya ada jemputan kenduri yang perlu dipenuhi dan masa terasa terlalu singkat untuk aktiviti bersama keluarga. Walaubagaimanapun itu bukan alasan untuk kita menidakkan masa berkualiti bersama anak yang sedang lasak (lingkungan 1-3tahun).

Selain daripada percutian beberapa hari yang melibatkan kos, kita juga boleh menghabiskan waktu bersama anak kecil di taman-taman awam berdekatan jika budget & masa yang dimiliki agak terhad...sebagai contoh jika  pada hari tersebut kita hanya ada dalam 2-3 jam sahaja. Seandainya cuaca tidak mengizinkan kita boleh memilih tempat-tempat 'indoor' seperti di pusat membeli belah...Opss jika rasa tak ada budget dan tak sampai hati jika anak berkenan dengan mainan-mainan di sana ada lagi alternatif lain yang mana ia lebih jimat,punya pengisian mendidik serta bermanfaat.



MASJID MESRA KELUARGA

Baru-baru ini kami ke masjid Shah Alam yang terletak kira-kira setengah jam dari rumah kami (berkereta). Selain dari tujuan solat, kami  mahu menghabiskan masa singkat kami dengan beriadah bersama anak kami di sini kerana suasana masjid ini yang mesra keluarga.

ketenangan....

1 jam yang berkualiti

Walaupun perlu solat secara bergilir-gilir namun di sini mudah nak melayan karenah anak yang sedang aktif dan lasak. Sejuk hati melihat si kecil yang baru berusia setahun 5 bulan cuba mengikut cara papanya serta jemaah lain bersolat.

ruang legar masjid yang luas: seronok dapat kawan sepermainan baru, puas berlari-lari 😄. Kerusi urut elektronik juga disediakan.

*terdapat cafe di kawasan tersebut, (luar masjid) tak perlu risau tentang makan.



Selasa, 18 April 2017

tip jimat deko : 'convert'

#jimatdeko
#sajakongsi

1. direka untuk tempat letak kasut dan pelbagai : jika didapur saya buat tempat letak minyak masak.

2. tempat letak sudu : convert sebagai tempat susun tutup periuk,dulang dsgnya.

3. tempat keringkan salad : tak selalu ada salad, sementara itu bolehlah tos botol-botol anak. Tak sesuai nak tos lama atas sinki sebab penyebaran bakteria lebih mudah di tempat tersebut. 


4. bingkai gambar nie saya beli dalam rm15...tak perlu untuk jadi pelukis hebat untuk hasilkan gambar. Jika tak pandai lukis boleh gantung lukisan anak atau letak gambar kegemaran. Saya gunakan bingkai nie untuk selit kad nama yang penting@jemputan kahwin agar tak terlupa.

5. lantera lilin: 'convert' sebagai tempat letak sudip dsbgnya.





6. lebihan 'vanil' lantai boleh digunakan sebagai penutup ruang udara.
#rumah'masuk'aircond

bonus : 'convert' aksesori



7. kepada anggota beruniform yang biasa hilang@longgar pin belakang 'colardot' bolehlah guna ni sebagai alternatif sebelum dapat aksesori baru.....





Jumaat, 14 April 2017

kisah kusyen leper

belum puasa dah sibuk rancang shopping raya kannn...duit rasa makin kecil...nak beli macam2 pulak...sabar dulu,mana yang boleh kitar semula kita olah jadi macam baru...jadi bolehlah tumpu pada perkara yang lebih penting...sebagai contoh,kusyen-kusyen kecil kita yang dah meleper...nak tukar sarung barupun sudah tidak menarik lagi sebab dah meleper, nak buang sayang pulak,nak sumbat kekabu dah tak rajin...

alhamdullillah diberi ilhamNya...



2 kusyen sumbat dalam satu sarung...
solid,padat...comel semula!

posted from Bloggeroid

benyek melepik.....

selepas.....solid,gebu & padat!


simple deco.....

Jumaat, 7 April 2017

antara dongeng dan rialiti....

masa kita kecil terutamanya ketika zaman kanak-kanak (era 80an....)lahir sekitar 70an-80an...ramai antara kita (gadis) yang terpengaruh dengan dunia fantasi Cinderalla dan Snow White. Bagi insan kebanyakkan kita mengharap ada jejaka/putera yang ubah/selamatkan kita dari kemiskinan atau kesunyian...menemui bahagia kata orang....

tapi kini aku sedar setelah menonton satu segmen motivasi/ceramah seorang uztazah antarabangsa...kisah fantasi sedemikian bukanlah satu kisah yang perlu dijadikan inspirasi sebaliknya ia hanya akan melemahkan pemikiran kita di saat kita rasa terainaya atau kesempitan. Wahai gadis/wanita diluar sana...kita tak perlukan 'price charming' untuk keluarkan kita dari kesunyian dan kepayahan (kecuali kalau dah jodohkan) bukan egois...maksud saya kita tak perlu hanya menunggu saat 'penyelamat' itu tiba...kita harus berusaha keluar dari kepongpong derita,perasaan sunyi mahupun keinginan untuk memajukan diri sendiri....dan satu-satunya pengharapan yang wajib kita arahkan pastinya hanya pada Yang Maha Esa. Usaha dengan ilmu dan tawakal keranaNya...



....im not inspired by cinderalla glass shoes hoping prince charming to change my life for the better...i believe we should change our own, its just my spectical glass looking hoping for a clearer vision. May Allah protect us from evil eyeside.....

posted from Bloggeroid

Isnin, 3 April 2017

Lupus ayat/quran lama atau rosak

Sebelum ini aku tertanya-tanya tempat atau cara melupuskan Al-Quran yang rosak di sekitar Kg.Sg Udang, kg.Delek & jalan Yadi. Pernah juga terbaca tentang masjid yang ada tempat dan pengendalian tersebut. Ayat suci kalam Allah ini perlu dikendalikan dengan tertipnya yang tersendiri. Kebetulan ada program berkaitan yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Klang di Bangunan utamanya. Kepada penduduk sekitar bolehlah war-warkan serta singgah menggunakan khidmat tersebut jika ada keperluan. Pelancarannya 21 April 2017...tak pasti pula berapa lama ia berlangsung. Tetapi tidak ada masalah untuk menggunakan khidmat tersebut sebelum majlis pelancarannya.

sumber gambar: FB Pekerti MPKLANG



#selepas tarikh berkenaan sila rujuk pada ajk masjid
posted from Bloggeroid

Hias dan guna

Individu yang gemar berada di dapur sememangnya mengimpikan deko dapur tersendiri. Tak semestinya dapur perlu mewah. Yang penting berbelanjalah mengikut keperluan...keinginan tu kita lengkapkan secara berdikit-dikit bagi sesiapa yang kurang dari segi 'budget'.



Bagi aku jika nak tambah keseronokkan di dapur, deko datang seiring dengan keperluan. Pendek kata, barang-barang seterusnya yang dibeli untuk keperluan pada masa yang sama boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi. Diperingkat awal aku memang membeli mengikut keperluan...caca marba juga rupa bentuk barang dapur. Tapi kini aku semakin matang, bila masa tiba untuk menukar barang yang baru atau membuat penambahbaikkan, aku mula bersikap selektif dengan barang yang aku inginkan. Aku ingin berdeko sambil menggunakannya. Ia lebih ekonomi malah praktikal terutamanya bagi dapur kecil yang mempunyai ruang terhad pada masa sama inginkan sentuhan dekorasi pada dapur. Kesilapan yang sering kita lakukan dalam dekorasi adalah mewarna suasana dengan terlalu 'ekstrem,' saya sendiri pernah terjebak...dinding hijau...aksesori hijau sehingga menyebabkan seri yang ingin ditonjolkan tenggelam. Bagi memperbaiki kesilapan tersebut tidak semestinya kita perlu ubah warna cat kita. Kita boleh gunakan imiginasi dan sedikit kreativiti sebagai contoh:


Oleh kerana dinding dan jug bewarna hijau, maka saya selitkan dulang berlainan warna sebagai latar belakang jug. Jadi jug hijau tu taklah tenggelam sangat.


Sekiranya kita kurang kreatif,Kita boleh dapatkan inspirasi dekorasi dari majalah-majalah berkaitan kediaman mahupun di pasaraya-pasaraya besar. Jadikan susunan aksesori dapur kita bak pameran tetapi 'aktif' keperluannya!

posted from Bloggeroid