Selasa, 10 Oktober 2017

puisi buat dia yang telah pergi

dia yang telah pergi...
mengadap Ilahi pada usia 30an...
kenal tapi tak cukup mengenali
terkadang aku bertanya pada diri aku
kenapa aku tidak begitu mahu mengenali insan yang lembut itu....
insan yg airmatanya mudah tumpah tatkala berbicara tanpa sendu
insan yang mudah tersenyum tatkala bertemu,
kini aku tahu sebabnya...
kerana setelah pergi...biarpun tanpa aku pernah cuba merapati dan mengenalinya lebih dirinya
airmataku tumpah tanda kasih sayang padanya
hati ini pedih sedih terkenang pandangan berkaca matanya
hati ini jelas terlihat raut lembut dirinya
mana mungkin pernah aku merapatinya
kerana dengan itu pasti berlobang dadaku terasa kosong pemergiannya
semoga dia tenang di sana
disamping Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang....

bertabahlah wahai insan yang menyanyangi beliau
kerana Allah lebih menyanyangi dirinya.....

posted from Bloggeroid

Jumaat, 16 Jun 2017

tip pokok pandan kekal sihat dalam pasu


dah lebih 6 tahun aku tanam pokok pandan nie...ia tidak rimbun kerana aku mengawal pembiakkannya. Namun ia cukup untuk kegunaan dapurku..



letakkan pokok pandan bawah titisan penghawa dingin anda...purata pemasangan penghawa dingin dirumahku adalah 6-7 kali seminggu...kecuali balik kampung atau bercuti. Insya'Allah pokok pandan o.k jer....



Jika tiada penghawa dingan jangan risau gunakan kaedah hidroponik atau nutripot.

posted from Bloggeroid

Ahad, 11 Jun 2017

apa dah jadi dengan my cuckoo??

baru nak tekan air sejuk en.suami memandang mesin penapis tu agak lama. Entah dia marah atau suka akupun tak pasti. Tapi inilah risiko yang aku ambil di atas keinginan dan gambaran yang ingin kuluahkan ...

hanya ayat ringkas yang keluar dari mulut abe bila nampak doodless aku pada mesin air tersebut.

'makkk aiii...'



ok tak...kalau tak cantik saya bole padan guna span khas...?😂 kataku...



oklah nie cantik😆#enciksuamidahpuji...

semangat ramadhan dan raya mencuit sisi imiginasi... nak shopping belum gaji...deko d.i.y nampaknya.

kabinet niepun jadi mangsa aku...



posted from Bloggeroid

Sabtu, 27 Mei 2017

tranformasi besi buruk...



Apa saja boleh berlaku bila rasa 'bengkek' apabila mesin basuh yang diharapkan tiba-tiba rosak.
Abang sulongku agak tertekan hari itu. Dengan muka kelat dia mengangkat mesinnya keluar dari rumah. Nak beli bukan seringgit dua..mmm harapkan bonus jerlah  beli baru.

Apa yang terjadi seterusnya pada mesin basuh nie memang mengejutkan...macam tak percaya apabila aku lihat mesin basuh rosak abang bertukar menjadi sesuatu yang di luar dugaan hasil kombinasi motor skuter yang dah jadi besi buruk bertahun lamanya. HAHAHA macam nak ketawapun ada bila terkenangkan niat hati aku sebelum nie.

Aku hampir menyerahkan mesin basuh rosak tu pada lori besi buruk yang berlegar-legar di kawasan kejirananku setiap hujung minggu, Tapi asyik terlepas pandang kehadirannya. Maklumlah 'sakit mata' memandang benda yang terbengkalai begitu saja....



19.06.2017



('emm macam biasa dengar jer ayat awal-awal tu..'huhuhu)... APA YG TERJADI SETERUSNYA MEMANG MENGEJUTKAN... ayat klise blog yg buat aku tak nak baca tapi menggatal nak klik juga....

inilah hasil kreativiti si abang sulong. Rasanya ini ada model 'diodrama' outdoor terbesar dihasilkannya secara peribadi....




'Pesawat jet pejuang' peribadi. Rasanya inilah ikon selfie raya tahun nie....Ada juga bahan pameran yang lain dari yang lain.

nak kongsi hasil diodrama anda bolehlah join group fb nie....




posted from Bloggeroid

Selasa, 16 Mei 2017

deko mainan kanak-kanak elak jemu...

Anak berusia setahun setengah memang agak aktif. Kita sebagai ibu bapa yang penyayang mula teruja membelikan pelbagai jenis mainan untuk perkembangan si kecil...dunia kanak-kanak adalah bermain...dan memberi pendidikan awal melalui permainan akan mengembirakan si anak. Namun begitu lambakkan mainan adakalanya membawa kepada pembaziran. Tempat penyimpanan yang terhad menjadikan ruang kediaman berserabut. Mainan yang bersepah mungkin menyebabkan kemalangan dalam rumah jika tidak disimpan dengan baik . Faktor ekonomi dan kemampuan ibu bapa juga adakalanya menghadkan keinginan si kecil menyebabkan si kecil mulai jemu dengan permainan yang sedia ada.

#Saya ingin berkongsi idea untuk menjadikan mainan sedia ada menjadi seronok setiap hari...

1. Simpan mainan di tempat yang 'tidak diketahui si kecil'...




2. buat kejutan selang beberapa hari untuk si kecil dengan deko permainan yang sedia ada mengikut tema. (biasanya saya buat deko nie waktu si kecil tengah tidur).



tema 'lego'




tema 'hidangan'

Perlu diingat tujuan deko adalah untuk menarik minat dan memberi suasana segar dalam aktiviti anak. Jika si anak mula bermain jangan tertekan pula dengan deko yang 'mula' ranap. Jadikan suasana ceria dan semangat untuk kita keluarkan deko baru esok hari. Pada masa yang sama, otak kitapun jadi bertambah kreatif.



melihat aksi si anak yang seronok buat hati kitapun seronok. Walaupun si kecil masih belum pandai menutur kata namun riaksi si kecil berbicara untuknya... :)











hanya keluarkan mainan tertentu dalam satu-satu masa...








inilah riaksi comel si anak setiap kali melihat 'deko' kejutan... :)




1 Nov 2017, masih tak putus asa mendekorasi biar adakalanya 'ke-laut' juga.....
LEBIH MENGENALI ANAK:

seminggu lagi genap 2 tahun usia anakku, terserlah kecenderungannya terhadap  mainan-mainan automotif yang comel biarpun selama ini banyak juga aku bereksperimen dan memberi galakkan lain seperti mainan masak-masak dan anak-anak patung. Lepas nie dah tahu nak beli apa untuk mainan si kecil...

masih tidak berputus asa mendeko mainan di awal pagi... waktu nie aku bangun seawal 4 pagi, waktu niepun nak tengok rumah terurus😅.
walaupun kurang bermain anak patung, si penguin nie menjadi kegemarannya, mungkin sebab terkesan dengan movie Happyfeet.
biasalah...macam biasa rutin harian...lagi teruk daripada niepun ada,jangan kecewa sangat dengan aksi sepah menyepah nie...yang penting kita sebagai ibu sedaya upaya mencipta ruang serta persekitaran yang bersih. Biar sepah bersih,jangan sepah kotor!

Deko 22.06.2018







posted from Bloggeroid

Isnin, 1 Mei 2017

kartun untuk dijual : Si jalak lenteng dan kg pondok fantasi

aku bukanlah seorang kartunis atau pelukis kartun yg baik... cuma adakalanya asam garam kehidupan mencetuskan segalanya ... kartun bersiri pertama yang kucipta di fb bertajuk kg pondok fantasi berkenaan kisah sekumpulan 'karektor' haiwan dan seorang wanita. Lukisan agak kelam kabut sb terlalu sarat idea dan ketandusan masa. Sekadar memberi watak kepada sahabat-sahabat sekerja untuk menceriakan suasana.

sedutan dari kisah si jalak lenteng:













kisah ke 2 pula bertajuk Jalak Lenteng...watak sampingan ada berkaitan dengan karektor Kg Pondok Fantasi tetapi lebih kepada kisah pengembaraan si ayam laga jantan, sebelum ini aku kongsikan kisah jalak lenteng dengan rakan-rakan fb sebab watak melibatkan para sahabatku... Kali ini lukisan kemas sikit sebab dah belajar dari pengalaman... mmmm...tak tahu nak load kisah penuh di blog atau tidak.... Rasanya watak jalak lenteng nie sesuai untuk tv kita...kikiki masuk bakul angkat sendiri rrr.
posted from Bloggeroid

Jumaat, 28 April 2017

sanwich inti telur

Sanwich ringkas inti telur



inti telur untuk sanwich ni memang biasa kita temui dijual di stesen-stesen minyak. Telur rebus dihancurkan lumat bersama mentega dan mayo...

Kali ini saya adun inti telur berlainan sedikit caranya untuk impak yang lebih terasa.

bahan

5 biji telur rebus
3 sudu penuh mayonis
butter untuk di sapu pada roti
cili kering dikisar kasar yg disangai@potongan kecil cili api /cili besar untuk rasa pedas
garam dan lada sulah secukup rasa
daun salad dipotong sederhana.

telur dilenyek dengan garpu (kasar-kasar jer tak perlu lumat)
gaul lembut telur tadi dengan mayonis, cili dan salad , perisakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.

sedia untuk dikapit roti!


beriadah sambil mendidik: masa kualiti bersama anak aktif

bermain sehingga ke 'titisan tenaga' yang terakhir...😅


Anak kecil kami yang baru 'dapat kaki' memang agak aktif dan lasak. Pada waktu tersebut juga, anak memerlukan banyak perhatian dan pemerhatian. Jika mereka letih bermain di siang hari berkemungkinan besar malam kita tak letih kerana anak akan tidur lena dan hanya merengek untuk susu. Tetapi nak menghabiskan masa bermain dengan mereka juga satu cabaran sebagai orang dewasa, kadang-kala dah hilang idea untuk aktiviti seterusnya. Anak pula mula meragam dan memberontak kerana bosan...akhirnya kitapun keluar jalan-jalan ke shopping compleks dsbgainya bagi memenuhi ruang-ruang kosong. Sebagai ibu dan bapa bekerja yang bertanggungjawab, hujung minggu perlu diisi dengan masa yang berkualiti bersama anak namun pada masa yang sama tertekan dengan kerja rumah serta komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Adakalanya ada jemputan kenduri yang perlu dipenuhi dan masa terasa terlalu singkat untuk aktiviti bersama keluarga. Walaubagaimanapun itu bukan alasan untuk kita menidakkan masa berkualiti bersama anak yang sedang lasak (lingkungan 1-3tahun).

Selain daripada percutian beberapa hari yang melibatkan kos, kita juga boleh menghabiskan waktu bersama anak kecil di taman-taman awam berdekatan jika budget & masa yang dimiliki agak terhad...sebagai contoh jika  pada hari tersebut kita hanya ada dalam 2-3 jam sahaja. Seandainya cuaca tidak mengizinkan kita boleh memilih tempat-tempat 'indoor' seperti di pusat membeli belah...Opss jika rasa tak ada budget dan tak sampai hati jika anak berkenan dengan mainan-mainan di sana ada lagi alternatif lain yang mana ia lebih jimat,punya pengisian mendidik serta bermanfaat.



MASJID MESRA KELUARGA

Baru-baru ini kami ke masjid Shah Alam yang terletak kira-kira setengah jam dari rumah kami (berkereta). Selain dari tujuan solat, kami  mahu menghabiskan masa singkat kami dengan beriadah bersama anak kami di sini kerana suasana masjid ini yang mesra keluarga.

ketenangan....

1 jam yang berkualiti

Walaupun perlu solat secara bergilir-gilir namun di sini mudah nak melayan karenah anak yang sedang aktif dan lasak. Sejuk hati melihat si kecil yang baru berusia setahun 5 bulan cuba mengikut cara papanya serta jemaah lain bersolat.

ruang legar masjid yang luas: seronok dapat kawan sepermainan baru, puas berlari-lari 😄. Kerusi urut elektronik juga disediakan.

*terdapat cafe di kawasan tersebut, (luar masjid) tak perlu risau tentang makan.



Selasa, 18 April 2017

tip jimat deko : 'convert'

#jimatdeko
#sajakongsi

1. direka untuk tempat letak kasut dan pelbagai : jika didapur saya buat tempat letak minyak masak.

2. tempat letak sudu : convert sebagai tempat susun tutup periuk,dulang dsgnya.

3. tempat keringkan salad : tak selalu ada salad, sementara itu bolehlah tos botol-botol anak. Tak sesuai nak tos lama atas sinki sebab penyebaran bakteria lebih mudah di tempat tersebut. 


4. bingkai gambar nie saya beli dalam rm15...tak perlu untuk jadi pelukis hebat untuk hasilkan gambar. Jika tak pandai lukis boleh gantung lukisan anak atau letak gambar kegemaran. Saya gunakan bingkai nie untuk selit kad nama yang penting@jemputan kahwin agar tak terlupa.

5. lantera lilin: 'convert' sebagai tempat letak sudip dsbgnya.





6. lebihan 'vanil' lantai boleh digunakan sebagai penutup ruang udara.
#rumah'masuk'aircond

bonus : 'convert' aksesori



7. kepada anggota beruniform yang biasa hilang@longgar pin belakang 'colardot' bolehlah guna ni sebagai alternatif sebelum dapat aksesori baru.....





Jumaat, 14 April 2017

kisah kusyen leper

belum puasa dah sibuk rancang shopping raya kannn...duit rasa makin kecil...nak beli macam2 pulak...sabar dulu,mana yang boleh kitar semula kita olah jadi macam baru...jadi bolehlah tumpu pada perkara yang lebih penting...sebagai contoh,kusyen-kusyen kecil kita yang dah meleper...nak tukar sarung barupun sudah tidak menarik lagi sebab dah meleper, nak buang sayang pulak,nak sumbat kekabu dah tak rajin...

alhamdullillah diberi ilhamNya...



2 kusyen sumbat dalam satu sarung...
solid,padat...comel semula!

posted from Bloggeroid

benyek melepik.....

selepas.....solid,gebu & padat!


simple deco.....