Khamis, 20 Ogos 2015

Jurnal kehamilanku (3): 'survey' tempat bersalin

Puas 'blog walking' perihal lokasi bersalin khasnya di Daerah Klang. Selain itu ada juga dengar pengalaman dari kaum hawa terdahulu yang bersalin baik di hospital swasta mahupun hospital kerajaan. Ketiadaan pengalaman menyebabkan  aku perlu menimba ilmu dan mendengar pandangan dari pelbagai pihak baik dari keluarga sendiri, sahabat mahupun pembacaan.

Adakalanya  aku dan suami sengaja 'survey' kos bersalin di beberapa  klinik@hospital bersalin swasta. Manalah tahu jika ada rezeki lebih... kami juga turut meninjau hospital Kerajaan yang hampir siap di Shah Alam. Kalau sempat teringin juga ke sana...huhuhu. Kalau diikutkan HTAR lebih dekat dengan kediamanku cuma bila mengenangkan kepadatannya membuatkan kami cuba mengintai alternatif  berdekatan selain faktor-faktor yang kami sering bincangkan.

Hasil 'tangkapan' survey kami...inilah info terkini kos bersalin di 3 klinik/hospital swasta  setakat Ogos 2015 untuk perkongsian dan maklumat bersama:

Hospital bersalin Razif, Klang





Bersalin normal dari RM1800. Pembedahan dari RM4800.

Antara kelebihan hospital ini ialah memiliki barisan doktor wanita yang ramai. Jika inginkan doktor yang sama ketika sessi pemeriksaan, perlu buat temujanji terlebih dahulu. Saya pernah 'walk in' kali pertama dan buat permintaan  untuk bertemu dengan Dr. Melissa Goh Abdullah, Alhamdullillah  berkesempatan tanpa temujanji kerana kebetulan beliau ada. Jika beliau tiada maka kita akan ditemukan dengan lain-lain doktor yang sedang bertugas.

*Dr. Melisa sangat peramah dan tidak lokek memberi penerangan terhadap tiap-tiap  persoalan yang bermain difikiran ku.

Klinik Annur, Shah Alam

Harga agak berpatutan, Klinik 'otai' sebab klinik bersalin yang awal di Shah Alam. Klinik ini hanya mengendalikan kes berisiko rendah serta tidak menjalankan pembedahan.

Kos perkhidmatan

Antara  kelebihan  klinik bersalin  Annur.

*makanan  tidak disediakan.



Klinik Barakah


Bersalin normal: RM1950.00
Klinik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya umat Islam. Dikendalikan oleh 2 doktor muslimah yang sangat berpengalaman. Pertama  kali datang, tak dapat nak jumpa doktor. Perlu buat temujanji terlebih dahulu. Telifonpun tidak mengapa. Waktu datang temujanji pula antara jam 5.30-10.00 malam. Ramai juga orang dah 'book' temujanji hingga kami hanya dapat selit nama untuk temujanji 4 hari akan datang. Itupun tinggal 1 ruang!

Barakah Mac 2016:

Sumber : fb


Antara info lain Klinik Barakah.
*klinik  ini tidak memiliki kemudahan  pembedahan namun doktor-doktor tersebut berkelayakkan dan jika pembedahan diperlukan dan dikenalpasti awal kita boleh 'book' doktor dan pembedahan dilakukan di Hospital lain sementara Hospital Barakah yang baharu dalam pembinaan.

*pengalaman seorang rakan yang dibedah kerana bayi songsang: pembedahan  oleh Dr.Khairiah(klinik Barakah) di Hospital Bersalin Salam, shah Alam. 



Kerajaan @ swasta?

Kalau difikirkan  tentang kos memang hospital kerajaan jauh lebih jimat selain memiliki kepakaran ahli perubatannya. HTAR sering digambarkan sebagai lokasi pilihan 'terpaksa' oleh sebahagian wanita ketika aku 'blog walking'. Namun aku tidak mahu menelan kisah tersebut bulat-bulat sebagai panduan walaupun ada di antara pengalaman dari jiranku sendiri yang membuatkan aku seram sejuk. Memang aku bersimpati terhadap nasib kurang enak yang menimpa sebahagian dari mereka dan berdoa agar perkara tersebut 'tak kena pada batang hidung kita?'namun ada juga pengalaman beberapa sahabatku di HTAR yang berbeza.


Aku sendiri mempunyai pengalaman 2 kali bermalam di wad HTAR(bukan sebab bersalin)mungkin situasinya agak berbeza tetapi aku dapat gambarkan betapa sibuknya keadaan di situ. Namun begitu aku percaya bahawa doktor dan jururawat  di sana tidak akan mengabaikan pesakitnya. Mungkin faktor bilangan pesakit yang terlalu ramai dan keletihan para petugas yang terpaksa melalui waktu bertugas yang panjang menyebabkan ibu atau bakal ibu perlu berdikari. Aku berharap akan diperhebatkan lagi jumlah bidan-bidan wanita selain pengurusan wad bersalin serta dewan bersalin yang lebih praktikal dan tersusun bagi bakal-bakal ibu yang memerlukan sokongan moral dan emosi. Dari segi mental aku sedang mempersiapkan diri untuk 'berserah' di HTAR. Aku yakin Allah sebaik-baiknya pelindung. Dari segi usaha pula, pada masa yang sama aku berjimat-cermat mengumpul wang dengan harapan dan doa melangit untuk melahirkan cahayamata pertamaku di klinik swasta paling hampir. Insya'Allah jika tiada risiko berat yang lain. Ada juga 'suara-suara' yang mengatakan mana-manapun bersalin sakit sama sahaja! Bukan layanan v.i.p yang aku harapkan tetapi 'kebolehan' @ 'kuasa' memilih doktor wanita Islam (kecuali mudarat) untuk memeriksa tubuhku dan menyambut kelahiran bayiku dengan kalimah Allah...Insya'Allah. Selain itu sebagai insan yang tiada langsung pengalaman bersalin pastinya menginginkan penjelasan/panduan yang jelas dari doktor tentang apa yang berlaku dengan tubuh badan kita ketika melalui saat-saat tersebut selain dari sokongan moral.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah memang ada doktor wanita tetapi kita tidak dapat membuat pilihan tersebut memandangkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan. Menurut seorang sahabatku yang pernah beberapa  kali bersalin di Hospital  Putrajaya, pengendalian kelahiran dilakukan oleh bidan wanita. Emmm... jauhlah pulak...   Bergantung pada rezeki masing-masing. Bukan aku tidak pernah ada pengalaman dirawat,dibedah dan diperiksa oleh doktor lelaki ketika pembedahan ACL, ketika itu aku memang tidak ada pilihan. Untuk kali ini aku mahu mengusahakan  sesuatu kerana ia masih boleh direncanakan. Namun aku berserah kepadaNya  kerana kita hanya mampu merancang Allah  juga yang  menentukan.

Pemeriksaan  berkala

Walaupun  ada perancangan untuk melahirkan di klinik swasta, aku tidak mengabaikan pemeriksaan berkala di Klinik Desa. Faktor usia dan kehamilan pertama memaksa aku terus tabah. Adakalanya memang letih melayan prosedur dan pelbagai peringkat pemeriksaan tetapi semua itu pasti ada sebabnya. Takkan pihak hospital saja-saja nak buang masa mereka untuk mengendalikan pemeriksaan yang adakalanya  dilihat remeh tetapi agak penting. Pada masa yang sama juga, aku 'scan' kandungan di klinik swasta selain membuat ujian air gula disitu. Alhamdullillah  keputusan bacaan  gula agak baik. Entah mengapa untuk ujian gula yang ke 2, nurse klinik Desa tu seboleh-bolehnya nak aku buat di klinik kerajaan. Bukan aku nak mengelak, tetapi aku sebenarnya   lebih selesa dan mudah buat di klinik panel swasta berhampiran rumahku. Nak balikpun senang...tahu-tahu sahajalah kalau dah telan air gula tu kena tunggu sampai 2 jam untuk proses seterusnya. Mula tekak rasa mual dan nak termuntah. Kalau ke klinik sebelum ni tak jauh dari rumah balik dan baring. Encik suamipun tak kelam kabut nak pergi kerja. Tetapi  tidak mengapalah, Insya'Allah  ada hikmah di sebalik  semua ini. Sekurang-kurangnya bertambah pengetahuan tentang cara kedua-dua sektor perubatan(swasta & kerajaan)  di negara kita.

Rabu, 19 Ogos 2015

Penapis air budget




Aku dan encik 'abe' pernah mengalami senak perut untuk beberapa ketika. Pada mulanya kami sangka mungkin kami salah makan. Tetapi keadaan ini berterusan datang dan pergi walaupun pernah merujuk di klinik kesihatan. Kami syaki mungkin ada kaitan dengan air paip di kediaman kami. Tidak dinafikan, jika membuat tadahan semalaman ada mendapan kekotoran ala karat yang ketara di dasar takungan  air. Ini adalah cara 'manual' untuk mendapatkan air yang lebih bersih untuk kegunaan masakkan di mana aku akan mengambil air tadahan yang di atas memandangkan keladaknya telah turun ke bawah setelah dibiarkan bertutup semalaman. Laluan paip dan sambungan paip kediaman dari paip utama juga agak jauh selain ia melalui bawah jambatan sehingga terendam di dalam parit dan ada pula bahagian yang tertimbus di dalam tanah. Siapa tahu dalam penyambungan tersebut ada kesan-kesan pencemaran dan sebagainya.Walaupun pihak berkenaan/berwajib mengesahkan air kita selamat namun tidak dinafikan cabaran persekitaran hari ini menjadikan ia tidak se'jernih' dulu.





Kalau dulu memiliki penapis air canggih dirasakan satu pembaziran  tetapi hari ini ia dicemburui. Modal yang harus dikeluarkan  bukan sedikit demi kesihatan diri dan keluarga. Seorang rakan yang terlebih dahulu menggunakan penapis air 'canggih' bertindak bijak menjual air tapisan (dalam botol)untuk kegunaan rakan pejabat. Bila nak masak air, air tapisan itu digunakan sebab tekak seakan-akan terasa payau@karat jika menggunakan air terus dari air paip.

Apabila membasuh dengan mesin basuh pakaian bukan lagi bersih...ada saja kesan coklat/karat pada pakaian putih.
Berbeza  pula situasi air di kawasan iparku (sg behrang) biarpun tanpa penapis air, air yang dimasak terasa lebih ringan dan membasuhpun bersih.

Anjakkan  paradigma

Kadang-kala  kita perlu menjadi  'doktor' pada perubahan tubuh badan kita sendiri. Letih nak buat air takungan manual mengurangkan keladak, untuk permulaan kami menggunakan penapis murah beharga kira-kira rm29 di sebuah pusat membeli belah. Penyelenggaraanpun tak mahal sangat namun perlu rajin untuk menukar atau basuh penapisnya yang boleh didapati di supermarket  utama mahupun pasaraya tempatan. Walaupun ketika itu kami menggunakan  penapis murah, kesan karat dan kotoran yang disekat juga ketara menyebabkan rasa ngeri bila dibayangkan segala kekotoran yang masuk dalam tubuh badan kita selama ini. Betapa  kuatnya buah pinggang kita bekerja bagi menapis anasir-anasir 'jahat' tu. Oleh kerana kecenderungan  encik 'abe' dan aku sendiri yang mahu menggalakkan  diri untuk minum air 'putih' bagi minuman 'teguk terus' kami membeli beberapa kotak air mineral setiap bulan. Untuk masakkan kami gunakan air tapisan pula. Sekurang-kurangnya ada juga alternatif atau inisiatif meningkatkan tahap kualiti air sendiri.

Perubahan

Sejak kami bertukar kepada air mineral dan penapis air tu, rasa senak perut mula berkurangan. Setelah beberapa  bulan kami mula merasakan perbezaan tubuh badan kami. Ternyata, senak perut kami suami isteri ada kaitan dengan air yang kami ambil. Mungkin perut kami nie dah sensitif untuk menerima keadaan itu. Macam manalah yer agaknya nasib sebilangan masyarakat  yang masih menerima bekalan air bersih yang 'warnanya' jauh lebih keruh dari kami.

Pasang Impian

Pelbagai promosi penapis air yang canggih dipasaran. Yang paling best siap ada air sejuk & panas. Kalau dulu penapis sebegini hanya kelihatan di pejabat-pejabat yang gah kini penggunaannya diperluas hingga ke kediaman dari pelbagai peringkat masyarakat . Harganya pun mencecah ribuan ringgit sehingga ada syarikat yang mempromosi kaedah bayaran sewa beli. Bab sewa beli ni kami tak berani nak ambil buat masa ini memandangkan ia memerlukan komitmen bulanan yang mengalahkan bayaran penggunaan bil air itu sendiri. Selain itu banyak perkara yang perlu diambil kira selain kos penyelenggaraan ataupun bahan tukar ganti di masa hadapan. Kepada yang berkemampuan ataupun bersedia dengan komitmen bulanan bolehlah ambil kaedah sewa beli ni kerana sepanjang tempoh sewa beli pihak syarikat berkenaan kebiasaannya turut menyediakan servis penyelenggaraan berkala. Jika berkemampuan apa salahnya membuat pelaburan untuk kesihatan diri. Dan keluarga. Antara syarikat berkenaan merupakan jenama penapis air yang agak dikenali dan telah lama bertapak di tanahair kita iaitu coway,diamond,hijrah dan sbgnya. Terkini, kebanjiran penapis air dari Korea yang semakin mendapat tempat iaitu Cuckoo. Aku agak terpikat juga dengan rekabentuk dan ciri-ciri yang ada padanya. Bayaran sewa beli untuk Cuckoo bermula dari 90 sebulan bagi penapis sejuk/panas. Mana satu jenama yang lebih baik? Tepuk dada tanya poket..kkiki...perlu rajin buat 'survey' dan pilih mengikut kesesuaian serta budget kita.

antara penapis air terkini....
Ini facebook rakan saya yang buat 'sales' cuckoo. Masih dalam pemerhatian dan kajian berkenaan produk ini berbanding jenana lain.

Keinginan memang ada untuk memiliki penapis air sejuk panas nie...pasti lebih mudah dan tak perlu nak masak air. Selain itu ia juga agak berboloi demi kemudahan dan kesihatan kita memandangkan ia dilengkapi dengan sistem terkini dan pelbagai kandungan yang dikatakan baik untuk tubuh badan. Insya'Allah.

Naik taraf




Walaupun kami tidak bersedia untuk memiliki penapis air canggih, kami cuba menaik taraf keperluan berdikit-dikit...dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik. Bukan nak promo mana-mana jenama tetapi tahun ini kami menukar penapis air biasa cap pasaraya kami kepada penapis cosway yang beharga RM285 (ahli)/harga ketika itu. Fungsinya juga lebih baik daripada penapis air kami sebelum ini dan penyelenggaraan tahunan@setiap setahun setengah bagi menukar filter adalah lebih kurang rm100.

Ujian klorin: air jernih (dari air tapisan hexogen) manakala air warna teh o hasil dari ujian air paip kediamanku tanpa sebarang tapisan.

Walaupun tak secanggih penapis air masakini tetapi sekurang-kurangnya ia dapat juga membantu serba sedikit dari sudut kesihatan. Insya'Allah  kalau sudah bersedia nanti akan tertunai jua penapis sejuk panasku pada suatu hari nanti. Buat masa ini aku bersyukur  dengan apa yang berjaya kami perolehi!


22 November  2016 November  2016

MERIALISASIKAN IMPIAN DENGAN CUCKOO : Model fusion top



Setelah lebih setahun membeli air mineral berkotak-kotak setiap bulan badanpun dah tak larat nak 'mengangkut'. Cik abepun dah mula sakit-sakit  belakang dek kerana tugasnya sendiri di stor melibatkan barang-barang berat. Adakalanya  aku angkat sendiri air mineral yang berat tu dari kereta bila cik abe tangguhkan kerjanya (untuk hari esok) kesian tengok cik abe....walaupun aku sendiri tak larat.

Akhirnya, Kehadiran cahayamata   menguatkan semangatku untuk menambahbaikkan gaya hidup pantas dan sihat. Mempermudahkan kesukaran dan menjimatkan  masa serta tenaga agar dapat menyempurnakan tugas yang lain. 

Setelah bersedia saya kini telah merialisasikan impian penapis air panas sejuk dan panas cuckoo. Walaupun memilih kaedah sewabeli dengan komitmen  bulanan namun ia merupakan pilihan terbaik daripada membayar komitmen bulanan semata-mata untuk siaran tv yang jarang kutontoni (kepada yang berkemampuan terpulanglah) pelbagai komen dan blog yang saya baca berkaitan  penapis air nie, memang sukar nak buat pilihan.Komitmen bulanan bukan perkara yang ringan.

sebab utama pilih cuckoo...?
Halal...dan senang nak berurusan dengan 'salesperson' tanpa kekok (mungkin sebab mengenali beliau)hahaha...buyers pulak...

sebenarnya penting bagi kita buat rujukkan pengalaman orang lain juga. Bagi aku setiap produk ada kelebihan masing2. 


...bila 'tang' salesperson, ya...saya memilih Roslina Tambong memandangkan beliau sahabat dan bekas teman seperjuangan projek jaya 98.Beliau tidak dapat bersama skuad kebangsaan kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di ITM (UiTM).Lebih mengkagumkan cara beliau menerangkan pro dan kontra produk/model pilihan saya adalah telus melangkaui seorang jurujual semata-mata. Sebagai contoh pada awalnya saya minat model 'king top' kerana bentuknya yang slim dan segak tetapi setelah diberi penerangan tentang kapasiti air dan melihat kepada keperluan isi rumah, saya bertukar kepada model fusion kerana ia lebih praktikal dengan gaya hidup keluarga saya. Kalau ikutkan lagi mahal model King Top dan sahabat  saya itu boleh mendapat 'keuntungan' yang lebih.


Paip nie kami beli berasingan  melalui Roslina,kita boleh juga beli sendiri  'external pipe' nie di mana-mana kedai berkaitan sebab ia bukan pakej cuckoo namun jurupasang akan buatkan percuma ketika pemasangan  cuckoo dilaksanakan pada hari yang sama. Dengan adanya paip nie senang nak basuh beras tanpa mengganggu/menggunakan paip kat mesin tu....nie yg seronok nie...sebab kini kami dapat 3 tahap suhu air iaitu  suhu bilik, sejuk dan panas!

Oleh kerana  ketika pemasangan  saya sedang terlibat dengan kuiz PNB Kebangsaan, maka encik suami yang uruskan. En.suami memang cerewet dan teliti bab 'pemasangan' dan servis tetapi testemoni nie menandakan beliau cukup puas hati!




Thanks lina!
Bagi yang berminat  bolehlah hubungi Roslina di talian   01112670895 Insya'Allah beliau juga boleh menjadi penasihat jika kita keliru nak pilih model2 cuckoo.


Sebuah kisah berkaitan dari akhbar tempatan....

Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dari 'salesperson@pengguna produk penapis yang lain untuk menerangkan kepentingan keperluan air bersih serta menerangkan kebaikkan dan kelebihan produk masing-masing  tanpa perlu menjatuhkan produk yang lain demi kebaikkan  bersama. TQ.

diari penyelenggaraan cuckoo :

02 Mac 2017 :

Dalam 5 bulan pertama aku menerima sms penyelenggaraan  6 bulan  pertama dari pihak cuckoo. Ia mungkin persediaan untuk kami menerima  tetamu dari cuckoo sekitar Mac 2017 nanti...



04.03.2017


Wow...notis servis dalam perjalanan. Tak perasan pulak sms nie sehinggalah cik cuckoo datang....  

Kami menerima kehadiran juruservis kami yang pertama. Tak sempat pula nak minta izin bergambar. Insya'Allah  lain kali. Buat masa ini kami amat berpuas hati dengan servis yang diberikan.







Rendang Merah Cili Bangi



Rendang 'merah'


Baru beberapa  hari  syawal berlalu, tetapi kerinduan pada rendang daging terbit kembali. Esok nak bawa bekal ke tempat kerja...terkenang aku pada rendang kakak yang sedap. Lucunya abang iparku menamakan rendang isterinya (kakak) sebagai rendang GST kerana cara potongan daging yang kecil. Apapun ia menjadi kegemaran encik 'abe' ku ketika menikmati juadah pada Hari Raya ke-3 yang lalu.

Pada entri ini aku nak kongsi masakkan rendang merah ala-ala rendang 'GST' tu. Tetapi aku buat olahan sedikit. Perbezaan rendang merah nie dengan rendang biasa adalah kerana ia tidak menggunakan banyak rempah ratus dan kunyit. Selain cili kering aku juga menambah cili bangi kerana rasa pedasnya yang 'best'. En. 'Abe'pun suka sebab tak muak atau terlalu 'heavy'. Sesuai untuk penggemar daging pedas, cuma jangan berlebihan pula cili tu  nanti ada yang sakit perut bibir pula merekah kepedasan! Hehehe. Santan juga tidak diperlukan untuk resepi ni, tapi kalau nak tambah santanpun boleh juga.

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu dipotong ikut saiz yang disukai kalian....
Minyak secukupnya
2 genggam  cili kering & 5 biji cili bangi (dipotong  2/buang biji dan direbus, tos, kisar terlebih dahulu)

*tip : ketika kisar cili masukkan sesudu minyak masak agar biji cili yang masih ada akan mudah hancur.


Cili bangi


Bahan kisar 2:

Halia muda (saiz 1/2 ibu jari)
2 hiris lengkuas
5 biji bawang putih
1 biji bawang holand@bawang besar kuning
5 biji bawang merah
4-5 batang serai

bawang holand



Bahan hirisan halus:

3 biji cili bangi: buang biji
6 helai daun limau purut muda
1 helai daun kunyit muda

Lain-lain:

1 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula perang
1 batang serai, diketuk
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara masakkan:


Masukkan lebih kurang sesenduk 2 minyak masak. Tumis bahan-bahan kisar 2 bersama-sama kisaran cili kering tadi.
Lebih kurang 1-3 minit masukkan daging. Tambahkan secawan air dan biarkan daging empuk. Kalau ia kering tambahkan secawan lagi air sehingga  daging benar-benar empuk. Masukkan gula perang dan serai yang telah diketuk.



Apabila daging sudah empuk dan naik minyak masukkan kerisik dan gaul rata dengan api perlahan. Agak-agak kuahnya sudah sekering@selembab yang kita inginkan perisakan dengan garam dan masukkan bahan-bahan hirisan. Gaul rata. Siap!

Selamat mencuba :)

Khamis, 6 Ogos 2015

Jurnal kehamilanku (2)

Alhamdullillah  syukur ke hadrat Ilahi, usia kandunganku kini mencecah  6 bulan. Kandungan sihat cuma bacaan hb agak turun naik sedikit. Bacaan gula sebelum  ini juga baik, malangnya ada ujian gula sekali lagi pada minggu ke 28...ingatkan kalau dah ok tak perlu buat ujian gula lagi. Seriau rasanya nak  telan air gula yang manis tu! Huhuhuh. Apapun demi amanahNya aku harus menyusuri segala yang difikirkan untuk kebaikkan.


Kesan Suntikkan 

Baru minggu lepas aku diberi suntikkan kancing gigi. Percuma sahaja di Klinik Desa untuk warganegara. Jururawat  kata ia adalah prosedur biasa kehamilan dan sebulan lagi aku akan menerima  suntikkan  dos yang ke 2. Bab suntikkan  ni memang aku lemah sikit, tapi nak buat macam  mana...relakan saja. Pertama kali disuntik aku rasa sengal-sengal di bahagian kiri. Jururawat  akan  sarankan suntikkan  pada  tangan yang bukan digunakan  untuk menulis. Kalau kidal maka suntikkan  tersebut  akan diberikan  di sebelah kanan.

Sampai di pejabat rasa lesu. Terlelap seketika. Nasib baik pegawai amat memahami. Alhamdullillah  'perjalanan' ini dipermudahkanNya.

Satu 'pemergian....'

Tanpa diduga satu-satunya adik arwah abah(maksu)kembali kerahmatullah. Aku sempat melawat dan mengucup tangan arwah ketika di wad HUKL 2 hari sebelum itu. Arwah menderita sakit tulang belakang. Ketika itu arwah baru sahaja menjalani pembedahan. Itulah kali terakhir dapat kulihat senyumannya. Walaupun agak hambar dek kesakitan  yang  dialaminya tetapi wajah arwah yang bersih membuatkan  aku rasa sayu... aku tak dapat nak melawatnya dengan kerap sebelum  ini kerana keadaanku. Tetapi aku juga kagum dengan pengorbanan sepasang anaknya yang telah berumahtangga  bergilir-gilir menjaga arwah sejak terlantar beberapa bulan di rumah hinggalah di wad. Sebelum ini mereka juga diuji dengan pemergian ayah mereka yang memerlukan penjagaan lebih 3 bulan di hospital. Kedua-dua arwah 'pergi' selepas Aidilfitri. Allah lebih menyanyangi  arwah...semoga roh arwah ditempatkan  di kalangan orang-orang yang beriman. Hanya doa mampu kukirimkan moga diterimaNya. Semoga syurga tempat kalian wahai insan yang baik budi!






Masuk bulan ke 6 ni mabuk berkurangan, aku dah mula masak-masak. Hatiku masih terkesan dengan pemergian  arwah maksu beberapa  hari yang lalu. Aku hanya mampu menatap wajah suci arwah ketika saudara-mara yang lain membuka wajah arwah. Aku tak mahu airmata ini tumpah... Aku dan suami sempat mengiringi jenazah arwah ke kubur. Perasaan  sedih harus kugantikan dengan keredhaan. Aku yakin Allah itu Maha Pengasih  lagi  Maha Penyayang. Ku doakan dari kejauhan walaupun   Kenduri tahlil tidak dapat kupenuhi kerana kelesuan dan pembawakkan kehamilanku.


Perkembangan  positif....


Beberapa jenis makanan kini mampu kunikmati. Aku juga dapat menikmati hidangan rumah terbuka jiran tetangga berhampiran. Tetapi sampai sekarang  aku gagal menikmati sebarang masakkan  ayam @jenis biskut. Kembang tekak. Biskut kering  mampu kutelan sebab teringin tetapi diakhiri dengan penyesalan apabila perut mula buat hal. Baru tadi juga aku memuntahkan sarapan 3 keping roti bersama segelas milo panas. Habis lencun baju kerja sebab tak sempat nak ke tandas. Lepas ni kena beringat dan elakkan makanan berkaitan walaupun  selera tu ada...namun  begitu aku bersyukur sebab sudah boleh menjamah nasi dan buah-buahan.

Berkarya bersama 'baby'...

Sebenarnya seawal bulan ke-4 aku sudah mula merasai pergerakkan kandunganku cuma pada bulan ke 5 dan hari ini 'baby' agak aktif pada waktu petang dan beberapa ketika disebelah malam. Adakalanya aku terjaga sebelum subuh dan fikiran  ku dihujani 'mood' untuk melukis. Tetapi aku akan mendahulukan mandi dan solat subuh jika telah masuk waktu.



Masuk bulan ke 6 minat terhadap lukisan mula kembali, kali ini menggunakan warna air. Ada  juga kenangan 'berkarya bersama baby' dalam kandungan.


Semoga segalanya dipermudahkanNya walau laluan penuh liku.









Selasa, 4 Ogos 2015

Roti telur bakar.

Adakalanya sebahagian    ahli keluarga yang bangun awal sangat 'liat' nak bersarapan awal sedangkan sarapan itu penting. Ada saja alasan nak menangguhkan perut tu agar terisi.

Kali ini saya nak kongsikan resepi roti telur. Kedengarannya biasakan? Tapi kerana nak 'menarik' selera si peliat-peliat sarapan nih adakalanya kita kena olah cara masakan sikit. Kasi goda nafsu makan dorang yang masih mamai di waktu pagi ngehngeh! Tapi kalau yang masih membungkam berbungkus selimut tu...tak 'dapet den nak nolonglah!'

roti telur yang dibakar ada aroma yang menggoda!
Cicah sos cili panas-panas 'best' nih!



Bahan-bahan  :

2 sudu butter

Roti gandum dibelah 2

Bahan *** :
3 biji telur
Beberapa helai daun sup@mix herbs secukup rasa
1/2 biji cili merah/cili hijau @cili kering sederhana besar(belah 2, dibuang biji dan potong halus
1/4 lobak merah yang dipotong dadu (kecil-kecil)
1 sudu besar minyak zaiton
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

Panaskan oven

Sapu loyang dengan butter

Bahan *** di'pukul' dengan garpu hingga sebati.

sebelum dibakar


Celupkan roti dalam adunan dan susun roti pada loyang. Bakar 200c dalam oven. Apabila roti keperang-perangan bolehlah dihidangkan :) .