Khamis, 23 Julai 2015

Bau durian

durian oh durian!

Rasa nak berguling-guling menginginkan durian sepanjang bulan Jun nie!

Musim durian

Sebelum  Ramadhan 2015 durian mula luruh sekitar negeri Perak dan seangkatan dengannya. Walaubagaimanapun  dek kerana kehamilanku, aku terpaksa  melupakan hasrat untuk 'mentekedarah' sebakul durian. Ngeh...ngeh!

Walauapapun kepulangan ku kali ini adalah untuk menjenguk keluarga  kakak dan emak tercinta namun ia tidak menghalang ekor mataku terhadap buah idaman malaya nih. Jadi sebelum kembali ke rumah, aku sempat bekalkan untuk adik beradik lain serta ibu mertuaku. Pada mulanya  aku rasa ragu-ragu nak bawa balik raja buah ni memandangkan kepala  mesti pening dengan baunya yang bakal bermaharajalela  di dalam kereta. 2 jam perjalanan...mampukah aku bertahan?


Aku bungkus setiap satu durian dengan suratkhabar,konon nak perangkap bau.

...lantas aku teringat tentang satu petua baru yang kubaca sepintas lalu di fb, maaf tak dapat nak beri kredit pada yang kongsi petua tu sebab aku pun tak ingat. Yang pasti dari  situlah aku dapat petua ni.

Caranya...potong beberapa tangkai durian dan belah separuh.


Sangkut tangkai durian pada lubang pendingin udara dan set 'udara keluar'.

Langkah tambahan

Sebagai langkah berjaga-jaga juga, aku juga letakan pewangi 'odour eliminator' jenama cosway.(ia nyah bau udara kurang menyenangkan)

Ternyata  petua ini berkesan. Sebab inilah aku rasa seronok nak kongsikan percubaanku dalam entri kali ini. Bau durian tetap ada tetapi sangat terkawal dan perjalanan agak selesa.

Lain-lain petua berkaitan:

Untuk menyah bau durian yang sedia ada dalam kereta...

Letakkan ketulan arang
@
Roti buku

(Tujuan untuk menyedut bau)



Tiada ulasan: