Masih lagi di bulan syawal, rasanya tak terlambat nak ucapkan salam Aidilfitri buat semua. Lukisan kali ini kurang 'feel' dek kerana 'mata pena spen gnote' ku dah mula buat hal... ( hujung bebolanya tiba2 hilang....huhuhu)nak lukispun sukar seperti melukis menggunakan pensil tumpul separuh kayu! xper...puas hati pakai setelah dengan izinNya menghasilkan ratusan lukisan dan lakaran melalui Gnote nih.
Bulan lepas aku baru sahaja 'surrender' salah satu 'loan' asb aku yang berusia 8 tahun (pinjaman untuk 20 tahun). Bukan sebab nak beraya sakannnn!!! No...no... jangan bazirkan simpanan untuk berhabis-habisan....siksa bertahun menyimpan tau. Sebab nak 'surrender ' of cos lah kerana persediaan bakal baby Insya'Allah. Banyak nak kena prepare selain simpanan berdikit-dikit yang sedia ada. Keperluan berpantang, keperluan bayi, bayaran perbidanan dan sebagainya. Insya'Allah dengan usaha dan tawakal akan dipermudahkan.
Langkah pertama bila 'surrender' asb
Aku pastikan sebelum ke cawangan bank tempat aku buat loan asb tu, aku sediakan slip penyata tahunan 'loan asb' yang dipos setiap tahun tu, yang terkini lagi ok jadi daripada baki pinjamin kita sendiri boleh buat tafsiran jumlah wang yang bakal diperolehi. Kat penyata tu ada butir-butir yang diperlukan iaitu butir diri dan nombor pinjaman akaun asb. Kalau tak bawapun tak per cukup dengan i.c boleh juga pihak bank rujuk tapi kalau ada penyata tu mudah sikit dorang nak buat carian terutama kalau ada 2-3 sijil dan hanya nak serah 'loan' berkaitan jer.
Bila dah tiba di bank berjumpalah dengan kerani bank yang berkaitan. Nyatakan hasrat hati dan serahkan penyata berkaitan untuk rujukkan. Dari situ kerani tu akan telefon 'link' berkaitan untuk tengok samaada kita dikenakan denda atau tidak serta bagi anggaran pulangan yang kita bakal perolehi(atas permintaan). Oleh kerana aku dah buat pinjaman selama 8 tahun maka tiada pemotongan atau denda dikenakan.
Aku diminta untuk mengisi sekeping borang yang agak ringkas bagi urusan tersebut dan tandatangan serahan. Habis.... ringkas dan praktikal betul berurusan dengan rhb ni. Seronok. Tak banyak kerenah. 5 bintang!
Dalam masa sebulan baki wang akan dimasukkan dalam skaun asb kita.
... baru-baru ni lebih kurang 3 minggu lebih aku terima surat penyata dari rhb bahawa duit telahpun dimasukkan dalam akaun asb. Alhamdullillah, esok bolehlah update buku asb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan