RoomStay a.k.a homestay |
Kuantan merupakan bandar yang tidak asing ketika usia remajaku. SUKMA 96 mengamit seribu satu kenangan di arena kesukananku suatu ketika dahulu.
Ketika itu juga buat pertama kalinya aku mendapat 'adik angkat' bernama Zanariah. Zaman 'angkat mengangkat' ketika dahulu agak popular. Sebenarnya aku agak pemalu nak 'berangkat-angkat' tetapi amat menghargai kehadiran 'peminat' yang serba sedikit telah memberi aku semangat dalam arena 'kesukanan'ku yang tidak seberapa suatu ketika dahulu. Kini telah lama aku terputus hubungan dengan 'adik angkat'ku. Mungkin kerana komitmen dan masa yang kian berubah membuatkan aku mengasingkan diri dari semua ini, namun begitu doa tetap kutitipkan buat semua yang pernah menjadi sebahagian dari hidupku.
Ketika itu juga buat pertama kalinya aku mendapat 'adik angkat' bernama Zanariah. Zaman 'angkat mengangkat' ketika dahulu agak popular. Sebenarnya aku agak pemalu nak 'berangkat-angkat' tetapi amat menghargai kehadiran 'peminat' yang serba sedikit telah memberi aku semangat dalam arena 'kesukanan'ku yang tidak seberapa suatu ketika dahulu. Kini telah lama aku terputus hubungan dengan 'adik angkat'ku. Mungkin kerana komitmen dan masa yang kian berubah membuatkan aku mengasingkan diri dari semua ini, namun begitu doa tetap kutitipkan buat semua yang pernah menjadi sebahagian dari hidupku.
Sekitar jalan Pantai Sepat |
Berbalik kepada Bandar Kuantan itu sendiri...perancangan Allah ternyata melebihi pengetahuan kerdil hambaNya. Di kedewasaan ini aku kerap menjejakkan kaki ke sini kali ini lebih kepada 'urusan' siratulrahim baharu.
Tepian pantai.... |
Era kedewasaanku menyaksikan aku untuk 'memiliki' kampung-kampung baharu sebagai sebahagian dari hidupku...adakalanya sebahagian permintaan mahupun jemputan terpaksa ditolak apabila ada pertembungan urusan. Namun itulah lumrah kehidupan sebaiknya kita menghargai dan lalui hari ini sebaiknya. Semoga kita semua diberi kemudahan di dunia dan di akhirat...Insya'Allah.
Makanan sunnah dari labu: labu masak lemak hidangan sempena majlis pertunangan keluarga Pok'de |
Tempoyak ikan patin Pak Andak |
Baru-baru ini aku kembali menjejakkan kaki di Kuantan, Pahang . Negeri Pahang memang terkenal dengan tempoyak ikan patin. Aku bukan penggemar ikan patin, namun begitu kuah tempoyak (gulai masam) tidak terlepas dari pandangan, masakkan Pak Andak (Sega, Raub) sememangnya membuka selera sehinggakan si suami yang suatu ketika dahulu 'anti' tempoyak kini 'jatuh cinta' dengan hidangan tradisi tersebut.
Hantaran indah dari pihak perempuan... |
....antara hantaran balas pihak lelaki |
Lucunya, aroma masakkan tempoyak tersebut telah menyebabkan sepupu suami yang sedang disarung cincin (majlis pertunangan ketika itu) menjadi tak keruan.
Gubahan sireh yang menawan dari Mak andak |
Lembut bagai hati si gadis : Pelamin menjadi lambang bakal penyatuan 2 hati |
Mujur ada saudara mara yang prihatin dengan keinginan si gadis suntingan berdarah manis maka ada sepinggan hidangan disimpankan. Ternyata dek keenakkan penangan tempoyak ikan patin tersebut licin dinikmati tetamu yang datang.
Ruang santai
Dalam keriuhan saudara mara yang bertandang mata tertambat ke arah 'HomeStay' Pok De dan Mok De yang baru dibina. Kami telah merasmikannya pada hari tersebut. Aku kagum dengan usaha pasangan ustaz dan ustazah ini dalam menjana pendapatan sampingan.
...antara bunga-bungaan Mok'de |
Kemunting cina |
Bunga 3 bulan |
Ixora@jenjarum |
HomeStay ini sangat sesuai untuk keselesaan keluarga yang ingin memisahkan diri dari homestay yang sudah sarat dengan saudara mara yang lain. Bukan kerana tidak mesra tetapi kerana sedikit ruang privasi buat si isteri ataupun budget yang 'mesra poket'.
Halaman yang luas bagi kemudahan letak kereta |
Permandangan menarik di waktu petang |
Buat masa ini Pok De memiliki 2 pintu RoomStay yang sederhana berkeluasan 13x12kps, dengan bayaran serendah RM50 sahaja, ternyata ia adalah tempat istirehat yang sangat berbaloi dan sesuai untuk keluarga kecil. Malah boleh juga tempah 2 bilik sekali gus sekiranya ada kekosongan.
Nasi dagang Mok'de |
(Mungkin jika berkelapangan dan ada tempahan istimewa barulah Mok'de dapat buat...). Biarpun rumah Pok'de dan Mok'de agak 'ke dalam' tetapi lokasinya tidak jauh dari Pantai Sepat. (5 minit dengan motosikal tidak sampai 10 minit dengan kereta) Kami sempat bermandi manda di Pantai Sepat yang agak jernih airnya.
Permandangan Pantai Sepat selepas subuh ternyata memikat sanubari. Seronok mendengar deru ombak laut selain telatah lucu sang ketam yang ingin pulang ke sarang.
Kerang aneka warna |
Tapak Sulaiman |
Melihat keasyikkan saudara mara berendam air masin aku membiarkan waktu berlalu sehingga mereka puas bermain dengan Laut Cina Selatan tatkala aku merakam memoriku sendiri melalui telifon bimbit yang hampir ketandusan nyawa (bateri lemah).
Pantai Sepat |
Sebelum pulang kami sempat membeli keropok lekor sebagai buah tangan. Bagi peminat keropok lekor yang tidak berkesempatan ke Terengganu bolehlah singgah ke rumah Kak Yah yang mengusahakan keropok lekornya sendiri.
Lokasi terletak kira-kira 15-20minit dari rumah Pok'de |
Terima kasih Kak Yah kerana sudi dirakam! |
Terasa ikannya! |
Sempat juga melukis ketika beristirehat di bilik inap Pok'de....
Inspirasi Pantai Sepat |
Tempahan HomeStay@Rumah inap kini dibuka....
Jika ada sesiapa yang berminat menyewa HomeStay Pok'de Din bolehlah mendapatkan keterangan yang lebih lanjut dari beliau sendiri melalui no.telifon: 0139527400
Catatan berkaitan:
Perjalanan pulang dari Kuantan yang berkabus dan dingin setelah hujan.... |
Catatan berkaitan:
Minggu ke 2, Disember 2014
Kami kembali lagi ke Tanjung Sepat kali ini untuk memenuhi undangan pernikahan dan majlis perkahwinan. Alhamdullillah semuanya selesai dengan baik. Si gadis kini kini bergelar isteri.
Warna ungu menjadi pilihan kali ini.
Papan iklan telah dipasang
'Sambil menyelam minum air'....
Antara permandangan yang sempat dirakamkan kali ini...
Kehadiran kali ini agak terhad kerana kekangan masa dan kesihatan. Insya'Allah di lain masa andai diizinkanNya kami akan kembali dan mencatitkan rentetan perjalanan dan info berkaitan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan