Rabu, 7 Mei 2014

salad masam manis rangup & Baju raya


Sejarah menu aidilfitri melalui pelbagai fasa dalam hidup kita, walaupun kini masakkan seperti rendang dan nasi impit mudah didapati pada hari-hari biasa tetapi menyediakannya sendiri di rumah merupakan menu wajib yang melengkapkan perasaan Aidilfitri   itu sendiri. Kalau dulu masakkan hari raya bertahan 3-4 hari lamanya, kini masuk hari ke-2 sudah mula masak lauk pauk  lain yang dihidang bersama nasi. Ada juga Pasaraya yang beroperasi walaupun pada hari raya pertama maka bekalan ikan lebih mudah didapati.
        Cara hidangan dan juadah yang dihantar&balas dari jiran serta saudara mara juga mengalami revolasi yang tersendiri...dari pada penggunaan pinggan mangkuk dan dulang kepada mangkuk tingkat, kemudiannya menggunakan bekas makanan plastik mesra mikro. Walaupun begitu penggunaan bekas makanan mesra mikro agak praktikal kerana hidangan yang berlebihan mudah disimpan terus ke dalam peti ais maka 'trafik' hidangan di meja makan tidaklah menyesakkan!
      Ketika Aidilfitri selain berkunjung ke rumah saudara mara kini timbul pula aktiviti sampingan lain bagi memeriahkan lagi suasana. Bila keluarga adik beradik datang bermalam ketika giliran aidilfitri di sebelah pihakku, aktiviti BBQ mula dibuat pada malam berikutnya. Memang seronok membuat hidangan dalam suasana yang santai, maka hidangan ringan untuk disertakan dengan ayam BBQ pastinya salad. Aku memang gemar 'berlebih-lebihan' dari segi campuran salad maka terciptalah olahan 'salad masam manis rangup' ini...


Bahan-bahan:
Perbagai jenis daun salad kesukaan(dikoyak)
Lobak merah*sagat halus
Kobis ungu*potong halus
Timun jepun*sagat bulat@potong ikut citarasa
Tomato ceri
Anggur hijau/ungu tanpa biji
Capsicum
Kismis

Seeloknya basuh dan rendam sayuran dan buah yang digunakan di dalam air sejuk  beserta ketulan ais yang dicampur dengan sesudu penuh garam. Garam dapat menyah lagi kekotoran manakala air sejuk mampu merangupkan salad.

Lain-lain bahan:

1 tin jagung tin, 1 tin kacang merah ABC*tos dan basuh dengan air suam.


Sos coslow & thousand island ladys choice, sos salad heinz@apa saja jenis yg disukai.

Campurkan semua bahan...beressss

Lain2 tips: bagi hidangan besar, Susun semua bahan diatas berseleng-seli dengan sos coslow dan thousand island, tak perlu gaul beriya-iya maka salad akan tampil menyelerakan.



Sambung perihal persiapan baju raya... :)

Ramadhan semakin hampir,  kawan-kawan pula mula membuat tempahan baju masing-masing bimbang tak sempat melaram di Aidilfitri.   Bila memasuki era pekerjaan berpakaian seragam, baju kurung @ baju raya kembali menjadi sesuatu yang istimewa (bagai zaman kanak-kanak dulu...menjadi satu kebiasaan juga kerana baju kurung ketika itu hanya ditempah pada bulan ramadhan). Kini aku  jarang mengenakan baju kurung selain untuk waktu tertentu.



Walaupun  Baju kurang atau tempahan kain ela hanya dibuat sempena aidilfitri tetapi ia ditempah tanpa terikat dengan fesyen semasa untuk kegunaan seterusnya. Aku lebih berminat kepada sesuatu yang 'evergreen'. Ada ketika tahun-tahun sebelum ini memadai dengan selipar atau tudung baru untuk meraikan kesyukuran bukan kerana terlalu berjimat tetapi kerana memberi keutamaan untuk persiapan lain lebih-lebih lagi jika baju tahun sebelum ini masih kelihatan cantik.Jika pada zaman kanak-kanak sehelai baru raya baru sudah memadai begitu jugalah situasi untuk diriku kini, satu kejutan budaya bagiku pertama kali mendengar seorang wanita yang 'ke udara' di radio menzahirkan kegembiraan menyambut Aidilfitri dengan 7 pasang baju baru wajib setiap tahun'. Walaupun kini aku berkemampuan membeli lebih dari sepasang aku rasa bersyukur kerana telah melalui zaman yang Membuat Aidilfitri sangat bermakna walau dengan sepasang baju baru, di kedewasaan ini juga perhatian menyambut ramadhan dan Aidilfitri tidak banyak terarah pada 'perhiasan' diri sebaliknya persiapan/tabungan untuk penyelenggaraan kenderaan, duit raya mahupun tol dan perbelanjaan sampingan yang seangkatan denganya. Terkenang kembali kasih ayah yang pendapatannya tidak seberapa tetapi tanpa gagal menyediakan sepasang baju raya untuk kami 5 beradik...

Jika aku berkeinginan buat baju lebih dari sepasangpun hanya sekadar menggantikan kekurangan@mungkin kerana pinggang dah mula 'bertambah' isinya dalam erti lain.... ..'salah guna sabun basuh yang menyebabkan baju mengecut'!
Sudah hampir 4 tahun aku tidak menempah baju. Kebiasaannya saat-saat akhir baru cari baju raya yang sedia siap, tahun lepas aku membeli sehelai jubah hijau.  Di tempat kerja pula hati mula digoda (...atau terkesian...) dengan baju@kain ela kawan-kawan yang mencari pendapatan sampingan; di bilik rehat mula dilambakkan pelbagai jenis kain atau tudung yang bermacam fesyen.

Sebahagian corak tudung ilham ku....




....Tapi bagus juga situasi ini, tak perlu nak berebut cari parkir kat luar.Ada waktu, setiap kali aku membeli akhirnya aku hadiahkan kepada emak, ibu mertuaku ataupun kakak yang berkorban lebih masa menjaga emak. Mungkin keghairahan menempah baju telah menurun di kedewasaan ini dan keseronokkan Aidilfitri terasa lebih bermakna sekiranya kain yang selesa dapat dihadiahkan dan didahulukan buat ibu-ibu yang istimewa ini. 



...Tahun ini aku mengambil keputusan untuk menempah 2 pasang baju kerana kain baju kurung mulai kecut dek 'salah guna sabun'...hihihi. Kali ini tanpa dalih aku mesti buat tempahan memandangkan dengan ketinggian dan 'bahuku yang bidang' sukar nak dapat baju yang selesa di kedewasaan ini.



Baju kurung klasik (kurung biasa) untuk baju raya rasmi tahun ini manakala sepasang lagi untuk kegunaan harian atau aper-aper jer lah! Mulalah berangan  buat lakaran baju 'citarasa sendiri'!

Apapun yang penting, marilah kita manfaatkan bulan Rejab ini untuk berpuasa sunat ataupun mengganti puasa kita yang ketinggalan. Selain itu elakkan perbelanjaan yang membawa kepada pembaziran.

Ramadhan, hadirmu sangat dirindui! 

Isu berkaitan....

Alhamdullillah dah siap! Ringkas jer....


Tiada ulasan: