Ahad, 30 Mac 2014

Random Rainbow : The Bitter Truth


Sayu perasaan bercampur baur tatkala insan lain sedang menghadapi dugaan hidup,  setiap dari kita diduga dan padaNya tempat kita pohon agar  jalan-jalan terbuka luas dalam menemui kebahagian hakiki buat kita semua...

Hulurkan seikhlas bantuan dan doa untuk si kecil ini walau secebis cuma...semoga segala urusan dipermudahkan....

#prayforNurEvaUmairah

'Do visit' :Random Rainbow : The Bitter Truth




Nyamuk mula menyedut darahku yang hangat malam ini. Tingkap nako luas dibuka dengan harapan angin dingin memenuhi ruang tamu. Kepala sebenarnya terasa letih dan kurang bertenaga. Nampaknya aku masih terkesan dengan kehilangan MH370. Berat mata memandang berat lagi badan yang menanggung...'badan yang menanti...badan yang mencari, badan yang menghadapi....' begitulah setiap dari kita yang diduga dengan pelbagai situasi, tetapi Dia Maha Adil kerana Dia menduga perkara yang terdaya oleh kita dan....usah putus harap pada Nya!

Sebenarnya setiap hari pelbagai perkara berlaku di sekeliling kita. Kalau semua perkara ini terlihat pasti tak sempat nak buat selangkahpun pergerakkan. Semua yang berlaku ada hikmah tersendiri dan kita perlu menghadapinya dengan fikiran yang luas dari pelbagai perspektif yang berbeza dengan tidak disempitkan oleh sesuatu yang kita 'mahu percaya ataupun suka untuk percaya'.

Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Nya. Semoga MH370 terungkai, semoga ibu&ayah Eva tabah, semoga setiap dari kita diberi kekuatan dan keberkatan hidup!






Malam nie Saya nak kongsi 'adunan kerabu mangga', jom cuba!

Sebiji mangga muda yang dipotong halus memanjang@sagat.
3 biji cili api dipotong halus
2 biji bawang kecil dimayang
3 sudu Udang kering yang telah ditumis dan ditumbuk kasar
Perahan Sebiji limau kasturi@limau nipis
Segenggam kacang tanah ditumbuk kasar
Gula pasir dan garam secukup rasa
*cara-cara:semua bahan digaulkan rata.



Tips: kebanyakkan mangga sesuai dibuat kerabu tetapi ada juga yang kurang sesuai atas faktor jenis yang keras dan kelat ketika muda sebagai contoh pelam air/pelam sabut (ketika masak agak manis tetapi mempunyai struktur isi yang berair dan 'bersabut', ketika muda pula agak keras dan kelat)




*boleh juga disertakan dengan lobak merah ataupun betik muda.








Khamis, 13 Mac 2014

Suram





Baru minggu lalu menikmati taburan hujan, namun jerebu berikutnya kian menebal...datang bagai tiada pergi. Berita utama telah mengumumkan cuti bagi sekolah-sekolah yang terlibat dengan jerebu teruk. Kawasan Klang sendiri telah dilabelkan sebagai kawasan sangat tidak sihat. Pembakaran terbuka telah diharamkan bagi seluruh negeri Selangor kecuali bagi aktiviti BBQ , pembakaran mayat dan bahan mudah bakar. 


Suasana suram ini turut diiringi dengan musibah MH370 yang mengundang seribu persoalan. Hati turut bersedih dan menantikan khabar berita dari usaha pencarian yang dilakukan. Aku pasti usaha telah dilakukan sehabis daya dan ianya bukan satu perkara yang mudah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,  kita dikejauhan sebenarnya juga boleh membantu mangsa dan usaha menyelamat dengan muhasabah diri serta doa yang ikhlas.



Terharu dengan usaha solat hajat yang dilaksanakan oleh sebahagian rakyat Malaysia serta doa dari dalam dan luar negara.  Insya Allah akan terlerai derita penantian ini....Semoga keluarga terlibat akan tabah dan redha dengan ketentuanNya.




Sempena Jerebu yang menyebabkan kurang sihat hari ini aku nak kongsi cara menghasilkan jus Rozelle yang mudah...


Buah Rozelle yang dipetik dipisahkan kelopaknya.  Ambil kelopak merah dan basuh. Didihkan hingga merah. Air didihan tadi ditapis dan bolehlah disimpan di dalam peti ais sebagai pati yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

  

Isnin, 3 Mac 2014

Jerebu dibasahi hujan: tadahkan air hujan walau sebaldi cuma!


Ayuh, manfaatkan air hujan! 


Alhamdullillah syukur....sesungguhnya Allah sayangkan kita semua!  Tatkala kita diuji oleh jerebu dan pencemaran udara dari tangan-tangan manusia sendiri hari ini hujan turun jua membasahi bumi kita berkat doa dan usaha yang berterusan. Jerebu mungkin datang dan pergi tetapi usaha dan doa harus diteruskan selain dari bersyukur dan bersyukur!




Mungkin ada tempat lain yang belum mendapat kunjungan hujan, aku doakan agar kalian tabah dan sabar serta tidak henti berdoa dan bergantung harap padaNya.

Nampaknya ketika ini bukan sahaja di tanahair kita memgalamai jerebu, malah di China juga mencatatkan peristiwa jerebu yang serius sehingga merosakkan kualiti tanaman.

Jangan lupa letakkan ubat jentik-jentik dalam bekas tadahan untuk mengelakkan pembiakkan aedes

Hujan damai yang turun hari ini sedikit sebanyak melegakan bukan sahaja mengurangkan kesan jerebu tetapi memberi kedinginan dari panas terik yang melanda baru-baru ini. 



Ketika berada di Johor hujung minggu lalu, banyak hutan di tepian lebuhraya yang terbakar malah rumput di rumah nenek turut kekeringan bagai diracun.

Tadahkan hujan walau sebaldi cuma! 

Sekali lagi syukur tak terhingga dengan pemberianNya. Hari ini kebetulan ada kelapangan dan Aku berkesempatan membuat tadahan air  disamping membasuh lantai anjung yang berdebu. Terdetik juga dalam hati kecil akan kesukaran sebahagian masyarakat yang terpaksa memasak atau membasuh dengan tadahan air hujan kerana masalah bekalan air yang kritikal. Terkenang zaman kanak-kanak ku, memang sering membuat tadahan air untuk mandi-manda dan membasuh kerana ada ketika dalam setahun pasti ada beberapa kali bekalan air terputus. Pantang hujan lebat, macam pesta air kami adik beradik berbasahan sambil berguling di setiap lopak air yang terbentuk.  Oleh yang demikian, marilah kita gunakan kesempatan dan kurniaanNya ini sebaik mungkin dengan sekurang-kurangnya membuat tadahan air walau sebaldi cuma! 



Bersesuaian pula kesyukuran pagi ini dengan menu yang telah aku siapkan, pulut kuning dan rendang daging.  Sebenarnya sudah lama aku tidak membuat hidangan ini. 

Jom cuba buat resepi yang saya kongsikan ini!

Pulut kuning

2 cawan pulut rendam semalaman bersama setengah sudu kecil pulut dan sekeping asam keping.
Tos pulut dan kukus.  Lubang kukus saya tutupkan dengan helaian daun pandan.Kukus 20minit.
Tuang pulut dalam besen, buang daun pandan kemudian gaul bersama setengah cawan santan yang telah dipanaskan terlebih dahulu bersama garam dan sedikit gula.
Kukus semula pulut 15minit, jika telah lembut biarkan ia sejuk atau hilang wap sendiri sebelum dihidangkan.

Rendang gareng daging:

Seketul daging untuk 3 orang dipotong nipis@dadu

Bahan kisar:

Seulas bawang bear, 5biji cili padi, sedikit lengkuas, kunyit hidup besar kelingking budak, sedikit halia, dua batang serai, 6biji lada kering yang telah direbus. 1 sudu besar serbuk kari.

B: 1per3 batang kayu manis,1 bunga lawang, 4 biji lada hitam ditumbuk kasar.

Lain-lain:

1 cawan air
1 cawan santan
3 sudu besar Kerisik
Garam secukup rasa
Sehelai daun kunyit dimayang dan daun limau purut diramas.

Cara masakkan:

Tumis bahan B Seketika kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama sama daging hingga gareng. Masukkan santan dan masak hingga empuk dan gareng. Tambahkan air jika perlu.
Setelah daging empuk Masukkan kerisik dan daun kunyit serta daun limau purut, masak sebati. Perisakan bersama garam.
Sedia dihidang :)






Diari pulut kuning: hidangan pulut kuning antara jabatan sempena sukan tradisi

7.2.2014


Inilah penyertaanku, 
Lain ketika memasak di rumah...walaupun sudah selalu masuk Bertanding namun masih belum lagi hilang 'gabra'!

Akhirnya selamat menyertai pertandingan masakkan pulut kuning, memang meriah dan sengit, walaupun gagal mendapat top 3 namun banyak pengalaman baru yang di terima.

Antara lain peserta lain yang sempat dirakam:








No. 10 juara hari tersebut, tahniah! 







Penjurian


Hadiah saguhati : Seronok mendapat hadiah yang bermanfaat!