Isnin, 20 Mei 2013

Alam & Manusia 2 : Kesinambungan kisah pokok pelam gergasi...yang sangat tinggi...

...Baru pagi tadi saya menulis perihal monyet dan lutung. Seperti yang dijanjikan saya ingin menulis kesinambungan kisah pokok pelam yang tidak tercapai dek galah. Pokok ini wujud sebelum saya lahir lagi, maknanya sebelum tahun 1978. Ketika saya berusia 5 tahunpun pokok pelam ini sudah sedia besar.Perlu baring sekiranya ingin melihat puncak pokok pelam itu dari jarak dekat. Mendongak saja tidak tentu dapat melihat keseluruhan pokok itu, malah pangkal batangnya tidak mampu dirangkul penuh oleh seorang dewasa. Buahnya pula sangat manis dan kami mengharapkan angin kuat dan kehadiran lutung-lutung untuk mematahkan ranting berbuah. 




Ketika itu rumah kami belakang sekali dan hampir dengan hutan dan tanah saudara mara yang belum diusahakan. Tindakkan arwah abah membela 3 ekor anak lembu untuk tujuan korban telah 'menerangkan' semak kawasan sekitar pokok pelam tersebut.



Alangkan beraninya zaman kanak-kanakku bersama adik-beradikku yang tidak takut pada hutan.Kami kerap membuat 'penjelajahan' ala-ala pengembara tanpa memikirkan bahaya ular sawa, binatang bisa dan sebagainya.


Lubuk nipah kami selam dengan tujuan menjerat ikan pelaga. Yang peliknya tak pernah dapat ikan pelaga jantan....asyik yang betina saja.Ngeri juga kalau diimbas kembali ketika masuk dalam lubuk tu....tetapi aku masih ingat airnya yang sejuk!

Kenakalan aku dan adik 'mengembara' selepas menyediakan snek kegemaran lembu-lembu kami iaitu sebaldi kulit roti bersama garam kasar tidak terhenti di situ. Kami temui sebuah kawasan yang cantik, anak parit yang jernih beserta cahaya yang telus dari celah-celah pokok kelapa yang tumbuh rapat. Terasa damai dan hijau sehinggalah kami terserempak dengan 'keluarga musang' tak silap kami bewarna kelabu perak sedang menyusukan anak-anaknya. Apalagi, lintang-pukang kami lari macam kena kejar hantu!! Maklumlah binatang yang sedang menjaga anaknya memang agak bengis.Syukur kami tidak dikejarnya.
Itu kisah di zaman kanak-kanak, berbalik kisah pokok pelam tadi sekitar tahun 1994-1995 pokok tersebut ditumbangkan. Rasa sedih juga...tapi apakan daya ia bukan milikku...sebelum itu aku selalu berharap akan ada saintis atau penyelidik yang datang mengklonkan pokok itu.Silap haribulan boleh jadi pokok 'world Heritage'.Tetapi pada ketika itu ideaku sekadar angan2 kanak-kanak dan tidak dipandang serius...aku sendiri terlalu mentah dan tidak sedar sekiranya idea itu akan diterima pakai atau sebaliknya.  Apapun aku berasa bertuah kerana sempat mengambil gambar kenangan saat-saat akhir pokok pelam kesayangan 'kami' yang bukan milik kami.....


Pertemuan semasa, diari alam sekitar teratak molekku...

22.12.2013



Alam & manusia....


Pagi ini saya keluar awal memenuhi temujanji dengan doktor pakar ortopedik seperti kebiasaanku sejak 2 tahun lalu, Alhamdullillah keadaan trafik agak lancar. Setibanya di persimpangan lampu merah mataku tertumpu pada seekor monyet@beruk yang berjalan di atas wayar elektrik. Seekor 'diri' sahaja, mungkin ia terpisah dari kumpulannya. Sudah lama aku tidak melihat monyet di kawasan kejirananku, namun ingatanku terhadap sekumpulan lutung yang pernah bermaharajalela di sini (zaman kanak-kanak hingga awal remajaku) masih kuat diingatan. Segala pokok menjadi mainan lutung-lutung itu, apa yang menyakitkan hati apabila buah pisang yang belum masak dipunahnya. Kerana takut kempunan, adakalanya rambutan yang masih hijau ku gokak...isinya tetap manis biarpun gigi rasa nyilu dek menggigit kulit rambutan yang masih hijau.


Tetapi walaupun pada 2013 lutung-lutung itu sudah tiada...muncul pula 'lutung kepala hitam' (manusia pengebas tanpa izin) yang lebih bijak menanti saat 'tuan rumah' keluar dan merembat licin mangga yang jumlahnya tak berapa nak banyakpun, tanpa rasa bersalah atau terfikir adakan tuan punya pokok dah merasa ?...ia membuatkan aku begitu merindui telatah 'keluarga lutung' tersebut kerana adakalanya mereka lebih berbudi daripada sifat sebahagian manusia yang tidak menghormati hak atau usaha orang lain...ketika sebatang pokok pelam yang terlalu tinggi dan tak tercapai dek sebarang galah mulai berbuah, lutung-lutung yang gemar memunah dan memakan pelam-pelam itu adakalanya agak cuai menyebabkan hasil makanan mereka jatuh. Buppp!!! Kedengaran jelas dek telinga, aku dan adik- beradikku yang lain pantas berlari menjejaki tempat pelam-pelam yang ranum itu jatuh. Adakalanya kami dapat merasa pelam yang masak ranum, adakalanya separuh tersisa dek lutung, tetapi kami tak kisah, mudah saja kami membuang sisa-sisa gigitan lutung itu dan memakan bahagian yang elok tanpa rasa geli atau jijik. Comel melihat anak lutung berwarna perang berkelip-kelip mata merangkul ibunya yang kelabu asap itu. Ketika itu kami memang berterima kasih dengan keluarga lutung itu, kehadiran mereka ketika pelam berbuah membuatkan harapan kami berbunga-bunga biarpun ada masa kami terpaksa menghalau mereka dengan suara-suara kami yang tak berapa nak garang. Geram melihat lutung-lutung mematahkan pucuk-pucuk sukun dan ubi kayu buat santapan mereka. Walaupun lutung tidak lagi kelihatan di kawasan rumahku setelah hampir 18 tahun peristiwa itu berlalu, namun di sebahagian kawasan hujung kampungku kelibat mereka masih ada dalam kumpulan kecil. Berjuang demi 'survival' mereka di zaman manusia membina rumah berdinding batu dan 'menyempitkan' lagi ruang permainan mereka.


Suasana di sini jauh lebih berbeza ketika 'era lutung' itu. Rumah- rumah tidaklah begitu 'rapat' tetapi tali persaudaraan agak erat. Boleh dikatakan setiap rumah memiliki pohon nyiur yang tinggi melampai, setiap kali hujan disulami angin kuat; lintang pukang berlari pulang bimbang dihempap kelapa atau buah kelapa menghujani kepala! Syukur kepadaNya situasi begitu tidak pernah berlaku ketika itu.


Kini, seperti di kebanyakkan kawasan lain di kampung-kampung pinggir bandar, suasana kejiranan tidak seerat dulu, 'orang kuat' kebanyakkannya telah pergi mengadap Ilahi, sebahagian pula sudah terlalu tua. Generasi seterusnya  memenuhi masa dengan kerjaya demi keperluan hidup yang semakin tinggi. 'Rewang -merewang' sudah tidak begitu releven di kawasan kejirananku dan diganti dengan pelbagai tema katering bagi memudahkan kerja-kerja kenduri-kendara. Perubahan demi perubahan tetap akan berlaku, cuma aku harap perubahan seterusnya lebih membawa kepada kebaikkan.  Apapun berbalik kepada kisah monyet@beruk tadi...' meniti wayar eletrik di saat manusia sibuk berkejar di dalam 'tunggangan' berenjin mahupun tenaga sendiri. Apakah nasib monyet tersebut agaknya, patutkah kita membencinya kerana bimbang ia akan mencederakan orang? Atau perlukah ia mendapat simpati kerana ia bukan pendatang...ia hanya berpijak di bumi yang sama tetapi suasana yang berbeza dek pembangunan? Bagi diri saya, saya hanya mampu berdoa agar monyet ini menemui tempat 'berteduh' yang sesuai jauh dari pengainayaan mahupun situasi yang menyebabkan ia terainaya.
Ops terhenti seketika penulisanku apabila jururawat memanggil namaku. Doktor peter mentertawakan aku yang leka tatkala nombor giliranku sudah terpancul di papan elektronik!
So...sorry....

#Sambungan.....kisah pokok pelam yang tinggi...tinggi sangat!

Selasa, 7 Mei 2013

seterika 'rare'

Pilihanraya sudah tamat....ada yg demam, ada yang dah kebah. Apapun doakan yang terbaik untuk negara yang kita cintai ini. Saya tidak pandai berpolitik tetapi merupakan seorang induvidu yang akan membaca dan melihat pendirian dan kisah kedua-dua pihak kemudian cuma menilai dengan pengalaman serta pemerhatian...namun entri kali ini bukanlah untuk memberi apa2 komen mengenainya...kerana saya hanya watak kecil dalam ini kisah...watak yang kewujudannya tidaklah begitu dirasai tetapi turut memainkan peranan dalam hala tuju sebuah negara (pengundi).wah wah....!

Cukuplah disini tentang pilihanraya...sebenarnya saya terpanggil untuk menulis perihal seterika lama...Alhamdullillah pada zaman kanak2 saya masih sempat melihat emak saya menggunakannya walaupun saya tidak berkesempatan mencuba. Mungkin ketika itu usia saya terlalu muda untuk bermain dengan bara arang di mana kakak saya yang ketika itu baru bersekolah rendah telah 'melobangkan' salah satu bajunya! Memang agak teknikal sikit penggunaannya. Pada usia yang terlalu muda (mungkin kurang 4 tahun) saya masih mengingati detik2 itu dengan jelas. Seterika tersebut bewarna merah hati....besi...ya warnanya masih segar diingatan....dua keler...bawah besi kuning atas besi merah. Bila terkenang peristiwa itu saya terus melayari laman maya namun tak satupun sama dengan apa yang pernah kami miliki. Malangnya seterika itu entah di mana.

   Walaupun begitu, saya bersyukur kerana masih memiliki seterika lama cuma ia bukanlah seperti mak saya punya dahulu cuma bentuk sahaja yang hampir sama.  Saya bukanlah penggemar taksub barangan antik tetapi berasa berat pula untuk menjualnya apabila ditanya seorang rakan, ia agak 'rare' kerana ada lagi 'tulisan' ntah ape maksud.... Mungkin suatu hari saya akan menjualnya juga... tetapi buat masa ini kalau ada yang nak beli pada harga RM3000, 000.00 baru jual...hahahah! (Teringin juga nak jadi jutawan...huhu)