Selasa, 26 Februari 2013

Resepi ringkas : spagetti tekak kita...featuring gallery 4

Spagetti pilihan dimasukkan pada air yang mendidih dan kacau sekali-sekala sehingga empuk (bergantung ketebalanya). Campurkan sedikit minyak zaiton dalam air didihan.

Bahan kuah:
♥setengah sudu kecil Italian seasoning(campuran kering oregano,
Rosemarry,parsley dsb)/mix herbs.
1 ketul isi dada ayam dicincang atau potong dadu, 1 biji bawang besar(bawang holland)potong kecil2@dadu, sebiji lobak merah disagat halus memanjang, serbuk cili secukup rasa(jika mahu pedas)
Setengah biji capsicum@cili besar biasa(pun boleh) dipotong dadu.

♡ 2-3 biji tomato potong dadu, sos pasta 1-2  senduk, sos cili (saya guna jenama linggam) 1/2 senduk.Garam secukup rasa.
Minyak zaitun
Air secukup rasa

Spagetti yg telah empuk ditos dan digaul bersama minyak zaitun agar tidak melekat dan mudah lerai, perisakan dengan 'mix herbs'.

Salah satu jenama mix herbs (italian herbs)


Bahan ♥ ditumis dengan minyak zaitun kemudian masukkan bahan ♡, tambahkan air dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan merah gelap untuk rasa yang lebih sedap. Lagi lama masak lagi sedap. Gula ditambahkan secukup rasa bagi mengurangkan kemasaman pes tomato.

Jenama ini Boleh didapati di tesco



Lain-lain tips berkaitan: seeloknya kulit tomato dibuang terlebih dahulu, boleh dikupas atau rebus tomato sebelum memotongnya. Setelah rebus tomato, biarkan sejuk bagi memudahkan proses menyingkirkan kulit tomato.

Sekali-sekala sebagai hobi saya akan buka pesanan untuk rakan pejabat, walaupun pada skala yang kecil...boleh juga menambah pendapatan sampingan. 








Lepas makan kita tengok geleri (4)
Lukisanku bertemakan flora....









inspirasi rerama









Versi batik-ku






Inspirasi Pahlawan Lahad Datu











www.redbubble.com (available in card)
By domolitos













Isnin, 25 Februari 2013

diari kumbang kura-kura: Ladybird Kawal serangan aphid atau kutu daun secara semulajadi...


Baru-baru ini saya temui ladybird singgah di dedaunan limau kasturi saya. Nama Ladybird memang biasa kita sebut sejak zaman kanak2, bentuknya yang comel dan menarik cepat menarik minat kanak-kanak. Hakikatnya bagiku dikedewasaan ini baru aku terfikir untuk mengetahui nama Melayunya(Kumbang Kura-Kura).Ladybird memang dialu-alukan kerana ia bukan sahaja sahabat pokok tetapi merupakan musuh afid iaitu kutu daun.


Ladybird dapat memusnahkan afid dan beberapa jenis perosak lain secara semulajadi. Untuk menarik perhatian ladybird ke halaman rumah, kita boleh menanam pokok renek berbunga terang seperti marygold, bird of paradise dan pelbagai tumbuhan yang lain.

wrightia

Aku juga pernah terserempak si cilik ini pada pokok orkidku dan pokok bunga kantanku. Tak sempat nak snap sebab adakalanya lupa nak bekalkan telifon bimbit ketika berkebun.

marigold


zinnia

Warna ladybird juga pelbagai iaitu merah, jingga,kuning...mungkin lebih.Untuk hari ini saya berjaya snap warna jingga, kalau di lain masa terlihat ada tambahan warna lain bermakna kejayaan satu lagi misi menjejakkinya.


Sebagaimana rasa seronok mengambil gambar ladybird sayapun merajinkan diri untuk kenal lebih mesra dengan si lady bird melalui wikipedia dan blog2 lain.saya juga dapati ada blog yang menarik dapat dikongsikan tentang ladybird. Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh singgah di wikipedia, cikgukimia-coret-coret.blogspot.com,animhonan.blog.dan byk lagi yg belum sempat saya baca, cuma taip dan pilih bacaan anda.
Info berkaitan :

●Labah-labah juga makan aphid


●Di Amerika Utara ladybird dikenali
   Sebagai ladybug.

●Nama saintifik ladybird ialah
   Coccinellidae bermaksud sfera
   Sedikit merah.

●Ladybird sangat membantu kebun/
   taman kerana tabiat pemakanannya.

●Ladybird mampu makan beribu-ribu
   Afid sepanjang hayatnya.

●Menochilus sexmaculatus adalah
   jenis ladybird yang digunakan
   sebagai kawalan biologi iaitu mampu
   menghapuskan serangga perosak
   secara semulajadi.

● Ladybird tidak digemari pemangsa
    kerana ladybird boleh merembeskan
    sejumlah kecil cecair berminyak
    bewarna kuning ketika sekiranya
    ada ancaman.

● Tiap-tiap satu ladybird mempunyai
    corak dan bilangan tompok yang
    Berlainan.

*sumber internet, Wikipedia & majalah Laman Impiana. 
  






Pertemuan semasa :-)

05.09.2013
Syukur dipertemukanNya...


Si ladybird kuning berkunjung tiba!

cantik! comel! Comel!

'Known Flying Object'...


05.10.2013

Kecil molek si kumbang kura-kura,
mencari makan sambil berbudi,
Sedekah sembunyi berpura-pura,
Lebih mulia lagi abadi...


Warna oren tanpa 'polkadot'

Sekitar teratak molek : 06.10.2013


Teratak molek, 30.10.2013

Sekitar Teratak Molek,  16.03.2014

                                        Pertemuan......

































*rujukkan dari majalah tempatan, Internet & pemerhatian sendiri.

Resepi ringkas : Nasi goreng beras perang.







Seronok sebab sempat buat nasi goreng pagi ini untuk bekalan ke pejabat.  Terasa kepuasan dengan air tangan sendiri biarpun ia bukanlah satu masakkan yang 'grand'. 

menggunakan telur & ayam sebagai lauk

Istimewanya nasi gorengku kali ini kerana ia merupakan campuran beras perang. Beras perang dikatakan lebih baik berbanding dengan beras putih dari sudut kesihatan. Baunya yang agak kurang menarik dan rasanya sedikit pejal bak 'barli' menyebabkan ia kurang digemari.

Nak dijadikan cerita, kononnya nak makan beras 'sihat' tapi diri sendiripun tak termakan. Untuk tidak membazir saya mengambil keputusan untuk 'mengkacukkannya' dengan beras biasa. Ternyata rasanya agak menarik dan sedap juga apabila dibuat nasi goreng.




Nasi goreng kacuk beras:

Bahan:

campurkan 1 cawan nasi putih dan 1 cawan nasi dari beras perang.
Bahan lauk/sayur : 1 ikat sawi dipotong ikut suka, isi ikan selar kuning/ikan kembung atau ayam yang telah digoreng dicarek kasar. 
Lain-lain: 3 ulas bawang putih, lima tangkai cili merah,sebiji cili hijau, 1 sudu besar cili kisar, dan 7 biji bawang kecil, setengah isi ikan goreng. Semua bahan2 ini dikisar kasar.




Cara2:

Tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga gareng dan naik bau. Masukkan sawi serta isi ikan atau ayam. Garam secukup rasa dan masukkan nasi tadi, goreng hingga seragam....siapppp!


Ikan sebagai lauk

Ahad, 24 Februari 2013

Resepi ringkas 1 : Ubi kayu rebus sambal hijau...featuring gallery 3



Resepi ringkas  bagi peminat pedas :

UBI kayu yang telah dibuang kulit direbus empuk (potongan ikut suka) tos dan asing.

★ cili api segenggam+cili hijau 3-4 biji dibelah 2 buang biji+2 biji bawang besar dan 2 biji tomato potong 4, bawang putih 3 ulas dimayang+ikan bilis 2 genggam:  semua bahan direbus kurang 5 minit atau mendidih. Bahan2 yg telah direbus ditos dan kisar kasar. Setelah itu tumis dengan minyak hingga gareng (ikut selera), garam dan gula secukup rasa.Enak juga dengan perahan limau nipis atau limau kasturi.


♥disertakan bersama cara potong ubi kayu, walaupun nampak remeh tetapi tidak mustahil sebahagian dari kita yang pandai masak tetapi tidak pernah 'kopek' ubi.



Jom cuci mata melawat Geleri (3) 'medrawing'