Isnin, 4 Mac 2019

Kain selesa dengan budget mampu milik

Setiap kali nak raya memang baju kurung jadi keutamaan tapi bila di kedewasaan ini pencarian baju baru atau apa-apa yang berkaitan lebih tertumpu untuk orang tersayang...untuk emak,emak mertua dan anak. Aku lebih 'bershopping' pada tudung sebab baju kurung amat jarang kupakai kerana tugas harian yang mengenakan pakaian yang ditetapkan majikan dan boleh dikatakan baju raya 2-3 tahun lalu masih kelihatan baru sebab hanya dikenakan ketika menghadiri kenduri yang sekali sekala😅.

Memang seronok membeli- belah tetapi semua itu perlu mengikut keperluan bukan kemahuan. Paling takut bila nak dekat raya kita terpengaruh untuk membeli barang-barang atau pakaian yang tidak begitu perlu akhirnya mengakibatkan pembaziran. Saya adalah di dalam golongan sederhana maka cara pembelian baju raya adalah terarah kepada pemakaian jangka panjang yakni yang praktikal digunakan untuk perkara-perkara lain,'evergreen' dan tidak tertakluk kepada fesyen terkini. Namun begitu saya agak 'tewas' dalam pembelian baju raya anak. Saya inginkan baju yang praktikan evergreen dan boleh digunakan seharian tetapi menggunakan meterial sejuk,lembut tetapi lasak...sebolehnya dari kapas...pastinya keinginan ini melibatkan kos yang mahal macam nak beli baju orang dewasa. Anak ketika ini baru berusia 3 tahun 4 bulan dengan ketinggian hampir 100cm, agak lasak orangnya maka jika sekadar beli baju raya yang lip lap tetapi merimaskan maka tak sampai beberapa minit pasti dah tukar baju lain😂.

Jadi demi kasih sayang dan kemampuan yang sederharna ini saya dan suami mengambil keputusan untuk membeli kain kapas yang sejuk untuk anak...biarlah mahal sikit asalkan kita boleh pakai semula selepas raya dan praktikal untuk kebanyakkan suasana maka pembelian ini akan jadi berbaloi...saya gemar membuat kurung Kedah berseluar untuk anak sebab bila anak semakin membesar baju tersebut tidak nampak janggal.

Baju raya anak tahun lepas sehingga kini masih boleh digunakan malah sering menjadi pakaian seharian😍


Cara dapatkan kain mahal dengan harga jauh lebih murah:

Untuk entri kali ini saya nak kongsi cara mendapatkan 'kain sedap' dengan harga yang jauh lebih murah:

1. Kunjungi gedung/pasaraya tekstil yang menjual kain untuk golongan pelbagai peringkat, sederharna dan mewah.

2. 'Siasat sama ada gedung tersebut ada menjual longgokkan lebihan kain-kain kodi di 'tray' tertentu mereka dengan potongan harga yang berbaloi.


Sebagai contoh saya telah berhasil mendapatkan kain kapas berkualiti baik ini pada harga yang jauh lebih murah dari membeli cara 'potongan' meter dari kodi. Bayangkan kain kapas ini harga dalam rm22 semeter tetapi dua gulung seperti dalam gambar tersebut(berjumlah 5 meter) mampu dibeli dengan harga tak sampai rm50. Boleh dapat 2 baju kurung kedah anak yang ketinggian dalam 100cm saiz badan sederhana dan lebihan kain jika ada boleh buat blouse atau seluar😉🎈🎈

Walaupun rata-rata lebihan kain ini adalah antara 2meter-2.6meter kita masih boleh buat sepasang baju kurung jika dipadankan denagan corak yang sesuai.

Saya sendiri terjebak apabila terjumpa kain 100peratus sutera ini (dalam 2.2 meter). Bayangkan sepasang nilainya ratusan dan saya memperolehinya dengan harga rm30 sahaja! Bolehlah hantar jahit buat 'blouse'👍

Pelbagai jenis kain boleh diperolehi dari lebihan kain tersebut cuma kita tidak dibenarkan membuka gulungan kain tersebut...alhamdullillah kesemua gulungan tersebut elok keadaannya.

Di sini saya nak bagi kredit dan terima kasih kepada pihak berkenaan yang menjual lebihan kain-kain tersebut sekurang-kurangnya dapatlah mereka-mereka yang nak berjimat untuk mendapatkan kain-kain yang sedap untuk anak-anak yang cepat membesar nie...untuk mak anakpun boleh jerr😁😁😁 Semoga perniagaan kalian bertambah maju jaya.






Ahad, 17 Februari 2019

Strawberi Klang





Hobi ♥️♥️♥️...

  

Jika dahulu anak strawberi hanya boleh ku dapati di Cameron Highland tetapi kini pelbagai cara kita boleh mendapat anak pokok sama ada dari pekebun 'oneline' ataupun semaian benih.  Namun hati- hati jika beli benih oneline jika tiada review yang bagus sebab saya pernah terkena apabila mendapat benih strawberi liar. Strawberi liar ni senang membiak tapi buahnya 'takder' makna sangat sebab terlalu halus. Rugi masa sebab benihnya ambil masa yang lama untuk bercambah.




Membiak anak pokok strawberi melalui sulur strawberi induk


Walaupun aku telah kembali dengan hobi ini adakalanya tangan 'gatal' nak menambah beli pokok yang sedia ada...maklumlah pokok strawberi ni banyak jenis. Saya cadangkan kepada sesiapa yang baru nak mencuba hobi penanaman strawberi bolehlah beli variasi Japenese Sweet Chery' (JSC) sebab ia agak lasak dan  buatlah rujukkan dahulu melalui media massa mahupun kumpulan-kumpulan pecinta strawberi yang ada di facebook.

95 peratus medium cocopeat,5 peratus pecahan gabus. Kalau nak bagi banyak buah daunnya perlu dikurangkan...


Apapun di sini saya hanya nak kongsikan antara gambar pokok-pokok strawberi yang saya ada dan beli melalui anak mahupun pokok pasuan kecil... mungkin selepas ini peminat tanaman strawberi akan terinspirasi dan berani mencuba walaupun tinggal di lokasi panas seperti saya(Klang). Saya bertambah teruja kerana bekalan anak pokok pertama setelah lama tidak menanam pokok strawberi saya dapati di daerah yang sama. Saya juga gemar bereksperimen dengan kepelbagaian medium mahupun campuran medium. Kegemaran medium saya adalah cocopeat kerana ia lebih murah dan pokok nampak lebih gemuk terutamanya dengan paduan baja AB dan kawalan organik. Antara medium yang bagus adalah peatmoss tapi tak tahan poket pulak😂Sebelum ini ramai kenalan saya yang mengatakan ia mustahil ditanam di Klang. Sebenarnya pokok strawberi sangat sukakan cahaya matahari asalkan cukup baja dan siraman insyaAllah ia akan hidup subur cuma ada ketikanya bagi strawberi pasuan ia perlukan perlindungan net untuk mengelak daripada hujan lebat kerana ia mampu memusnahkan pokok. Beberapa pokok baru telah saya tanam sejak tahun lalu samaada dengan kaedah hidroponik ataupun pasuan. Ia juga boleh ditanam terus diatas batas.

Tanaman medium tanah,cocopeat dan arang

Nutripot d.i.y dengan kaedah hidroponik(medium cocopeat)

Jom singgah di laman dapur strawberi saya...

https://youtu.be/W0NVGDGyDLE

Asas penggunaan/penyediaan blok cocopeat untuk tanaman:




https://youtu.be/k9xrgGc9swo