Rabu, 11 April 2018

soda herbs

salam sejahtera
lama tak buat entering kat blog. Agak sibuk semenjak dua menjak nie...perkembangan lain aku seronok berhidroponik dengan sayur-sayuran. Kesibukkan nampaknya masih tidak dapat menghalang minat berkebunku sebab teknik nie Insya'Allah akan memastikan sayur-sayuran tidak terabai sangat. Nak balik kampungpun senang hati...



oleh kerana pokok pudina hidroponikku membesar bagai 'johan' bersemangat lagi nak buat soda herbs nie.

bahan-bahan:

2 botol air soda
2 batang serai diketuk (serai jangan banyak sangat nanti tekak rasa tak selesa dan kering)
1 biji lemon digulingkan sebelum dihiris halus-halur (agar jus mudah keluar)
segengam daun pudina
20 hingga 25 biji asam boi putih
2 tin laici
2 cawan air masak (untuk kurangkan manis)

masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan tambah ais jika mahu. saya masukkan botol air soda tu kat peti beku bila ada ais-ais membeku sikit2 terus bawa keluar. Jadi soda dah sedia sejuk dan ada ais-ais ala-ala ABC tapi jangan sampai beku terus. SIAP😁 dan dikacau air tu molek-molek.

inilah hasilnya.....


#TIPS LAIN
rendamkan asam boi terlebih dahulu dengan sebahagian air soda kemudian baru campurkan dengan lain2 bahan.
posted from Bloggeroid

lakaran hari ini.....

Tiada ulasan: