Khamis, 23 Julai 2015

Bau durian

durian oh durian!

Rasa nak berguling-guling menginginkan durian sepanjang bulan Jun nie!

Musim durian

Sebelum  Ramadhan 2015 durian mula luruh sekitar negeri Perak dan seangkatan dengannya. Walaubagaimanapun  dek kerana kehamilanku, aku terpaksa  melupakan hasrat untuk 'mentekedarah' sebakul durian. Ngeh...ngeh!

Walauapapun kepulangan ku kali ini adalah untuk menjenguk keluarga  kakak dan emak tercinta namun ia tidak menghalang ekor mataku terhadap buah idaman malaya nih. Jadi sebelum kembali ke rumah, aku sempat bekalkan untuk adik beradik lain serta ibu mertuaku. Pada mulanya  aku rasa ragu-ragu nak bawa balik raja buah ni memandangkan kepala  mesti pening dengan baunya yang bakal bermaharajalela  di dalam kereta. 2 jam perjalanan...mampukah aku bertahan?


Aku bungkus setiap satu durian dengan suratkhabar,konon nak perangkap bau.

...lantas aku teringat tentang satu petua baru yang kubaca sepintas lalu di fb, maaf tak dapat nak beri kredit pada yang kongsi petua tu sebab aku pun tak ingat. Yang pasti dari  situlah aku dapat petua ni.

Caranya...potong beberapa tangkai durian dan belah separuh.


Sangkut tangkai durian pada lubang pendingin udara dan set 'udara keluar'.

Langkah tambahan

Sebagai langkah berjaga-jaga juga, aku juga letakan pewangi 'odour eliminator' jenama cosway.(ia nyah bau udara kurang menyenangkan)

Ternyata  petua ini berkesan. Sebab inilah aku rasa seronok nak kongsikan percubaanku dalam entri kali ini. Bau durian tetap ada tetapi sangat terkawal dan perjalanan agak selesa.

Lain-lain petua berkaitan:

Untuk menyah bau durian yang sedia ada dalam kereta...

Letakkan ketulan arang
@
Roti buku

(Tujuan untuk menyedut bau)



Rabu, 22 Julai 2015

serah 'loan' asb




Masih lagi di bulan syawal, rasanya tak terlambat nak ucapkan salam Aidilfitri buat semua. Lukisan kali ini kurang 'feel' dek kerana 'mata pena spen gnote' ku dah mula buat hal... ( hujung bebolanya tiba2 hilang....huhuhu)nak lukispun sukar seperti melukis menggunakan pensil tumpul separuh kayu! xper...puas hati pakai setelah dengan izinNya menghasilkan ratusan lukisan dan lakaran melalui  Gnote nih.


Bulan lepas aku baru sahaja 'surrender' salah satu 'loan' asb aku yang berusia 8 tahun (pinjaman untuk 20 tahun). Bukan sebab nak beraya sakannnn!!! No...no... jangan bazirkan simpanan untuk berhabis-habisan....siksa bertahun menyimpan tau. Sebab nak 'surrender ' of cos lah kerana persediaan bakal baby Insya'Allah. Banyak nak kena prepare selain simpanan berdikit-dikit  yang sedia ada. Keperluan berpantang, keperluan bayi, bayaran perbidanan dan sebagainya. Insya'Allah dengan usaha dan tawakal akan dipermudahkan.

Langkah pertama bila 'surrender' asb

Aku pastikan sebelum ke cawangan bank tempat aku buat loan asb tu, aku sediakan slip penyata tahunan 'loan asb' yang dipos  setiap tahun tu, yang terkini lagi ok jadi daripada baki pinjamin kita sendiri boleh buat tafsiran jumlah wang yang bakal diperolehi. Kat penyata tu ada butir-butir yang diperlukan iaitu butir diri dan nombor pinjaman akaun asb. Kalau tak bawapun tak per cukup dengan i.c boleh juga pihak bank rujuk tapi kalau ada penyata tu mudah sikit dorang nak buat carian terutama kalau ada 2-3 sijil dan hanya nak serah 'loan' berkaitan jer.

Bila dah tiba di bank berjumpalah dengan kerani bank yang berkaitan. Nyatakan hasrat hati dan serahkan penyata berkaitan untuk rujukkan. Dari situ kerani tu akan telefon 'link' berkaitan untuk tengok samaada kita dikenakan denda atau tidak serta bagi anggaran pulangan yang kita bakal perolehi(atas permintaan). Oleh kerana aku dah buat pinjaman selama 8 tahun maka tiada pemotongan atau denda dikenakan.

Aku diminta untuk mengisi  sekeping borang yang agak ringkas bagi urusan tersebut dan tandatangan  serahan. Habis.... ringkas dan praktikal betul berurusan dengan rhb  ni. Seronok. Tak banyak kerenah. 5 bintang!

Dalam masa sebulan baki wang akan dimasukkan dalam skaun asb kita.




... baru-baru ni lebih kurang 3 minggu lebih aku terima surat penyata dari rhb bahawa duit telahpun dimasukkan dalam akaun asb. Alhamdullillah, esok bolehlah update buku asb.