Khamis, 18 September 2014

Pokok di tempat teduh...

Dah lama tak buat entri berkaitan tumbuh-tumbuhan.  Rasanya sejak beberapa minggu lalu masa dan keadaan tidak mengizinkan diri meluangkan banyak masa dengan pokok-pokok kesayanganku.Sarat sungguh komitmen dirasakan namun aku tetap memastikan agar tumbuhan-tumbuhan tersebut terjamin kelestariannya.



Mujur juga musim hujan maka alam telah menyiramkan serta membaja pokok-pokok secara semulajadi.



Baru beberapa hari ini aku kembali bermanja dengan tumbuh-tumbuhan kesayanganku. Kumbang kura-kura dan spesis belalang seolah-olah meraikan kehadiranku kali ini.




Aku mulakan aktiviti berkebun dengan azam dan semangat baru. Aku ingin kembali menyemai dan membiakkan beberapa tumbuhan yang kurasakan dapat menjana pendapatan sampingan.



 Walaupun tidak ada niat untuk jadi kaya dengannya (kerana aku rasa harga yang bakal kutawarkan tidak berbaloi dengan tenaga yang kucurahkan). Cukup sekadar balik modal@tambahan tanah mahupun duit 'seronok-seronok' bagi pembelian semula baja dan sebagainya.




Aku juga tidak bermaksud untuk menjalankan aktiviti jualan ini sebagai sesuatu yang tegar buat masa ini, sebaliknya hanya membuat iklan melalui fb di kalangan sahabat handai sebagai mana yang sekali-sekala aku lakukan dengan mengiklankan menu-menu sarapan untuk rakan sepejabat sebagai hobi. 


     


Sememangnya minatku dalam kedua-dua bidang ini tidak pernah luntur tetapi aku sedar apa yang menjadi keperluan utamaku ketika ini. Sempat juga aku buat tempat teduhan pokok-pokok bungaku yang terlalu terdedah dengan sinar matahari ataupun limpahan hujan yang keterlaluan.



Mujur rumah abang yang sulong agak dekat maka dapatlah aku 'cantumkan' jaring diantara rumahnya dengan rumahku.('of cos dengan izin ya!)Dah macam mini 'nursery' lah pulak...kikiki. Sesiapa yang tak ada kemahiran atau tak dapat nak tempah rumah orkid bolehlah guna cara ini ya tapi jangan lekat pada rumah jiran pula takut jadi gaduh...dirikan tiang atau apa-apa yang sesuai.



Berbalik kepada tumbuhan hiasan di tempat redup sebenarnya aku ingin menanam pokok di dalam bilik air.  Walaupun bilik air ku mempunyai tingkap namun ia sangat kurang cahaya matahari. Bosan pula melihat suasana bilik air yang suram. Mujur di laman teratak molekku terdapat beberapa pilihan tanaman yang sesuai. Tumbuhan seperti sireh puteri dan spesis paku pakis adalah antara tumbuh-tumbuhan yang menjadi pilihan untuk tanaman di tempat redup. Emmm, nak lagi jimat gunakan saja botol mineral terpakai untuk menempatkan tanaman tersebut!




19.09.2014
*pokok pertama yang berjaya dijual melalui kenalan di fb, rm5 sahaja...


Spesis orkid mini




Rabu, 17 September 2014

Kenangan terjauh....


Bila minda sarat pelbagai kisah mulalah melakar kisah lalu...pasti hanya Dia dan 'mereka' yang terlibat memahaminya  namun bingkisan ini sekadar menterjemahkan tentang betapa minda adakalanya mempunyai kekuatan yang tidak terdaya untuk kita fahami malah kekuatan itu akan melemahkan sekiranya tiada redha di dalam hati kita terhadap ketentuanNya. 


Kenangan adalah sebuah memori yang melekat dalam diri adakalanya ia beri senyuman ada waktu sebaliknya... yang pasti kita tak boleh lari dari diri kita. Kenangan boleh ditinggalkan tapi ada kenangan yang tak boleh dilupakan...dan aku kembali memetik kata-kata hikmah dari buku La Tahzan untuk memotivasikan diri....'kenangan adalah sesuatu yang terjauh, manfaatkan waktu saat kita mengharunginya....'

 

Minggu ini aku diberi rezeki olehNya 'terhubung/terserempak' dengan 2 orang sahabat lama dalam 2 era yang berbeza, dan 2 cara yang berbeza...

Rumah saemah... (sek.rendah)


seorang dari era zaman sekolah rendah secara 'langsung' di sebuah stesen minyak dan seorang lagi secara maya (fb mesengger) merupakan sahabat dari era ' remaja&kesukananku. Kedua- dua insan ini 'agak istimewa' dari sudut sejarah lampauku sendiri. Namun sahabat dari era kesukananku telah 'membuatkan' lakaran mula menari-nari di minda mungkin kerana ada bicara maya tercetus di antara kami...

         


Terlalu banyak yang terbuku dan kerinduan seorang sahabat mula terjemah dalam bentuk ingatan yang sedia tersimpan.




Ya, memang aku teringin bersama bagai suatu ketika dulu,ingin memberi penjelasan tentang banyak perkara yang berlaku dan tidak terluah dek ketidakmatangan  dan cara pemikiran mentah ketika di alam remaja. Kita semua bagai terperangkap dengan suasana dan harapan yang sepatutnya menguatkan kita bukan sebaliknya.





 ....Keinginan itu tersimpan di dalam hati kerana tanggungjawab dan peranan hidup tidak seperti dulu, namun bukan bermakna menghindarkan diri mahupun menyendiri, semuanya telah berlalu dan ditakdirkan...semoga kita akan saling maaf dan memaafkan di dalam doa dan ingatan kita.
Sesekali kesedihan menyapa melihat sebahagian perjalanan yang tidak seindah yang diimpikan,kewujudan yang seolah-olah lenyap...ia adalah sebuah perjuangan yang berakhir dengan sepi sekali, namun inilah dunia...tempat kita diduga dan belajar melalui perkara-perkara yang kita lalui.


 

setiap dari kita telah menggunakan cara dan laluan yang berbeza...andai kemudahan kita pada sesuatu menyenangkan keputusan atau cara, kita tidak boleh menyamakan kemudahan tersebut dengan insan lain. 

 



...yang pastinya dekat di sudut hati aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kalian dunia dan akhirat. Insya'Allah tiada terputus hubungan walau sekadar di alam maya atau melalui medium teknologi dengan niat bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.


...sekurangnya ada senyuman di akhir kenangan....


#lakaran kenangan suka duka 1998, 5 bulan di mortdale, Australia (skuad Jaya98-#4womenIcry) 

#semogakalianbahagiaduniadan akhirat
#salampenuhkasihsayang 


Khamis, 4 September 2014

Status fb....



'...sabar...tenanglah wahai hati....mungkin ini ujian...aku redha...'
Ini adalah antara ungkapan di fb bila hati adakalanya di'terguriskan'? (Tatabahasa mula dah ke laut) Tanpa disedari ataupun sedar adakalanya bila mana status ini dipaparkan...kesabaran sebenarnya dah tahap 'baran'...ketenangan sebenarnya gelora yang sedang ditahan-tahan...ujian dirasakan berat dan keredhaan hilang keikhlasan...?



Lantas setiap kali status ini ingin ku paparkan...aku mula bertanya pada diri...adakah perkongsian ini punya makna? Adakan ia sesuatu yang positif dan rasa hati terpujuk dek komen-komen yang menyokong...? Adakah dikemudian hari hanya luka yang mengundang sedangkan perkara yang berlaku sepatutnya telah 'mati' kini berbangkit?
Perlukah? Salahkah? Mmmmm...mungkin ia salah satu cara meringinkan jiwa yang 'sakit'...
Namun, sahabat....teman...rakan-rakan, kawan-kawan, 'best pren', dan saudara-saudaraku....kita ada talian hayat untuk jiwa yang terluka, hampa dan kecewa....
Talian tanpa wang...Tanpa bil, prepaid ataupun wifi...
....kita hanya perlu ada nyawa yang dikandung badan...
...bukan nyawa candy crush mahupun 'on line games' yang seumpama dengannya.
...gunakan talian doa...hanya padaNya,
Insya'Allah.