Isnin, 7 Julai 2014

Alih Tiang TNB

Tinggal di kawasan ' lot' adakalanya melibatkan penempatan yang kurang terancang lebih-lebih lagi di kawasan kampung pinggir bandar yang pesat membangun dan kediaman individu mahupun rumah-rumah sewa yang tumbuh bagai cendawan.



Selalunya yang menjadi masalah adalah peruntukkan jalan. Sekiranya jiran-jiran yang sepakat, masalah laluan tidak akan wujud...tetapi ada juga yang pentingkan diri ataupun yang bersikap 'sudah diberi betis nak peha' pula...sudah 'diberi jalan nak tanah' 'demand' yang tidak sepatutnya kerana bimbang tanahnya sendiri akan berkurangan kerana mengikut laluan yang diberi tuan tanah yang lain. Apapun aku tidak berniat untuk menyentuh hal tersebut kerana hubungan kejiranan harus dijaga dengan baik. Aku cuma mengharapkan dari pengalaman ini kita akan lebih matang dan belajar menghargai jiran-jiran yang bertimbang rasa serta menghormati hak masing-masing.

Berbicara tentang laluan kediaman, kali ini aku nak kongsikan pengalaman dan langkah-langkah permohonan untuk mengalihkan tiang TNB. Sebenarnya di tapak halaman sebelah rumahku sering dijadikan permintaan untuk laluan lori-lori atau kenderaan berat bagi tujuan pembinaan rumah individu, memandangkan di lorong selainnya tidak memberi kebenaran kegunaan jentera berat atas perkara yang tertentu. Laluan menuju jalan utama yang menjadi harapan pula masih wujud sebagai 'hutan simpan'.( Masing-masing ada permasalahan masing-masing) Pernah juga aku cuba memohon jalan setelah mendapat kebenaran orang lama pemilik-pemilik tanah tersebut tetapi permintaan Tok Penghulu terlalu berat untuk ku laksanakan apabila beliau meminta aku mendapatkan semua tandatangan pemilik tanah lebih 30 nama di  geran yang dah entah kemana. Ia telah memberi tekanan disanubariku sehingga airmata ku tumpah tanpa kawalan di pejabat tersebut... Apa yang aku harapkan semoga suatu hari sekiranya mereka ada rezeki membina rumah akan ada pertimbangan dan toleransi untuk 'menyumbang' laluan masing-masing kepada 'orang belakang' seterusnya sebagai amal jariah 'membina' jambatan ke syurga.

Berbalik kepada permohonan mengalih tiang TNB....

Oleh kerana jalan yang diturap terlalu hampir dengan kediamanku maka aku mengambil keputusan untuk mengalihkan tiang TNB yang menghalang laluan baru yang bakal kuadakan. Pembinaan beberapa kediaman menyebabkan pagar dan dinding rumahku mengalami keretakkan, 'pulus' keluar nak buat titi baru...huhuh mujur adik sedang membaik-pulih rumah maka lebihan batu-batu ditambak pada laluan baru yang bakal ku adakan ...(tanah persendirianlah kata-ko....suka hati nak buat jalan 'tang mana'....tapi bukan untuk kepentingan diri saja tau! Huhuhuhu)

langkah pertama mohon tiang aku telah :

*Ambil gambar tiang.

*catat no.tiang yang ingin dialihkan.

*pergi ke pejabat TNB daerah. Ambil no giliran (alhamdullillah tak tunggu lama).

*isi borang permohonan di pejabat TNB :


Menurut pegawai TNB mereka akan menghantar pegawai bertugas untuk mengenal pasti tempat ataupun kos sekiranya perlu. Mereka juga akan menghubungi pemohon bekaitan perkara tersebut.

Langkah seterusnya....

*tunggu dan lihat....

Minggu pertama & kedua....tiada 'respon'...tunggu dan lihat....

Minggu ketiga masih tiada khabar berita....sabar dan jangan cepat melatah. Telefon semula TNB dan 'follow up' mana tahu mereka terlepas pandang...

ketika menghubungi TNB mereka telah merujuk permohonan saya dan memaklumkan bahawa ia sepatutnya 'berjalan' . Saya diberitahu mereka akan 'follow up' balik dan akan hubungi saya semula.

* selang sehari 😊suatu hari di petang Jumaat :

...seorang petugas TNB menghubungi saya untuk mengetahui kedudukkan tiang yang ingin dialihkan serta situasi mengapa tiang mahu dialihkan. Alhamdullillah ketika itu aku sudah habis bertugas maka sempat bergegas ke rumah.

*pertemuan dengan petugas TNB. Seorang lelaki pertengahan umur berkereta proton...ish, lupa nak tanya nama. En.TNB setia mendengar penjelasan saya berkaitan isu berkenaan dan mencatat laporan. Pertemuan berlangsung kurang 10minit. Dan jika tiada aral melintang beliau akan meminta agar kerja-kerja mengalih tiang dibuat minggu hadapan😁.

*sekiranya ada pembayaran dikenakan bayaran akan dibuat di pejabat TNB bergantung kepada kes@situasi ianya percuma.

Dipendekkan cerita....seperti yang dijanjikan minggu hadapannya TNB hadir memulakan kerja-kerja mengalih tiang pada tengahari Ramadhan yang ke 7.😅😥

Terima kasih En TNB! Sangat-sangat menghargainya!


Berikut adalah sebahagian kenangan yang dapat ku rakamkan...



Memang 'seriau' melihat petugas mengendalikan wayar eletrik yang bervoltan tinggi namun wira-wira TNB ini telah menjalankan tugas dengan cermat, bersemangat dan ceria!


Saling bekerjasama tiada yang curi tulang...


Cuaca panas ketika ini semoga pahala berganda di ramadhan ini...

Pemandu jentera berat yang berkemahiran tinggi biarpun menjalankan tugasan di ruang yang terhad.


Tiang ke-2



Alhamdullillah sudah selesai...kemas dan bergaya! 


* syukur dan berterima kasih kepada tnb Klang kerana sepanjang tinggal di sini sebarang aduan diambil segera. Cuma pada peringkat permulaan ada juga kelewatan tetapi bila 'follow up' pihak TNB segera merujuk perkara berkaitan. Begitu juga ribut di 1 ramadhan kira-kira 2 tahun lalu, bumbung rumah adik terbang dan bergantungan di wayar elektrik, apabila buat aduan hari itu juga datang sedangkan saya faham ketika itu suasana di situ agak kelam-kabut memandangkan banyak rumah mengalami keadaan yang sama.Terkilan juga membaca pegalaman pahit segelintir masyarakat tentang permasalahan di tempat masing-masing, saya harap mereka akan mendapat perhatian yang sepatutnya. Sebelum ini wayer meter saya juga pernah tercabut  akibat dilanggar lori pembinaan. Alhamdullillah petang buat laporan, petang itu juga datang ke lokasi dan meter baru dipasang malam itu juga secara percuma.

Terima kasih TNB Klang!










2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam, saya nak tanya...berapa kos pihak tnb kenakan untuk kes macam ni?

teratak molek berkata...

Terima kasih sebab singgah. Memang untuk sesetengah kes ada bayaran dikenakan tetapi untuk kes ini alhamdullillah setelah diteliti oleh pegawai yang hadir sebelum kerja mengalihkan tiang tersebut ianya percuma atas budi bicara ia tidak melibatkan jarak atau situasi yang sukar selain bertujuan mewujudkan 'jalan' masuk untuk kawasan kejiranan tersebut selagi tiada jalan rasmi yang dapat diadakan.