Sabtu, 5 Julai 2014

Dadih koko 'kaw'


Dadih koko yang menggoda di kala panas mentari...



Cuaca hari ini agak panas, tetapi ia tidak membataskan keinginanku untuk mengerjakan pasu bunga di awal pagi Ahad pada bulan Ramadhan ini sambil memikirkan juadah yang sesuai untuk berbuka nanti.

Lulu sedangbersantai....

Kebetulan semalam kakak menghubungiku tentang sukatan bancuhan dadih. Sebenarnya kakak lebih 'ekspert' bab masakkan. Mungkin sebab sudah lama tidak membuat dadih kakak agak ragu-ragu. Terasa dingin pula tekak berbuka nanti. Tanpa dalih akupun 'tukar' misi berkebun kepada misi membuat dadih di tengahari. Dalam penyediaan dadih, selain dari sukatan air yang sesuai, jenama dadih juga memainkan peranan. Aku telah mencuba beberapa jenama dadih sebelum ini yang mana memberikan hasil yang mengecewakan malah membawa kepada pembaziran apabila ia tidak menjadi seperti yang diharapkan atau mungkin juga kesilapan ku sendiri dalam 'melencong' resepi yang tertera pada pek yang disediakan...hihihi.



Alhamdullillah aku 'ditemukan' dengan serbuk dadih yang tidak mengecewakan kali ini dan akan terus menggunakannya pada masa-masa yang akan datang...

Bahan-bahan & cara penyediaan:

Sebungkus Serbuk dadih perisa coklat 360gm (saya guna jenama 'happy grass' yang dibeli di kedai kek sekitar Klang, ketika ini beharga RM5.20)
*1 senduk penuh serbuk koko
5 senduk gula halus
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 setengah botol air meneral besar@4 liter air.

Panaskan air dan campurkan semua bahan diatas, gaul sebati. Gunakan air minuman atau air tapisan agar tidak perlu masak sampai mendidih memadai sekadar sebati.
Masukkan  bancuhan dadih ke dalam bekas yang diingini.

Tambahan sesenduk koko untuk lebih 'kaw'!


Setelah hilang panas, simpan dadih di dalam peti ais biarkan ia mengeras ala-ala agar-agar (tetapi lebih lembut) sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!  :)


Tiada ulasan: