Selasa, 18 Februari 2014

Diet? (resepi 'klon subway'' buatan sendiri)

Nak kurus atau nak sihat?



Mmmm... kalau boleh nak kedua-duanya!
Tak mustahil sebenarnya untuk memiliki kedua-dua elimen ini tetapi ianya memerlukan azam ataupun anjakkan paradigma dari sesuatu kebiasaan buat kita. Selain itu jangan mudah terima bulat-bulat tentang pelbagai kaedah diet, kita perlu ada rujukkan mahupun ilmu berkaitan agar cara/kaedah yang mahu kita gunakan tidak 'sesat' atau berlebih-lebihan.



Ramai yang beranggapan diet bermakna 'kurang makan' sedangkan kita sebenarnya perlu memahami tubuh kita terlebih dahulu selain mengenal-pasti makanan-makanan sihat dari doktor, pembacaan mahupun orang-orang yang berpengalaman dari bidang berkaitan. Cara diet bagi setiap orang juga berbeza bergantung kepada cara hidup dan keperluan masing-masing. Setiap makanan yang diciptakan Allah ada keperluan dan kelebihan untuk kita, namun sebagai insan kita perlu menggali ilmu dan menmanfaatkannya dengan cara yang terbaik.


Mungkin pada awalnya kita rasa agak sukar tetapi dengan kesungguhan dan kefahaman ia pasti akan menjadi satu kebiasaan yang mudah.

Sejak mengalami masalah lutut kemampuan dalam pergerakkan ku agak terhad tetapi ia sebenarnya bukan alasan untuk meninggalkan senaman yang diperlukan. Senaman adalah penting dalam amalan kehidupan seiring dengan amalan pemakanan kita.



Sebagai warga yang hidup dikalangan masyarakat majmuk yang dilimpahi dengan pelbagai godaan makanan, sememangnya ia merupakan sesuatu yang mencabar. Kita tidak perlulah meninggalkan terus 'kesukaan' kita sebaliknya mengambilnya secara sederhana ataupun 'sekali-sekala'.


Selain itu, sebagai umat Islam pula adalah sangat baik sekiranya kita mengamalkan amalan pemakanan dan kehidupan Rasullullah. Ia adalah contoh terbaik bagi semua umat manusia, tidak memudaratkan malah memberi manfaat yang besar kepada kita. Saya  percaya ramai yang sedia maklum tentang perkara ini tetapi terlepas pandang dan lebih terpengaruh dengan kaedah-kaedah moden yang pelbagai-bagai.


Bukan untuk menidakkan perkembangan semasa, tetapi apapaun kaedah yang kita gunakan, asas yang perlu kita rujuk adalah dari amalan  sunnah Rasullullah kerana contoh dari Rasullullah adalah kaedah terbaik untuk sepanjang hayat.


Sekiranya dalam cara penyediaan makanan sihat kita lebih senang dengan cara pemakanan barat seboleh-bolehnya pastikan ia mengikut sunnah agar cara sihat yang kita inginkan tidak menjadi satu kemudaratan di masa hadapan. Sebagai contoh Rasullullah tidak makan ikan bersama/serentak makan dengan daun salad...jadi sekiranya kita mahu menyediakan sandwich tuna atau hidangan berkaitan, tukarkanlah salad tersebut dengan sayur-sayuran lain iaitu timun, tomato, kobis beijing ataupun pelbagai lagi sayur-sayuran yang boleh kita sesuaikan dengan hidangan tersebut.

Kebiasaannya saya menghidangkan kentang bertuna bersama daun salad, kini saya tukarkan dengan kobis, tomato dan mentimun. 


 Dalam entri yang lalu saya ada sertakan resepi 'tuna baked potato' sebelum itu juga saya sering menghidangkan makanan tersebut dengan limpahan daun salad tetapi setelah menyedari tentang amalan Rasullullah(tidak makan ikan bersama daun salad) saya mula 'mengolah' semula masakkan barat yang tidak terkecuali berada dalam senarai kegemaran saya.


Jadi hari ini saya nak kongsi penyediaan 'subway' klon buatan sendiri, mudah dan lazat.




Bahan:
1.Roti gandum(jenis ni saya beli di Lavender, EAON BdrBukitTinggi)
2. Isi ayam (digaul bersama minyak zaiton,sedikit halia lada sulah, lada hitam, 2 ulas bawang putih diketuk,mix herbs (daun selasih kering/dill dan lain2. ..(botol mix herb boleh rujuk dalam entri resepi speggetti)
3. Sayur dibasuh dan direndam seketika dengan air garam&tos: Daun salad, tomato potong dadu, timun jepun potong halus.
Cara:kukus/grill/panggang@tumis isi ayam*saya guna magic pan. Sapukan roti dengan sedikit butter dan bakar seketika. Tabur secubit garam pada isi ayam yang telah masak dan sumbat bersama salad ke dalam roti tadi.  


Sedia untuk hidangan. ..




Rujukkan/Pembacaan yang best dan penjelasan tentang diet Rasullullah:
Shafiqolbu.wordpress. com
ms.my.facebook.com

Isnin, 3 Februari 2014

makan 'time'!! Popia? Popia? popia best kat Klang?

Popia adalah antara kuih kegemaranku yang banyak terdapat ditanahair kita tetapi tak banyak yang dapat memenuhi citarasa masing-masing. Kesedapan sejati popia bukan sahaja terletak pada cara isi dalamnya diolah, kulit mahupun resepi tersendiri tetapi 'senjata' paling utama tentunya kelazatan sambalnya!


  Aku percaya ada ramai penggemar tegar popia. Kalau dulu aku lebih berminat dengan popia basah kini buat pertama kalinya dalam hidup aku menggemari popia goreng ini semua gara-gara isteri sahabat sekerja yang telah 'menghasilkan' sambal cicah yang 'best' dan kena dengan citarasa tekak aku.
Popia basah pertama yang kugemari adalah popia basah kifli yang dijual dipasar malam simpang 4 Telok Pulai, walaupun belum cukup memenuhi piawaian tekakku namun ia tidak Menghampakan, popia basah di kios GIANT Food court Shah Alam Juga boleh tahan enaknya kemudian aku telah 'jatuh cinta' dengan popia basah Bandar Botanik....sambalnya enak tidak lokek kekacang dan sengkuangnya ditapis dan diperah agar tidak berair. Kulitnya pula agak sempurna bagiku...tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.  Malangnya popia Botanik tidak kekal lama apabila aku tak nampak lagi bayang payung gerai popia basah tersebut. Mungkin sudah berpindah ke tempat lain.

Lama juga aku dalam pencarian popia basah yang 'best' sehingga aku sudah terlupa kehadiran kuih kegemaranku ini gara-gara sering menemui kegagalan dalam percubaan dan pembelian.

Pencarian ku bermula kembali apabila seorang sahabat(laskar bayu)telah memberitahuku terdapat popia basah yang sedap di pasar minggu Banting (penjual lelaki) namun  belum kesampaian untuk ke sana buat masa ini, mujurlah seorang lagi sahabat(love suzana) berhampiran turut memperkenalkan popia basah Hafeeda Ibrahim kepadaku untuk melepaskan rasa kempunan ini. Serius melepasi piawaian tekak ku! Minggu pertama 3-4kali juga aku oder, terasa keenakkan isi dalam yang diperisakan bersama udang gagau.

Sedap benar sampai terlupa nak ambil foto sendiri


Sekarang kena 'slow' sikit jaga poket jaga body. ..:) mmm saat entri ini dititip lidah sudah mulai kecur. ...
Berbalik semula perihal popia goreng, istimewanya popia celit c-tie adalah pada sambal calitnya dan 'hujan' kekacang yang turut disertakan. Tambah menarik walaupun diletakkan di peti beku sambalnya mudah dicairkan semula dengan hanya direndam bersama peknya seketika di dalam secawan air panas. Paling 'sempoipun' sekiranya dibiarkan seketika pada suhu bilik ia mudah cair.

Enak untuk minum petang yang gembira bersama secawan teh O

Mungkin ada diantara anda yang berprasangka aku dibayar untuk menulis perihal popia ini tetapi ia tidak sama sekali. Penulisan kali ini semata-mata untuk kulahirkan rasa seronok dan penghargaan pada mereka-mereka yang menghasilkan makanan dengan kasih sayang sehingga keenakkannya terasa hingga ke dalam hati. Aku percaya juga ramai penggemar-penggemar popia yang tak jemu mencuba dipelbagai tempat yang disinggahi semata-mata untuk menikmati popia kegemaran.
Info berkaitan:


Penggemar popia tegar bolehlah 'Cuba, try, test'!!:



*Popia celit c-tie (fb page)

*Afeeda Nyum 2 SS (fb page)

Tips menggoreng popia dari c-tie:


Gunakan periuk kecil agar popia tenggelam. Pastikan minyak panas dengan api sederhana perlahan, masukkan terus popia sejuk beku tanpa perlu dileraikan. Apabila angkat popia yang telah digoreng toskan dalam keadaan menegak agar tidak diserap minyak.