Rabu, 25 April 2018

doodless 2018

mood melukis dalam gnote5 nie agak merundum terjunam...rasa lagi seronok melukis doodless dengan my former gnote2... mungkin kesibukkan menyebabkan aku kurang bereksperimen dengan gnote5 nie. Apapun sementara merehatkan mata dari pancaran komputer 6-7 jam sehari aku layangkan jejari manualku dengan pen basah 0.5...'rindu berdoodling....'

tak lama lagi pilihanraya...alhamdullillah suasana 'kempen' peribadi di tempat kerjaku tidak sepanas sebelumnya. Mungkin masing2 nak menjaga hati dan ukhwah. Semoga siratulrahim berkekalan ke
jannah...semoga dipermudahkanNya urusan pilihanraya negaraku....


posted from Bloggeroid

Rabu, 11 April 2018

soda herbs

salam sejahtera
lama tak buat entering kat blog. Agak sibuk semenjak dua menjak nie...perkembangan lain aku seronok berhidroponik dengan sayur-sayuran. Kesibukkan nampaknya masih tidak dapat menghalang minat berkebunku sebab teknik nie Insya'Allah akan memastikan sayur-sayuran tidak terabai sangat. Nak balik kampungpun senang hati...



oleh kerana pokok pudina hidroponikku membesar bagai 'johan' bersemangat lagi nak buat soda herbs nie.

bahan-bahan:

2 botol air soda
2 batang serai diketuk (serai jangan banyak sangat nanti tekak rasa tak selesa dan kering)
1 biji lemon digulingkan sebelum dihiris halus-halur (agar jus mudah keluar)
segengam daun pudina
20 hingga 25 biji asam boi putih
2 tin laici
2 cawan air masak (untuk kurangkan manis)

masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan tambah ais jika mahu. saya masukkan botol air soda tu kat peti beku bila ada ais-ais membeku sikit2 terus bawa keluar. Jadi soda dah sedia sejuk dan ada ais-ais ala-ala ABC tapi jangan sampai beku terus. SIAP😁 dan dikacau air tu molek-molek.

inilah hasilnya.....


#TIPS LAIN
rendamkan asam boi terlebih dahulu dengan sebahagian air soda kemudian baru campurkan dengan lain2 bahan.
posted from Bloggeroid

lakaran hari ini.....