Durian jenis nie ada grednya tersendiri alang-alang dah nak mencuba saya ambil gred yang terbaik edisinya iaitu 'triple A'.
Ada juga yang tak yakin malah mentertawakan aku...tidak mengapa mencuba. Insya'Allah jika ada umur saya akan 'update' perkembangan durian yang saya tanam nie dari masa ke semasa. Dari mula ditanam hingga membesar dan berbuah mahupun ... jika tak menjadi.
Aku gunakan pasu yang paling besar aku miliki iaitu tempayan lama dan sedia ada. Tak larat nak membeli 'sesajer" :')
Aku gunakan campuran tanah bakar dan 'tanah subur organik' yang kubeli dari laman fb.
#sesiapa yang nak berkongsi tip menanam durian monthong nie Sudi-sudikanlah komen dan kongsi ilmu. Jika nak menjual atau berkongsi kisahpun boleh asalkan dapat memberi manfaat kepada semua. :)
11.02.2017
Pagi sabtu yang indah aku berkesempatan menanam pokok durian nie. Alhamdullillah tanah yang kubeli agak mencukupi.
1 beg 10kg
Tempayan yang besar tu memerlukan dalam 4 beg manakala pasu belakang dalam 2 1/2 beg.
Semoga subur di halaman baru...Insya'Allah.
29 April 2017
Harapan yang belum pasti...
setelah hampir 2 bulan berlalu, daun monthong mula gugur; mungkin kerana perubahan cuaca dan sebagainya. Daun yang baru muncul tiba-tiba kering semula. Aku terpaksa potong bahagian batang yang telah mati. Kali ini aku tanamkan saja di atas tanah. Mungkin tanah tersebut tak sesuai dan lebih organik...lihat sahajalah tanaman tomato dan cili yang menumpang dalam tempayan tu...Gemuk !
satu lagi monthong dah tinggal batang...tak tahu nak tanam kat mana sebab sumber ruang laman yang terhad.
bunga-bunga cili dan tomato sudah mula berputik.... ๐
walaupun sedih kerana monthong sedang nyawa-nyawa ikan tetapi aku tak kecewa...aku ikhtiar tanam di tanah kerana mungkin sifat tanah merah lebih sesuai. ๐๐ ๐
tak larat nak tanam cantik-cantik sebab tumit tengah sakit....pokok niepun dah takda harapan๐
'post moterm' kegagalan monthong aku...- tanah tak sesuai,terlalu organik dan lebih sesuai untuk sayur-sayuran.
4.12.2017...masih tak putus asa dengan pokok duriankali ini aku beli sepokok anak durian ASFA50...nak cuba guna bactova multy sebagai makanan utamanya. Insya'Allah dengan izinNya...durian semakin mahal, geram tanam sendiri! semoga dapat kukongsikan hasilnya dengan orang tersayang....
2.01.2018Alhamdullillah durian ASFA50 kelihatannya subur dan mula menguluarkan pucuk baru. Kini usia sebulan di pasuan rumah. Belum berkesempatan nak ambil gambar. Insya'Allah dalam masa terdekat. Mungkin ada yang lucu melihat aku tanam pokok durian nie berhampiran dengan rumah...dalam pasu pula tu... tapi ini adalah kerana sifat Pokok ASFA50 yang berlainan dari pokok durian yang lain. Antara sifatnya yang dapat kukongsikan adalah:
sumber www.orangperlis.com
-mempunyai akar tunjang yang tidak merosakkan struktur binaan sekitar-ketinggian hanya sekitar 8-12 kaki-berbuah seawal 3 tahun
kali ini aku gunakan 95peratus tanah Top Soil /tanah merah landskap dan baja Bactova dan 5 peratus tanah bakar.Aku tanam ASFA50 nie dalam pasu tetapi rapat ke tanah agar senang nak selenggara nanti. Harap2 subur hendaknya kali ini...
29.06.2018
Dah hampir 7 bulan ASFA50 setia di dalam pasu. Ia nampak subur. Aku masih ragu2 nak tanam ia terus di tanah kerana akar pokok durian yang kebiasaannya merebak dan membongkar tanah biarpun ASFA50 dikatakan memiliki akar tunjang. Tapi sampai bila aku nak biarkan ia di pasu sekurang-kurangnya biarlah pasu tersebut 'direct' ke tanah tampa seketan. Bagi kepastian akupun melayari utube tentang ASFA50 nie selain mengunjungi FB ASFA50 untuk menyakinkan lagi diriku sendiri :
posted from Bloggeroid
4 ulasan:
assalamualaikum, mcm mana keadaan durian sekarang? pernah dpt makan buahnya selepas 2 tahun ni?
assalamualaikum, mcm mana keadaan durian sekarang? pernah dpt makan buahnya selepas 2 tahun ni?
Malangnya durian monthong sebelum ini mati tetapi durian asfa umur dah 1 tahun 3 bulan buat masa ini hidup subur alhamdullillah.saya sedang fokus nak besarkan batang dan dahan dia dan asyik cantas sb xnak dia tinggi๐
https://youtu.be/5sr8o7CrHwE dalam ni ada keadaan terbaharu Asfa50 saya
Catat Ulasan