Kehamilan pertamaku di lewat 30an....
Sudah beberapa bulan aku mula 'survey' perihal tips ibu hamil, bidan... blog-blog berkaitan dan hospital bersalin sekitar Klang. Ketiadaan pengalaman dalam menghadapi saat-saat kehamilan membuatkan aku banyak bergantung kepada sumber-sumber tersebut selain mendengar nasihat ataupun pengalaman dari adik-beradik dan kawan-kawan sekerja yang terdahulu menjadi ibu. Selain itu juga aku bersyukur dan pasrah kepada Allah dan sentiasa mengharapkan agar aku akan dapat menempuhi fasa baru dalam hidupku dengan sabar dan redha.
Di sini aku terbuka hati nak kongsi pengalaman ku yang cetek ini mana tahu dapat membantu atau menjadi rujukkan serba sedikit...
4 minggu sebelum aku disahkan hamil, aku mengalami pedih ulu hati. Ketika itu tak terlintas langsung yang aku sedang hamil. Rasa macam gastrik tapi aku masih boleh bekerja dan berjalan seperti biasa. Pening kepala datang dan pergi tidak membimbangkan aku kerana aku biasa mengidap migrain dan pening Sejak awal usia 20an. Suami tidak terkejut sangat tentang kesihatanku sebab dia biasa dengan keadaanku. Kalau pergi klinikpun sekadar diberi panadol dan ubat buang angin. Kalau migrain terlalu teruk, sku akan diberi suntikkan di xxxx...tapi aku hanya akan suntik bila benar-benar tak tahan sakit bagi mengelakkan kebergantungan terhadap suntikkan tersebut. Mungkin juga ketika ini badanku agak letih kerana baru pulang dari kampung abah mertua di Bukit Besar.
Ketidakselesaan perut menyebabkan aku mula terfikir,mungkin sebab aku makan banyak sangat 'nenas Johor' hasil tanaman mertuaku. 2 biji aku bedal tanpa belas kasihan. Kerana ketidakselesaan itulah aku minum 'greenfit' agar dapat 'yak' dengan lancar. Hari pertama dan kedua minum rasa ok tapi lepas tu senak perut dan ketidakselesaan datang lagi. Aku mencari-cari makanan yang dapat melegakan rasa tak sedap tekak dan sebu perut nie. Kebetulan ketika berada di sebuah pasaraya aku terpandang bungkusan isi durian. Aku memang penggemar durian.Terus aku sambar! Dalam kereta aku dah tak sabar nak makan tetapi memandangkan 'cik abe' tak gemar bau raja buah tu dalam kereta terpaksalah aku tahankan niatku yang tiba-tiba membuak-buak nie. Rasa macam nak tolong tekankan minyak kereta,cepat sikit sampai rumah. Dalam pada perjalanan pulang tu, cik abe nak singgah minum...dengan rela paksa aku ikutkan saja. Di restoran itu, mata tertumpu pada sepiring tapai ubi, pun aku bedal. Rasa selesa sikit tekak. Kurang perut memulas. Rasa puas hati siap 'tapau' balik.
Sampai sahaja di rumah, terus aku makan durian tadi. Rasa 'best' hanya seketika. Sebu perut kembali lagi. Malam itu aku tidur awal dengan harapan bahawa segala ketidakselesaan ini akan dibawa 'pergi' bersama tidur dan mimpiku....
Shiff petang yang 'panjang'...
Ketidakselesaan perut nampaknya tidak berakhir. Kepala mula sakit. Minggu ini aku shiff petang bersama seorang rakan. Aku mengadu perihal perutku dan beliau menyarankan agar aku tidak melewatkan waktu makan. Mungkin masuk angin dsbgainya.
Rasa macam nak balik rumah sahaja apabila denyutan di kepala makin kuat. Terasa lewat masa berlalu. Oleh kerana tak tahan aku menghabiskan 'masa rehat' ku ke klinik kerajaan yang hampir dengan tempat ku bertugas. Doktor minta ambil contoh urine, darah dan tekanan darah. Yang peliknya semua normal. Tekanan darahpun ok walaupun denyutan di kepalaku rasa bagai nak pecah. Aku diberi ubat sakit kepala. Malam itu juga aku telan ubat baru lega, jika tidak ia pasti mengganggu tugasku.
Gastrik
2 minggu berlalu, perut masih sebu dan 'cik abe' mula risau. Kali ini beliau membawa aku ke klinik Pandamaran untuk pemeriksaan lanjut. Mana tahu ada sesuatu yang serius...kalau tak ok juga baru kami ke klinik swasta.
Badan pula rasa lemah dan tak selesa. Nak pergi kerjapun tak larat. Aku harap doktor akan beri aku mc.
Sebelum jumpa doktor, jururawat ambil tekanan darah dan suhu. Keputusannya normal sahaja, tiada yang mencurigakan, cuma aku yang makin curiga dengan tubuhku sendiri! Aku tahu ada sesuatu yang tak kena...
Ketika berjumpa doktor aku terus mengadu perihal sakit kepala, pedih ulu hati dan sebu perut yang sudah masuk minggu ke 3 nie.Jari jemari doktor wanita tersebut pantas mematuk kekunci komputer. Mungkin nak tengok sejarah perubatan atau butir-butir diri. Doktor kata aku gastrik...yang lain o.k jer. Doktor suruh ambil ubat. Bila minta mc, doktor kata tak boleh... kecewa rasanya sebab aku benar-benar tak larat. Rasa macam nak nangis kat situ.
'cik abe'pun pelik bila aku diberi ubat gastrik sebab beliau sendiri pernah gastrik,kalau gastrik datang nak duduk bangunpun sukar.
Untuk 2-3 hari tu aku ikut saranan doktor, tengok macam mana. Kalau tak baik juga aku harus ikhtiar cara@tempat lain. Kepala mula teringat pada pil herba 'ce ke teun'. Memang berkesan masa aku sakit perut dulu...
air mata tertumpah....
Seminggu berlalu pergi, kesebuan di perut masih bermaharajalela. Biarpun aku makan tepat waktu dan minum banyak air masak tiada yang benar-benar membantu. Tiba-tiba naluriku menyakini yang aku mungkin hamil tetapi aku tidak suarakan hal tersebut kepada suamiku. Memandangkan bulan lepas ada ujian air kencing di klinik aneka maka harapan itu hanya satu 'perasaan'.
Oleh kerana kali ini rasa ketidakselesaan ku mula mengganggu tidur dan kerjaku, selepas magrib aku meminta suami untuk menghantarku ke klinik swasta berhampiran. Pada mulanya aku mengharapkan agar suami membawaku dengan kereta tetapi disebabkan tempat parkir yang mungkin bermasalah maka suami syorkan naik motor sahaja. Cepat dan senang...cuma ketika itu aku rasa tak selesa nak naik motor tetapi demi suami ku turutkan saja. Lagipun lokasi tersebut memang susah nak parkir kereta.
Ketika di klinik tersebut doktor minta aku buat urine test. Aku dah agak dah, kit ujian kehamilan dikeluarkan. Pertama yang terlintas difikiran... emmm kopak duit...baik aku beli kat farmasi je test. Ni cas mesti rm40 ke atas. Huhuhu.
Bila ujian dijalankan tiada tanda positif, aku hanya tersenyum sinis...akan tetapi 2 orang pembantu klinik pula yang 'excited'.
Sedang doktor menggelengkan kepalanya mereka sempat bersuara, " belum lagi doc, tunggu sekejap lagi..haaaa!"
Tanpa ku duga, ia menunjukkan yang aku positif hamil. Ayat pertama yang keluar dari kerongkongku..."Alhamdullillah..." Entah datang dari mana satu perasaan bercampur baur, Seronok+takut+syukur+blurrr...aku teringat pelbagai makanan larangan yang ku bedal sebelum ini. Maafkan mama, mama tak tahu. Moga baby kuat dan tak terjejas! Getus hati kecilku. Tanpa diundang airmataku tertumpah di hadapan doktor. Segera aku mengesatnya sebab rasa segan pula....
Riaksi suami@cik abe...
Lucu apabila suami terus minta aku tunggu di klinik sebab mahu balik ambil kereta pula. Namun aku rasa tiada keperluan. Insya'Allah selamat. Rumahpun tak jauh.
Hadiah pertama
Oleh kerana kerja ku berkaitan dengan tugas luar yang berisiko maka aku perlu menyerahkan surat pengesahan doktor agar aku dapat tugasan dalaman dan tugas ringan sepanjang kehamilanku. Rasa seganpun ada nak buat serahan suratku sebab aku tahu topik ini akan jadi bualan di tempat kerja kerana perkahwinan ku yang mencecah 9 tahun ini.
Apabila berita perihalku diketahui, sebahagian dari sahabat-sahabatku turut menitiskan airmata kesyukuran. Aku sangat terharu dengan sokongan moral yang mereka berikan padaku biarpun kebanyakkan dari mereka lebih muda dariku tetapi mereka terlebih dahulu menjadi seorang ibu. Tiada lain yang mampu ku balas selain doa untuk mereka!
Tahu-tahu sahaja ada bungkusan plastik di atas mejaku, buku pemberian rakan sekerja.
*terima kasih atas segalanya. Doa kalian sebenarnya cukup memadai buat diriku...
'Buku merah@pink
Tarikh terakhir datang bulan sebelum ini tiada kelewatan maka ketika itu doktor anggarkan usia kandunganku sangat baru sekitar 3-4 minggu. Namun begitu menurut doktor bila scan nanti aku akan memperolehi tarikh yang lebih tepat.
Kawan-kawan mengesyorkan agar aku tidak terlalu awal untuk buka 'buku merah' klinik desa...kata mereka nanti tak larat berulang-alik dan bertapa dengan prosedur yang pelbagai terutamanya kepadatan manusia. Takut stress. Tetapi aku macam exited nak pergi sebab nak 'comfirm'kan kehamilanku selain kononnya kalau buka buku awal, nak terus refer kat klinik swasta/panel dengan adanya buku tu...jadi tak perlulah bersesak-sesak di klinik desa.Ternyata aku silap...usiaku yang lewat 30an ini bakal menjadi perhatian. Pernah sekali aku 'miss' temujanji jururawat di klinik desa menghubungi aku. Nampaknya kena 'follow'lah juga kat situ...huhuhu. Pertama kali berurusan perihal kehamilan di klinik kerajaan memang perlukan kesabaran dan sifat berdikari. Perlu membuat pemerhatian sendiri terhadap bakal-bakal ibu yang sudah beberapa kali hadir. Jadi ikut jer lah tanpa banyak soal. Jururawat pun tak terlayan sebab mereka sendiripun tak menang tangan....
'hilang selera'
Pada mulanya aku tidak mempunyai masalah untuk makan tetapi lama kelamaan selera makanku berkurangan. Aku mulai muntah seawal pagi, setiap kali makanan @ minuman ku jamah semuanya diluah. Sehari aku muntah 5 hingga 6 kali, aku cuba melawan perasaan seperti mana nasihat segelintir sahabat-sahabatku. Aku perlu makan demi 'baby' nie. Tetapi semakin lama ia semakin di luar kemampuanku. Masuk bulan ke 2 berat badanku turun 14kg. Ada yang sarankan minum glukos dan pelbagai amalan sunnah yang lain, namun perut tetap memuntahkan isinya.
Susupun gagal ku minum, aku mulai risau, asid folik ku telan tanpa gagal biarpun adakalanya ia keluar bersama muntah. Tetapi ada juga pengalaman seorang sahabat yang mabuk sampai 9 bulan. Dia banyak memberi nasihat dan memahami ketidakmampuan aku. Aku juga bersyukur kerana pegawai di tempat ku bekerja sangat memahami keadaanku. Adakalanya aku terlantar di surau tak berdaya. Skrin telefon dan komputer tak dapat kutatsp lama. Selang beberapa kali aku muntah. Ketika ini aku berightirfar dan cuba kuatkan hati tatkala aktiviti muntah ini semakin aggresif menyentak-nyentak perutku. Aku tetap bersyukur kerana mengalami mabuk yang sebegini. Ia membuatkan aku lebih mengerti ujian bakal ibu. Sekurang-kurangnya aku lebih memahami selepas ini walaupun ujian masing-masing berlainan. Ada juga di antara bakal ibu yang tidak mengalami alahan yang teruk.
Sepanjang 2 bulan kehamilan, aku tak dapat menjamah sesuap nasipun. Aku hanya mampu minum air berdikit-dikit dan sebiji kurma. Badan semakin lesu dan bisa disegenap sendi. Adakala air kosongpun dimuntahkan. Kebanyakkan waktu di rumah kuhabiskan hanya di perbaringan. Aku tak sanggup melakukan sebarang aktiviti memasak kerana tak sanggup nak bau makanan terutamanya minyak. Gusi mulai membengkak dan berdarah sehingga aku takut nak gosok gigi manakala deria bau ku semakin kuat menambahkan lagi rasa loya yang tak berkesudahan. Aku mula google sintom-sintom yang ku alami serta kaedah mengharunginya. Dalam buku kehamilan turut membantu meningkatkan pengetahuanku.
Sokongan suami
Dalam pada fasa kelesuan dan tak terdaya, pengorbanan bukan sahaja dari bakal ibu tetapi juga menuntut pengorbanan bakal bapa. Walaupun bukan dari kata-kata, perbuatan dan kerjasama menceritakan segalanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana tanpa disuruh suami begitu memahami. Walaupun tugas di tempat kerjanya agak memenatkan tetapi di rumah, cik abe membasuh dan menyidai kain, memasak dan mengemas. Kucing-kucing juga diuruskan cik abe. Adakalanya kerana letih cik abe mula mengadu manja...tetapi beliau tetap meneruskan kerjanya.Walaupun ada yang suruh buang sahaja kucing-kucing tu tetapi kami tak sanggup. Kucing-kucing kami sudah menjadi sebahagian dari kami dan mereka juga keluarga kami. Biarlah aku menjauhkan diri seketika dari mereka, biarlah mereka rasa yang aku tidak serapat dulu kerana mabuk ini membuatkan aku suka menyendiri, tetapi kasih sayangku pada lola, lulu dan lala sikitpun tak berkurangan. Buat masa ni biarlah cik abe yang uruskan makan minum serta najis mereka demi kesihatan baby di dalam kandungan ini. Insya'Allah segalanya akan selamat dengan izinNya.
'persediaan kewangan'...
Badanku semakin lemah. Setiap kali nak masuk kereta untuk ke tempat kerja aku akan muntah. Rasa macam nak nangis tapi ku tabahkan hati. Ketika itu mulalah berangan kalau aku jadi bos aku nak bagi cuti ehsan bergaji untuk awal kehamilan selama 3 bulan! Wakaka...Bila dikenangkan rasa macam nak cuti tanpa gaji tetapi kami ada komitmen bulanan yang perlu dilunaskan. Simpanan pula tak kukuh. Banyak belanja dan persediaan yang harus kami fikirkan, jadi kami perlu sama-sama menabung dan berjimat. Aku juga perlu menyimpan wang untuk mengupah stay in 'confinement lady' waktu aku berpantang nanti...dapat 10 haripun jadilah, sekurang-kurangnya dapat berpantang sambil belajar. Bayaran agak mahal tetapi yang penting bagi aku ada seseorang yang boleh jaga aku dan baby selain penyediaan makanan berpantang. Maklumlah pengalaman zero sekadar ilmu dari pembacaan tak sama. Walaupun mungkin akan rasa janggal ada 'orang luar' yang baru dikenali menjagaku...aku tawakal dan berserah pada Allah. Hanya Allah sebaik-baik pelindung. Aku tidak mempunyai orang tua berdekatan untuk jenguk atau jaga aku. Mak tidak sihat dan aku juga tidak mahu mengharapkan kerahan ibu mertuaku. Kami tekad untuk berdikari tentang hal ini...kalau boleh kami tak mahu menyusahkan sesiapa dalam menghadapi semua ini. Aku sedar keadaan diriku. Kakak ada juga offer nak jaga aku jika aku sanggup berpantang di Behrang. Walaupun rasa selamat di'dakapan' kakak tetapi kejauhan itu juga membimbangkan aku. Tidak mengapa...selagi ada waktu aku akan berusaha mengumpul dana bagi persediaan baby nie nanti. Jika dana tak cukup aku akan usahakan alternatif yang lain seperti 'surrender loan ASB ku' jika perlu.
'rasa down'
Hari Sabtu merupakan hari yang kunanti-nantikan. Aku nak baring dan cuba tidur untuk melupakan rasa mabuk yang semakin menjadi-jadi ni. Adik bongsuku yang tinggal bersebelahan juga terkejut nelihat perubahan fizikalku. Badan semakin kurus dan tulang bahu mula tersembol. Aku sempat pergi berurut sebelum ini untuk kurangkan bisa dan angin di badan. Aku berurut dengan cik Biah, seorang wanita usia awal 60an yang biasa mengurut bakal dan ibu selepas pantang.Seharian aku berbaring dan hanya bangun untuk minum dan solat. Bukan sahaja kerja rumah kuabaikan malah tanamanku juga tidak lagi kupedulikan. sinaran matahari pagi juga bagai memusuhiku. Aku tak sanggup untuk berada di luar rumah. Alam seolah mengerti apabila sesekali hujan turun membantu aku menyiramkan pokok-pokok. Tumbuhan renak rj pula tak terbela dan disuburi rumpai, aku terpaksa merelakan cik abe untuk membongkar semua pasu-pasuan yang tak terbela agar tidak menyesakkan mata.
Selera makanku seolah-olah telah mati biarpun perut rasa kosong. Sebiji kurma seakan terlalu sukar untuk ku habiskan. Cik abe bancuhkan air madu. Aku minum berdikit-dikit. Bila berdiri rasa terhoyong-hayang.
Ibu mertua dan adiknya (mak teh) turut meawarkan 'masakkan' yang mungkin menjadi idamanku. Namun seleraku mati. Bukan tak sudi, masakkan mereka memang 'power' tetapi apakan daya...
Seolah-olah ada naluri yang terkesan di dari kejauhan kakak menghubungiku dari telifon bimbit. Memberiku kata-kata semangat menghadapi perasaan ini. Ya, tidak dinafikan ketika berada di tahap ini airmataku tumpah dalam diam. Aku rasa sangat tak berdaya dan berterusan berigstirfar kepadaNya....mohon kekuatan...mohon kemaafan dan keredhaan. Bila aku rasa 'down', aku akan kenangkan adik bongsuku yang tabah mengharungi saat kehamilannya sendirian kerana suaminya kerap 'out station'...aku juga kenangkan ketabahan sahabat-sahabatku yang terlebih dahulu bergelar ibu. Kata-kata kakak jadi dorongan kuat...'Insya'Allah ko boleh, aku boleh...adikpun boleh, ko boleh punya!' Terharu aku mendengarnya tetapi ketika itu aku terlalu lemah dan tak banyak cakap. Kakak syorkan aku ke klinik ibu dan anak jika dah terlalu lemah. Bimbang dihidrasi, beliau sendiri pernah kekurangan air dalam badan. Setelah memasukkan 1 beg air dalam badan kakak kembali normal. Tetapi aku tak pasti tahap keperluanku....memang aku rasa terlalu lemah tetapi adakah kerana aku rasa benar-benar tak terdaya atau aku lemah mental dan terlalu memanjakan diri?
Mabuk yang ekstream
Isnin menjelang, tubuhku semakin lemah. Suami membawa aku ke klinik untuk khidmat nasihat doktor. Aku tabahkan hati dan menganggap semua ini normal bagi wanita hamil. Sementara menunggu giliran di klinik aku mulai mabuk dan muntah di parit hadapan klinik memandangkan tandas penuh. Aku sudah tidak peduli perihal orang lain yang lalu lalang.
Apabila bertemu doktor, beliau menasihatkan agar aku ke HTAR bahagian kecemasan. Walaupun di klinik ini juga menyediakan khidmat masukkan air tetapi doktor wanita muda tersebut lebih mengesyorkan aku ke sana. Berbeza dengan doktor lain sebelum ini di klinik yang sama tetapi 'offer' masuk air di sini saja, itu sebab aku ke sini... mungkin kerana keadaan aku dilihat terlalu lemah.
Suami mengambil keputusan untuk terus menghantar aku ke HTAR atas saranan doktor tersebut. Nasib baik buku merah sentiasa ada di dalam kereta, maka tak perlulah kami berulang-alik semula ke rumah. Ada hikmah juga aku buat buku tu awal...jika tidak mesti kena marah kat sana. Walaubagaimanapun jika ada keperluan untuk bermalam di wad, cik abe akan mengambil barang-barang keperluanku kemudian.
Masuk air
Aku redhakan sahaja kehadiran ku di HTAR dan bersedia dari segi mental jika aku terpaksa bermalam di sana. Buat masa ini aku rasa itulah yang terbaik untuk aku. Di wad kecemasan contoh urine ku diambil manakala aku diminta baring untuk masukkan air. Macam biasa kena cucuk kat tangan. 1 beg berlalu hampir sejam, suami menunggu dengan sabar. Selepas 2 beg contoh air kencing diambil sekali lagi. Keputusan kurang baik. Namun doktor memasukkan beg air ke3 dan mengharapkan bacaan normal. Aku dapat rasakan keputusan yang sama dan menyatakan untuk diwadkan namun doktor kata mungkin tiada keperluan selepas beg ke3. Dalam keadaan aku ketika itu, aku rasa lebih baik diwadkan sahaja. Bukan sahaja aku rasa lapar dan lemah malah sudah berjam-jam aku di HTAR nie. Dari jam 5.30pm hingga matahari terbenam, lalu aku maklumkan pada abe agar berehat dan balik mendapatkan keperluanku memandangkan satu lagi beg nie mangambil masa yang lama dan ada lagi ujian air kencing selepas ini...dalam pada masa yang panjang itu, sempat juga aku melihat kerenah sekeliling yang srmakin sibuk. Ibu-ibu hadir bersama anak-anak & bayi yang bermasalah. Doktor seorang saja kat bilik ni, sesekali jururawat bertukar-tukar...bergegas ke sana sini. Seorang jururawat yang baru habis waktu kerjanya pula terpaksa menyambung tugas atas keperluan semasa. Saat begini aku rasa simpati pada mereka. Pengorbanan petugas perubatan di negara kita terlalu besar. Semoga mereka terus tabah dan berdedikasi dalam tugasan mereka yang semakin mencabar.
Setelah 3 beg dan keputusan air kencing, doktor menghela nafas dalam....oh god still...katanyer! Terus dia buat prosedur untuk mohon aku diwadkan. Ternyata naluriku kali ini kuat. Ketika itu abe dalam perjalanan mengambil barangku manakala jururawat lain tiada, terpaksalah doktor tu menguruskan sendiri borang-borang makluman berkaitan. Ketika itu jam pukul 11 malam dan aku diminta menunggu lampu hijau untuk diwadkan. Perut memang terasa sangat lapar walaupun tanpa selera. Pedih ulu hati sentiasa menyerang tetapi aku diamkan diri...takut nanti aku dianggap mengada-ngada. Sementara menunggu kemasukkan wad, cik abe pun sampai. Lega rasa hati...
Wad 2 katil Pertama
Lebih kurang jam 1230 malam barulah aku dapat masuk wad. Jururawat yang membawa aku kelihatan letih. Mungkin telah bertugas sejak pagi maka mood beliau tidak begitu baik. Nak jawab soalanpun macam 'berangin'. Mahu tak mahu aku juga terpaksa gagahkan diri berjalan dari bilik kecemasan ke wad.
Doktor marah.....
Cik abe akhirnya balik sendirian. Sedih pula rasanya. Macam biasa jururawat tukar tempat cucuk air di tangan. Masukkan air secara berkala setiap kali beg kering. Jururawat pesan agar aku menutup drip air jika mahu ke tandas dan membukanya semula. Bila aku ke tandas dan buat drip tu semula macam terlalu laju pula. Jururawat agak jauh kebetulan doktor datang 'interview' aku. Sambil tu aku belek drip tu dan mengharapkan doktor membetulkan semula untukku...sebaliknya aku dimarahi, 'lain kali jangan pandai-pandai! Terkedu aku sedangkan jururawat yang suruh off kalau nak ke tandas....cuma bila nak onn drip tu sangkut-sangkut. Tak lama selepas itu aku tertidur...tapi tidur-tidur ayam. Bila jururawat datang doktor siap warning lagi aku, dia beritahu jururawat agar beritahu aku jangan memandai-mandai belek-belek drip tu. Jururawat tu diam sahaja. Entahlah....aku redha jer lah walaupun terpalit rasa sedih. Dalam hati aku berightirfar bagi menenangkan hati. Apabila mereka berlalu aku membuka bungkusan roti yang suami bekalkan. Tak banyak yang dapat kutelan. Pagi itu aku tidur dengan perut yang tidak selesa. Sebu dan memulas-mulas. Aku pejam mata cuba menafiksn kesakitan yang kutanggung. Airmata hampir menitis tapi aku perlu kuatkan hati. Aku sedar aku bukan v.i.p . Tetapi aku percaya Allah akan sentiasa melindungiku...Seberat manapun perasaan yang kutanggung, Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya...bertahan dan sabar.
Sebelum subuh aku dikejutkan untuk ujian air kencing, darah juga diambil. Sudah beberapa kali beg air aku ditukar...setakat ini dah masuk 6 beg sejak di bilik kecemasan. Bila rasa nak ke tandas aku rasa fobia nak off drip tu...tapi aku tengok pesakit yang lain buat perkara yang sama. Tawakal jer lah....asal jangan buat depan doktor.
Hari ke2 aku diberi vit dan ubat tahan muntah. Perut rasa sebu, aku cuba abaikan perasaan itu dan berborak dengan pesakit sebelah. Macam-macam kes di wad ini berkaitan sakit puan....ada yang keguguran...komplikasi bersalin...dietbetis ketika hamil....walaupun aku rasa lemah, aku bersyukur dengan keadaanku apabila melihat ramai lagi wanita yang diberi ujian yang jauh lebih hebat.
Hari ke 2 di wad lebih 10 beg air telah ku terima. Aku mula kerap buang air kecil. Aku lihat warna air kencingku juga ada peningkatan yang positif. Aku harap dapat pulang hari ini. Memang di sini aku boleh berehat tetapi ketidakselesaan membawa beg air dengan drip yang mencucuk tanganku memang menyiksakan terutamanya ketika mandi dan ke tandas. Setiap hari jururawat menukar tempat cucuk apabila ada darah beku kerana ia akan menyekat air, ada jururawat yang buat dengan berhemah ada juga segelinter yang kasar hingga berdarah-darah, aku redhkan sahaja dan tetap berterima kasih kepada mereka. Terlalu banyak pesakit yang perlu mereka uruskan.
Gangguan
Ada waktu terasa sukar nak lelapkan mata. Lebih tertekan kerana di sebelah wad ku ada projek pembinaan tapak bangunan dan parkir hospital yang rancak dijalankan. Tiada usaha oleh pihak hospital seperti melindungi kawasan terbuka wad dengan playwood atau petisyen bagi mengurangkan gangguan bunyi. Rasa rimas dengan bingit bunyi hentakkan cerucuk dan jentera berat. Aku sangkakan kerja-kerja pembinaan itu dihentikan pada lewat petang rupanya membawa ke malam. Dengan keadaanku yang sebegini memang agak tertekan sehingga aku 'menjerit' bisu. Akhirnya aku tertidur dengan bunyi-bunyian sarat bermain di minda....
U tube free
Selepas subuh aku tak dapat nak lelapkan mata, perut adakalanya meragam. Terkebil-kebil mataku melihat keadaan sekeliling sunyi dan tenang setelah azan subuh. Terus aku teringat pada telefon bimbit ku yang dah dicas penuh. Pakej data intetnet aku ada free u tube dari jam 2 a.m hingga 10 a.m! Bukan aku nak tengok tv, tapi aku nak buka u tube berkaitan surah-surah pilihan untuk ibu hamil. Perlahan sahaja audio suara kuperdengarkan pada baby kerana tidak mahu mengganggu pesakit lain. Aku lelakkan telefon hampir di perut. Ketika itu aku rasa bertambah tenang. Sesekali aku membaca terjemahan surah-surah yang indah itu.
Lawatan
Tanpa ku duga kehadiran ibu mertua dan adik ipar di sebelah katilku lebih kurang jam 1 tghari. Aku memang pesan pada suami agar tidak mewar-warkan perihalku kerana aku tidak mahu mereka susah hati. Adik beradikku sendiri tak tahu aku masuk wad apatah lagi 'fb'.
Segelintir sahaja kawan yang tahu itupun kerana aku terpaksa memaklumkan kepada pejabat.
Aku juga dibawa scan perut Selepas kehadiran seorang doktor perempuan berbangsa India. Tak ingat namanya tetapi sangat baik dan 'very motivating'. Naik rating skala semangatku.
Rasa teruja untuk scan sayangnya suami tak boleh nak turut serta sebab ada beberapa lagi bakal ibu di bilik yang sama. Ketika giliran aku doktor sarankan untuk relaks dan bertenang. Canggih betul skrin HTAR ni...nampak jelas. Rasa nak menitik air mata melihat pergerakkan jantung bayi. Rasa lesu seakan-akan terubat. Bayiku kelihatan tenang seolah-olah mengiringkan badan memandang kearahku. Bentuk badan dan kepala agak jelas. Mengikut rekod sebelum ini jika dihitung usia kandunganku 2 bulan lebih tetapi menurut doktor berdasarkan saiz dan scan bayiku sudah mencapai usia 3bulan 16 hari! Rasa macam dapat bonus 'time short cut'! diam tak diam trismeter pertama telah berakhir dan kini memasuki trismeter ke 2! Menurut doktor juga, buat masa ini keadaan bayi sihat dan plascenta/uri berada dalam kedudukkan yang betul. Aku rasa bersyukur sangat-sangat. Alhamdullillah.
Masuk hari ke tiga, aku menerima lawatan singkat dari pegawai unitku dan beberapa rakan setugas. Mereka tibapun bukan waktu melawat jadi tak banyak yang dibualkan...walaupun tak mengharap, aku benar-benar menghargai kehadiran mahupun doa dari mereka.
Hari ke tiga juga sekali lagi adik iparku datang, kali ini membawa bekalan yang dipesan oleh ibu mertuaku. Ketika ini aku mulai menerima makanan dek penangan ubat tahan muntah. Rasa sedikit bertenaga dan selesa setelah menerima berbeg-beg air....rasanya dalam 18 hingga 20 beg.
Doktor yang scan aku sebelum ini datang semula dan menggalakkan aku untuk makan. Ujian air kencing juga semakin baik dan aku akan dibenarkan pulang lewat petang ini.
Keluar wad
Akhirnya aku dibenarkan untuk keluar wad dan diberi tambahan cuti rehat sakit sehari di rumah. Badan tak sepenuhnya cergas tetapi aku sudah mulai mampu menerima makanan tertentu. Untuk minggu pertama ini aku terpaksa bergantung harap kepada ubat tahan muntah.
Gusi berdarah
Aku juga memenuhi temujanji doktor gigi atas saranan doktor wad. Tiada rawatan khusus untuk gusi-gusiku yang membengkak, namun doktor gigi memberikan ubat kumuh dan menasihatkan agar aku tidak takut untuk menggosok gigi bersih-bersih...pembengkakkan gusi menurut beliau adalah normal dalam perubahan hormon bakal ibu. Bila dengar macam tu akupun tak rasa sebarang keraguan biarpun gusiku berdarah-darah ketika memberus. Aku gunakan berus paling lembut di pasaran. Setelah seminggu gusiku mengecut dek ubat kumuh yang rasa bak sabun buku tu, walaupun masih ada pendarahan tetapi tidak sakit seperti sebelum ini . Gigipun mulai rasa selesa dan bebas bau yang kurang menyenangkan.
Kepada bakal ibu yang mengalami alahan awal kehamilan yang teruk, jangan takut untuk 'menyerah' diri di hospital. Ternyata ianya dapat membantu mengurangkan kelesuan kita demi kebaikkan bayi yang dikandung serta keselamatan kita sendiri juga. Penerangan dan saranan doktor akan menambahkan keyakinan pada perkara yang perlu atau tidak perlu kita lakukan. Perbanyakkanlah bacaan berkaitan untuk persediaan seterusnya....
***...terima kasih kepada semua petugas perubatan...****

Terima kasih jijah atas hadiah yang penuh manfaat ini! |
hadiah istimewa dari ibu mertua & mak teh. |

Sesekali kubelai juga si lola |
Lulu&lala kami bela di bilik basuhan terbuka yang bergeriji. Sesekali cik abe bagi can main kat luar. |