Jumaat, 26 Oktober 2018

Pengalaman sebagai peserta survey

#berita baik untuk warga lembah Klang
Sudah lama aku ingin berkongsi pengalaman ini, banyak perkara yang melambatkan entri ini kerana apa yang bakal ku kongsikan ini mungkin dianggap sebagai satu skim tidak sihat...sedangkan ia adalah sesuatu yang menguntungkan walaupun tak sampai tahap menjadi kaya apatah lagi jutawan segera.

Hampir setahun aku menyertai smart survey sebagai panelist merekod berkaitan makanan ringan atau minuman yang diambil diluar(luar rumah). Pada mulanya aku agak ragu. Memang tak pernah dengar 'company' nie dan bila dapat tawaran aku terus google berkaitan perkara ini. Sekali lagi rasa curiga sebab manalah tahu web rekaan semata-mata. Kini sebagai warga Malaysia rasa teruja nak kongsi apa yang kuperolehi dari smart survey.


Bagaimana aku terjebak?
Takdir menemukan aku dengan orang yang betul di masa yang tepat. Alhamdullillah tidak tertipu. Aku hanya perlu beri no.telifon untuk ditemuduga agak panjang macam nak kerja(yang bestnya dorang yang call...selamat prepaid heheheπŸ˜… dan sekiranya layak kita akan diberi password aplikasi smart survey. Smart Survey sebagai panelist akan di download dari playstore.

Arahan mudah yang perlu diikuti ketika membuat aktiviti survey.

Antara soalan mudah yang perlu direkodkan dalam aplikasi penal smart.


Semua orang boleh download aplikasi tersebut dari playstore tetapi hanya mereka yang ditemuduga layak diberi kata laluan untuk membuka aplikasi tersebut. Mereka akan pantau keaktifan kita dan perlu rekod masuk makanan yang diambil diluar sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam aplikasi panel smart dan kita akan memperolehi 100 mata seminggu. Peringkat permulaan 6minggu pertama agak penting bagi melihat sejauh mana minat dan komitmen kita melibqtkan diri. Dalam tempoh pemantauan selama 6 minggu staff smart survey akan menelefon jika kita terlupa atau tidak memasukkan data, mereka juga akan membimbing apa-apa kekeliruan atau ketidakfahaman kita; kita boleh juga berkomunikasi dengan mereka melalui wassup untuk sebarang soalan. Bagi aku ini tidak melecehkan kerana kita hanya perlu buat survey sekurang-kurangnya sekali seminggu dan ambil masa 1 hingga 3 minit jer...bila dah pro...'dorang' tak kacau kita lagi...Jumlah mata ini yang akan kita kumpulkan bagi menebus hadiah di website yang disarankan. Cara penebusan juga agak mudah dan tak berbelit-belit, Tahun ini sahaja sudah 2 kali aku tebus hadiah. Aku memang istiqomah nak dapat 100 poin(mata seminggu)dengan hanya masukkan data sekali seminggu. Kalau rajin letak lebih tapi poin sama jer asalkan masih di bulan yang sama. Hanya dalam masa 3 bulan 2 minggu (dengan rekod sekali seminggu jer)aku dapat kumpul dalam 1300 poin termasuk poin bonus jika ada soalan tambahan dan aku dah pun tebus hadiah pertama iaitu sebuah pembakar roti. Pada bulan Oktober tahun ni poin aku mencecah 5000 lebih dan tarrra...

Alhamdullillah, Aku sudah terima penebusan kali ke2 sebuah cerek elektrik Panasonic WOwwwW!

Dengan mata ganjaran ini kita juga boleh tebus prepaid dan beberapa hadiah menarik.

Antara syarat lain adalah satu nama untuk satu isi rumah sahaja yang boleh sertai.

Jika ada yang minat nak turut serta jadi panelist tinggalkan no.telefon, nama dan tulis saya minat nak jadi panelist di email saya iaitu dedobotdongtau@gmail.com, staff mereka sendiri akan hubungi dan menemuduga. 
Jomlah cuba...rugi tak  cuba. Walaupun hadiahnya tak mewah tapi hati tak sakit sebab kita tidak tertipu dengan janji manis sesetengah program yang menjanjikan pelbagai hadiah pecah panggung impian tinggi di awan
Akhinya tinggal mimpi ngeri jer.

!!!Info terkini: 18.02.2019
Dukacitanya program ini telah tamat pada tahun ini....

Namun perkongsian ini boleh dijadikan rujukkan untuk perkara berkaitan

!!!info BERITA BAIK!
20.02.2019

Saya menghubungi syarikat ini untuk menyatakan minat untuk menyertai survey baru dan saya diterima untuk survey seterusnya...caranya lebih kurang sama cuma kali ini merekodkan barangan keperluan dapur pula...😍
Rasa bersemangat dan hari ini saya telah merekodkan pembelian pertama saya!

Alhamdullillah...πŸ‘πŸ‘πŸ‘