Aku bukanlah seseorang yang mengejar teknologi....tetapi pada masa yang sama tidak juga menolak teknologi. Teknologi baru yang disediakan tidak ku tolak andai ia menjadi pemudah yang praktikal, seronok dan terbuka untuk dipelajari serta memberi manfaat. Dari sudut gadget telifon, teknologi berkembang dan tidak berkesudahan dalam pembaharuan. Dalam pembahruan dan kecanggihan adakalanya ia belum mampu menerima keghairahan input yang terlalu padat sehingga 'memusnahkan' diri sendiri...dan itu mungkin berlaku pada note 7 yang ditarik balik dalam pasaran. Dari sudut kerjaya, tak salah memiliki telefon canggih yang memenuhi keperluan ...dari sudut kemampuan juga tak salah merasai 'kemewahan' dan memenuhi minat...tapi dari sudut ekonomi atau keperluan tak salah juga untuk memiliki telifon yang sederhana...bukan satu dosa andai tidak seiring dengan teknologi. Semoga kita tidak terpedaya dan tabsub sehingga bergelumang dalam pembaziran.
Sudah 5 tahun aku 'setia' bersama Gnote 2...walaupun setelah 'kelahirannya' wujud adik- beradiknya yang lain sehingga note 7...spen gnote2 sudah cukup memenuhi minat dan kepuasanku. Kalau boleh nak pakai sampai reput. Lagipun harganya ketika itu hampir mencecah 2K... perlukan aku mengejar note yang lain sedangkan aku hanya mahu melukis dan membawa telifon pada masa yang sama.
Mac 2017 nampaknya adalah detik terakhir aku menggunakan Gnote 2 setelah trajedi 'terhempas' ke lantai memadamkan hayat telifon tersebut. Sebenarnya dah banyak kali juga terjatuh cuma kali ini ia agak kritikal.
Selamat tinggal Gnote 2. Walaupun aku tak banyak masa nak layan lukisan kali ni....namun ketika nak beli telifon baru akhirnya 'adik-beradik' note juga yang aku pilih. Rasa satu kekurangan pula tanpa Spen.... mmm mungkin dah jiwa aku menconteng dan melakar...alang-alang membeli biar menang memakai seiring dengan budget, minat dan keperluan....yang bestnya ada banyak spare mata pena Spen.
Nak belanja lukisan pertama menggunakan gnote 5 nie. Agak kekok sebab dah biasa dengan Spen Gnote 2. Insya Allah lama-lama akan serasi semula.