Aku pernah memiliki sebuah apartment bernilai rm42000 di Pulau Indah suatu ketika dahulu. Apabila ada pembeli proses yang pertama adalah aku perlu membuat salinan segala butir-butir berkaitan rumah tersebut diantaranya adalah:
SMP
Surat tawaran pinjaman bank
Surat perjanjian jual beli
Slip cukai pintu & tanah
Bil air & elektrik
Resit bayaran penyelenggaraan terkini
Salinan dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pembeli agar pembeli dapat melakukan proses permohonan pinjaman bank.
Setelah pembeli berjaya mendapatkan kelulusan pinjaman bank, kita perlu lantik peguam. Pada masa yang sama wakil ukur nilai dari pihak bank akan datang ke rumah untuk menilaikan kediaman tersebut.
Guaman
Terus terang aku memang tak ada kenalan ataupun mengenali sesiapa yang berkaitan. Aku cuba menghubungi peguam yang pernah mengendalikan jual beli rumah aku dulu melalui no.telifon pada SMP tetapi gagal dihubungi. Ada banyak peguam di internet. Bimbang juga tersalah memilih peguam. Aku banyak berdoa agar tak tersilap langkah dalam hal ini.
Selang beberapa hari permohonon pinjamin pembeli diluluskan melalui pinjaman rumah pertamaku (Bank simpanan Nasional), seorang wakil peguam menghubungi aku. Peguam tersebut merupakan salah satu dari beberapa peguam di bawah panel BSN. Lantas aku menerima peguam tersebut walaupun aku tidak mengenali mereka. Aku dapat tahu ada beberapa peguam lagi tetapi aku berniat akan bersetuju dengan peguam pertama yang menghubungi aku.
AbuZahar
wakil peguam dari AbuZahar nampaknya melenyapkan kerungsingan aku. Hati terdorong meneruskan semua ini tanpa ragu. Penyewa juga bersetuju menggunakan khidmat yang sama untuk memudah cara. Aku juga sempat membuat sedikit penyelidikkan berkaitan abuzahar... ternyata mereka agak gah juga.
Peguam tersebut meminta aku menyerahkan dokumen berkaitan iaitu salinan cukai dan sebagainya melalui email. Buat masa nie aku tak perlu ulang-alik berjumpa pihak peguam.
.lebih kurang sebulan pejabat peguam menghubungi aku untuk menandatangani surat berkaitan serta menyerahkan sebut harga yang perlu aku lunaskan dalam masa 2 minggu. Untuk pihak aku (rumah kos sederhana) bayaran sejumlah 1400 dikenakan. Itulah bayaran pertama dan terakhir bagi pihak aku sepanjang proses pindah milik tersebut. Kakitangan mereka juga akan menghubungi aku setiap kali proses dan langkah-langkah berkaitan dimulakan.
Terharu...
Sebenarnya pembeli aku nie merupakan penyewa aku sendiri sejak hampir 10 tahun yang lalu... banyak suka duka dan pengalaman mereka ketika cuba mendapatkan kelulusan pinjaman sehinggalah 2-3 tahun lalu ketua keluarga tersebut mengalami kecederaan kepala yang kritikal akibat kemalangan sehingga menjadi OKU ia semakin menyukarkan keadaan mereka. Ketabahan isteri beliau di saat jatuh bangun demi mendapatkan kediaman mereka sangat mengharukan...andai aku seorang jutawan pasti aku 'hadiah' kan saja secara percuma....
berbalik kepada pejabat peguam tadi, mereka juga menyedari keadaan pembeli tersebut malah akan cuba sedaya upaya untuk merialisasikan semua ini sehingga berjaya. Apa yang buat aku terharu ialah biarpun barisan peguam di sini agak gah dengan 'projek' ratusan malah jutaan ringgit tetapi masih menguruskan pangsapuri yang hanya bernilai 65ribu ringgit....ianya besar bagi kami tetapi agak sedikit bagi firma yang gah ini... surat ringkas menyatakan aku bersetuju menjual pada harga berkenaan juga perlu dibuat dan diserah kapada pembeli. (Tulis tanganpun tidak mengapa)
menandatangani smp
Setelah carian dari pihak peguam selesai dalam bulan ke2 aku diminta hadir untuk menandtangani SMP. Dengan ini pihak pembeli akan dapat memohon pengeluaran di KWSP yang mengambil masa kurang 10 hari... pengeluaran akan membolehkan deposit kepada penjual dilakukan (10 peratus kepada aku, mengikut kelulusan bank), sekali lagi sura ringkas perlu dibuat dan ditandatangani olehku ketika penerimaan deposit tersebut. Surat berkenaan perlu untuk pembeli sebagai langkah seterusnya kepada pihak peguam. Mulianya pihak peguam kerana budi bicara mereka membenarkan bayaran guaman pembeli dilakukan selepas memperolehi wang tersebut. Untuk nilai rm65 ribu pembeli dikehandakki membayar dalam RM6000 lebih.
Baki wang kepada penjual dari bank
setelah proses pindah milik berjaya ia mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk penjual memperolehi wang keuntungan setelah ditolak dengan baki pinjaman asal. Peguam akan menghubungi dan aku dikehendakki menandatangani salinan SMP pembeli dan menerima cek. Bila dapat cek jangan terus happy tau...periksa dulu ejaan nama dan butir-butir pada cek tu. Sebarang kesilapan akan menyebabkan cek tersebut tak laku.
sepanjang proses berkenaan aku hanya perlu menghadirkan diri di firma tersebut sebanyak 2 kali.
Alhamdullillah segalanya dipermudahkanNya...
jadi kepada sesiapa yang mungkin kebuntuan dalam memilih peguam...bimbang dan tak ada pengalaman bolehlah gunakan khidmat peguam abuzahar, pejabatnya terletak di bangunan hotel Concord Shah Alam.