Rasa berat hati nak bangunkan tubuhku dari tilam empuk yang sejuk berdingin dek penghawa dingin...tanggungjawab belum sempurna kulunaskan. Keperluan anak perlu aku sediakan agar tidak kelam-kabut sebelum ke tempat kerja. Botol-botol susu perlu diuruskan, pakaian dan sebagainya bagi memudahkan tugas pengasuh. Emmm...baru jam 1 lebih, tak salah sambung tidur dan tetapkan jam penggera awal pagi...jangan terlajak sudah....tapi alang-alang sudah terjaga,kerana aku sendiri tidur seawal jam 9 malam kerana melayani dan memujuk dikecil untuk tidur. Tubuh dan mindaku sebenarnyapun memang letih sehingga isyak kulewati.
Oh....isyak...masa agak panjang...sebelum subuh masih isyak...mmm
Hati kecilku memujuk...
Tak 'seletih mana' mana kamu nie...
'Bangun dan tunaikan tanggungjawab pada Tuhanmu...'
Rasa letih..mengantuk dan berat meninggalkan sisi si kecil adalah perjuangan...
'tak sebesar manapun perjuangan mu itu...gerakkan tubuhmu wahai diri....bukan senjata yang mahu dipikul...ayuh, buru syurgamu!
perjuanganku tidak sehebat para syuhada...
tidak hampirpun...
kesukaranku tidak sehebat saudara-saudara di bumi palestin...tidak hampirpun....
...bolehkah aku tuntut syurga hanya kerana melawan perasaan 'malas'ku sendiri sedangkan ibadahku masih ringan bagai dedaunan yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...?
Aku bangun dengan kelopak mata yang masih terasa 'keenakkan' tidur, nikmatnya meletakkan kepala dibantal yang gebu ketika ini. Sunyi sepi suasana...memang tenang benar. Aku duduk sebentar ditepi katil mengurut tumitku yang bisa setiap kali bangun dari perbaringan sebelum mula berdiri kesan dari keradangan tisu yang aku alami. Kuatkan hati untuk bangun...aku pendosa juga ingin memburu syurga....
'Abaikan nikmat tidur...
bayangkan wuduk membasahi kulit...
bayangkan sucinya solat itu
...tanpanya perbaringanmu jadi tak keruan'...
Menunaikannya...menyempurnakannya adalah nikmat yang paling indah dapat dinikmati di dunia, tidurmu lebih aman...ia bukan bayangan semata-mata tetapi ia adalah rialiti yang nyata.
Maka....
....?
...persoalan memang tak akan lekang dari minda yang ingin berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Aku tak layak persoalkannya. Mungkin ada benda remeh yang akan membantu kita di'sana'...hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Semoga Allah melindungi kita semua....