Musim perayaan...musim cuti...ramailah kita guna RNR...perjalanan jauh menziarahi kaum kerabat. Yang 'jauh didekat-dekatkan. Perhentian rehat dan rawat memang satu keperluan. Nak terlelap,terkucil..nak rehat minda dan fizikal,nak isi keperluan 'perut' mahupun karenah isi keluarga yang turut dibawa. Syukur sangat-sangat kerana kewujudan tempat-tempat sebegini memberi impak yang positif. Ketika ini juga RNR dihujani manusia yang lapar sarat pengharapan menghirup secawan kopi panas mahupun air buah yang segar...teh tarik kaw mahupun nasi panas berlauk campur, mee goreng...dan Tidak dinafikan dulu aku seronok menjamu selera di RNR. Buah tangan untuk dibawa pulang juga mudah diperolehi. Tetapi semenjak kebelakangan nie aku akan rasa terkilan kalau tidak berkesempatan menyediakan bekal sendiri. Adakalanya juga lebih seronok 'keluar sebentar' dari lebuhraya kerana nak cari warung 'orang kita' sengaja nak menikmati masakkan pelbagai cara di negeri orang.
Aku percaya tak semua peniaga RNR hanya pentingkan keuntungan semata-mata dan menyediakan makanan sekadar melepaskan 'betuk di tangga' walaupun aku kerap menerima cawan berkeladak yang boleh mengukir namaku sendiri dengan jari tumpul mahupun menjamah rendang daging yang sudah berlendir begitu rajin dipanaskan... Mungkin ada diantara pengusaha yang fikir pelanggan datang dan pergi berlainan 'manusia' tetapi bagi pengguna yang kerap ataupun yang 'ada kampung'/urusan 'kami' sudah tahu menilai dan mengenali makanan yang disediakan bahkan 'memilih'@mengelak gerai tertentu. Aku masih memberi peluang pada diriku mencuba serta mengimarahkan ekonomi selagi mana aku 'menemui' selera yang bertepatan dengan keperluan...'saat ketika waktu itu...'
Semoga perniagaan bertambah maju buat peniaga yang ikhlas dan telus,kalian masih wujud biarpun kini nampak semakin berkurangan...percayalah setiap dari kalian merupakan sebuah harapan dan doa dari sang musafir.
Semoga pihak berwajib pula lebih serius dan 'senang-tiasa' aktif dalam pengawalan aspek kualiti 'plus' kebajikan pengguna...