'Cik abe' dah lama sangat berkenan dengan pemasangan vanyl untuk bilik kami. Dek kerana budget yang terarah ke tempat lain hasrat tersebut belum kesampaian. Alhamdullillah ada rezeki bulan ini kami berjaya juga memasang vanyl untuk 1 bilik... (bilik kecil 6×12kps, untuk percubaan).
Sebelum ini macam-macam tempat kami dah 'survey' sampai agak keliru dengan nama sebenar kemasan lantai idaman nie. Ada yang tulis vanly...vanil..vanyl. Kami hampir membeli vanyl di GM sebelum ini. Tapi aku pujuk 'cik abe' survey lagi sebab aku meragui produk tersebut sebab namanya 'vanly' dan agak nipis,cara pemasangan pula perlu gam dan didatangi dengan saiz 1 kaki dan lagi satu saiz tak ingat sangat tetapi agak kecil. Bab pemasangan bergam ni...ala-ala pasang tiles takut pula tersenget. Bila ditanya upah pasang lain harga. Aku pernah nampak yang lebih tebal dan realistik macam kayu.
Kebetulan kami melalui jalan Meru dan terserempak dengan sebuah kedai vanyl. Terus pergi sana. Di situ cik abe dah rambang mata sebab kemasannya agak berbeza dari GM malah lebih rialistik. Harga ikut ketebalan dan jenama. Ada produk dari Korea dan ada yang dari China. Buat masa ini produk vanyl yang terbaik adalah dari Korea. So tengok juga budget dan kesesuaian jangka masa panjang. Cara pemasangan menurut tauke tu guna gam Dunlop. Ada juga yang jenis 'stac in'. Tak perlu gam tetapi harga berbeza. Walaupun rasa sangat teruja kami belum lagi mengambil keputusan untuk membelinya. Memandangkan kos upah pasang agak melangkaui budget. Buat masa nie,kedai ni menawarkan harga vanyl terbaik. Mungkin bila ada budget kami akan kembali.
Pelbagai pilihan saiz,corak dan ketebalan * Al-Aqsa |
Mereka turut mendemo cara pemasangan dengan 'double side tape' dan ianya agak kemas dan kuat. Kalau tak yakin juga mereka turut mengambil upah pasang tetapi ianya percuma untuk pemasangan 500kps ke atas.
Pilihan karpet 'indoor & outdoor'
Setelah berasa yakin untuk membuat pemasangan sendiri, kami pun belilah 2 kotak vanyl 3mm untuk cover bilik kecil berukuran 6×12. Harga keseluruhan termasuk remix 'double side tape'/rm20 adalah dalam lingkungan RM 288.
Vanyl tile
Sebab-sebab utama nak pasang vanyl ni kerana:
*budget
*kemasan vanyl agak menarik dan rialistik bak kayu
*boleh d.i.y: tak perlu 'main' dengan simen jika pasang tiles seramik & jimat upah pasang
*potong vanyl tile guna pisau & lekat guna 'double side tape' jerr(mengikut model)
*kaki tak sejuk bila pijak lantai
*mesra kanak-kanak
*senang dibersihkan
Proses pemasangan kami :
...tak sangka hanya menggunakan 'double side tape' kemasan vanyl nie agak kuat. |
Kalau tak cukup nak cover dinding, lekat pada tempat yang 'kelihatan' jer. Kami gunakan sehabis yang ada. Heheh...
Taraaaa.....
Diari vanyl 2 : Oktober 2016
Dikit-berdikit kini kami igin memasang vanyl pada bilik terakhir kami. Kali ini kami cuba citarasa di floor depot,Meru. Untuk bilik berkeluasan 12×12 kos adalah dalam lingkungan 500 untuk 3mm. Oleh kerana di sini tidak menjual double tape khas yang biasa kami gunakan ,encik suami mengambil keputusan untuk menggunakan gam.
vanyl: double tape vs gam
Pada mulanya kami agak meragui untuk menggunakan gam kerana memikirkan 'renyah dan kelecehan gam yang melekit' ternyata ia lebih praktikal malah menjimatkan masa (*separuh)terutamanya jika kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh lebih seorang.
Vanyl yang siap nampak lebih kemas .
So...double tape vs glue...? Glue win :)