...seribu satu kenangan mengusik kalbu antara suka & duka bercampur baur sehingga adakalanya jadi keliru dengan perasaan yang dialami. Hakikat kehidupan memang tak seindah yang diimpikan namun impian adalah pendorong untuk memiliki kehidupan yang lebih baik...
...dalam dunia serba ilusi dan nyata ini, pelbagailah ragam manusia yang timbul; ada yang memberi impak dalam hidup dan ada juga yang sekilas pandang hadirnya tidak memberi kesan. Namun aku tak terlepas pandang terhadap apa yang berlaku di sekitar ku baik yang ada kena mengena ataupun tidak...sebagai satu proses pembelajaran diri agar tidak memandang enteng perkara yang dianggap remeh tetapi meninggalkan parut.
...sedang diri diulit senyuman tiba-tiba seorang insan yang sangat rapat membuka kata yang lahir dari hatinya...mengapa insan yang berkorban sering terpinggir berbanding insan yang sering menyakiti? Adakalanya insan yang banyak menabur jasa dipandang sebelah mata sebaliknya insan yang dulu tidak mempedulikan kesusahan dan derita yang pernah ditanggung diberi layanan bak vip.
Jawapanku...mungkin kerana rasa takut kehilangan sebuah jalinan yang dulu rapuh membuatkan seseorang tidak kisah 'diperhambakan' suasana dan pada masa yang sama tidak bimbang kehilangan insan yang dirasakan sudah pasti akan sentiasa berada di belakangnya saat senang mahupun sukar...
Insan : 'bukankah dia sebenarnya berlaku kejam pada insan yang sedia disampingnya saat sukar dan senang, sepatutnya...'
Kenyataan tersebut mengambarkan ada luka tercalar di sudut hatinya.
Kenyataan tersebut mengambarkan ada luka tercalar di sudut hatinya.
Aku memandang ke wajahnya dengan seukir senyuman, sememangnya aku tidak menyalahkan perasaannya. Mungkin masa telah melunturkan sedikit sebanyak 'semangat juang dan ketulusannya', rasa tidak dihargai dan dipergunakan. Aku ingin bersetuju dengannya, ingin 'menambah perisa' terhadap kekecewaannya...tetapi apakah dengan memberi jawapan yang memuaskan hatinya akan mengubah suasana sedemikian, atau aku akan hanya mengeruhkan lagi sebuah perhubungan yang lain?
...apa yang mampu ku pujuk hanyalah dengan kata-kata yang aku tahu hanya mudah diucapkan tetapi sukar dilaksanakan...namun hakikatnya tidak perlu kita bersedih andai tiada pengiktirafan dari manusia mahupun dunia sekalipun ...yang penting Dia Maha Mengetahui dan kita harus redha dan sabar menghadapinya.
...apa yang mampu ku pujuk hanyalah dengan kata-kata yang aku tahu hanya mudah diucapkan tetapi sukar dilaksanakan...namun hakikatnya tidak perlu kita bersedih andai tiada pengiktirafan dari manusia mahupun dunia sekalipun ...yang penting Dia Maha Mengetahui dan kita harus redha dan sabar menghadapinya.
...pengajaran buat diriku juga... sekiranya kita kesal andai ia berlaku kepada kita, kepada insan lain@kepada insan yang kita sayangi, pandang pula pada diri kita, adakah kita benar-benar menghargai insan yang sedia bersama kita di saat-saat sukar atau mereka juga mendapat layanan kelas kedua dari kita bila kesenangan dan kegembiraan sedang dikecapi?
Akhir sekali...Nak kongsi masakkan sup 3 rasa bak rencah kehidupan , sesuai dimakan dengan nasi impit, nasi putih, mihun dan yang seangkatan dengannya....
Sup ayam masam, masin pedas...
Bahan A
5 sudu besar minyak zaitun
1 biji cili kering (tak perlu potong)
6 biji cili api (tumbuk kasar)
Secubit serbuk lada hitam
Bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih diketuk
Halia muda ditumbuk (lebih kurang saiz setengah jari kelingking)
4 biji ketumbar
Air secukupnya. (Ikut nak pekat mana)
1 biji cili kering (tak perlu potong)
6 biji cili api (tumbuk kasar)
Secubit serbuk lada hitam
Bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih diketuk
Halia muda ditumbuk (lebih kurang saiz setengah jari kelingking)
4 biji ketumbar
Air secukupnya. (Ikut nak pekat mana)
Bahan B
Setengah ekor ayam dipotong 6(buaang kulit)
3 sudu besar serbuk sup Adabi
4 biji kentang
I biji tomato di buang kulit
Setengah batang saderi (dipotong ikut suka)
Setengah ekor ayam dipotong 6(buaang kulit)
3 sudu besar serbuk sup Adabi
4 biji kentang
I biji tomato di buang kulit
Setengah batang saderi (dipotong ikut suka)
Garam secukup rasa
Cara: bahan A ditumis, kemudian masukkan bahan B, reneh hingga kentang empuk.