Isnin, 28 April 2014

Dari 'kaca mata' turun ke hati....


'Lebok' jer : Sanwich 'otai'



Sebenarnya aku agak fobia nak makan 'sardin' tanpa dimasak terlebih dahulu. Terbayang rasa hanyir ikan dari tin. Selalunya kalau masak sardin aku gemar menumis gareng ikan tersebut, baru terbuka selera biarpun tanpa sebarang lauk pauk yang lain.



Pertama kali seorang sahabat membawa  sandwich sardin lebok di pejabat aku tidak begitu teruja tetapi setelah mencuba, sekeping roti tidak memadai. Perahan limau, kepedasan cili api dan lada hitam menambahkan selera sehingga aku membuat keputusan untuk menyediakannya sendiri dengan caraku yang sempoi ni....

Bahan-bahan: sebuku roti gandum@putih dipotong kepada 2 bahagian.

1 tin sardin Ayam Brand/Kings (buang kuah, buang tulang & lenyak isi sardin,tambah moyonis dan sedikit butter ikut selera.



(A)
Potong dadu@halus:   cili api secukup rasa, 4-5 biji bawang merah kecil,2 biji tomato dibuang biji,3 biji timun jepun, sebiji cili merah/besar dibuang biji.



Lain-lain bahan:

5 biji perahan limau kasturi, sesenduk mayonis, lada hitam secukup rasa(@lada hitam yang ditumbuk sendiri lebih kurang 8-10 biji) dan garam secukup rasa.

Cara-cara: gaul rata semua bahan-bahan tersebut bersama sardin yang telah dihancurkan. Sapu diatas roti. Siapppp!!!

Tips: Tos semua bahan yang dipotong dadu/halus sebelum 'dilebok' ke dalam sardin bagi mengurangkan kelembapan.




...dah 'pekena' sandwich bolehlah 'merayau' bersama kawan-kawan di Menara K.L :



Al-kisah aku dan kawan-kawan menyertai lawatan anjuran Puspanita Klang.....

Bertuah melihat kawan-kawan yang tidak memerlukan kaca mata untuk menikmati permandangan sekitar Menara Kuala Lumpur.


Adakalanya belengu kaca mata memang merimaskan. 'Bermain sorok-sorok' dengan kaca mata sendiri tatkala lupa tempat meletak adakalanya mewujudkan rasa baran...kecewa dengan diri, adakala lucu pula bila sakit batang hidung  terlanggar sesuatu dengan bingkai kaca mata yang masih melekat di muka; Belum lagi halnya ketika diserang migrain...kaca mata seolah-olah 'memberatkan' lagi sakit kepalaku. Namun begitu aku bersyukur sekali kerana diberi sepasang mata olehNya.

Terima kasih sahabat-sahabatku atas ingatan serta pemberian ini...

Walaupun rabun, ia adalah sebaik-baik kejadian untukku, sekurang-kurangnya aku masih boleh melihat dengan pelbagai alat bantuan yang mudah didapati (kaca mata, kanta sesentuh), Aku juga bersyukur kerana diberi rezeki yang mendayakan aku untuk memiliki kemudahan dari alat-alat bantuan penglihatan. Bayangkan andai kurniaan ini ditarik balik, adakah kita akan setabah insan-insan yang buta sebelum kita? Bayangkan juga insan yang tidak mampu membeli kaca mata beratus harganya, maka kaca mata pasar malam jugalah menjadi pilihan walaupun diwarkan sebagai 'tidak diiktiraf' untuk kesihatan mata.

 

Logi air Bukit Nenas

        Antara panorama Kuala Lumpur dari Menara Telekom:

       




Kaca mata bukanlah kekal seumur hidup, adakala hilang, patah atau perlu ditambah baik 'kuasa'nya. Bila 'budget' tak berapa nak ada ketika berlakunya perkara-perkara demikian terpaksalah menghadapi hari-hari mendatang yang merimaskan.  Oleh itu syukur dan bersyukurlah, hargai apa yang kita ada atau nikmati. Jangan sesudah kehilangan barulah kekesalan datang lantas menjadi igauan dalam kehidupan kita. Hargailah orang sekeliling kita, jangan hanya kerana sedikit keburukkan yang kita nampak hari ini pada seseorang; kita terlupa pula tentang segala kebaikkan yang pernah dilakukan untuk kita sebelum ini. Tiada manusia yang sempurna termasuk diriku sendiri.   Ingatan untuk pengalamanku hari ini dan kepada sesiapa yang 'terlupa'...


Hari ini umpama Hari 'kebebasan' untukku. Aku mengenakan kanta sesentuh pakai buang untuk merasa bebas dari belengu bingkai kaca mata bagi menikmati panorama Kuala Lumpur.....

Godaan ketika menikmati panorama Kuala Lumpur. 

......aku bebas mengenakan pakaian santai selain pakaian seragam kebiasaanku, aku juga bebas daripada 'keluh-kesah' dan 'serangan' emosi harian insan-insan yang menganggap aku umpama robot kaunter yang tidak punya perasaan.


Tetapi itu perkara yang tidak perlu dihairankan kerana ia merupakan sebahagian dari asam garam kerjaya ku dan rakan-rakanku yang 'seangkatan dengannya'. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat hakikat sebenar yang berlaku disekeliling masyarakat, sifat-sifat insan antara yang paling 'sedih', janggal hingga yang mengkagumkan. Yang baik jadikan teladan dan yang sebaliknya sebagai sempadan.  Perkara-perkara negatif tidak akan melunturkan semangat jiwa andai disulami dengan sesuatu yang positif. Apapun dalam sepuluh 'kemarahan' insan satu ucapan terima kasih sudah cukup membuat diri rasa diperlukan untuk hari-hari seterusnya.  




Rumah tradisi Menara K.L ketika ini dalam proses membaikpulih...




Prinsip yang harus ku pegang hormatilah sesiapa yang perlu kita depani tidak kira kaum mahupun agama, anggap kehadiran yang muda sebagai sahabat kita, yang tua sebagai ibu bapa kita...yang 'mencuka' disiramkan dengan senyuman, yang melampaui kesabaran dengan diam diri ataupun 'pembalasan' yang   bijaksana kerana adakalanya kita perlu membela diri sendiri tatkala ia melampaui batas perasaan. 


Pokok Jelutong yang melambangkan kelestarian alam sekitar Menara Kuala Lumpur





Muhasabah diri dan menerima kesilapan hari ini untuk diperbaiki esok hari... Redha dan tetapkan hati kita ke jalanNya, kerana hanya dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang...  





Aku mengikuti 'rombongan cik kiah' buat pertama kalinya dalam sejarah kerjayaku. Ia sedikit sebanyak membuka minda dan 'merejunivasikan' motivasi diri.

Dekorasi dalaman menarik sekitar syiling Menara K.L
lukisan pelukis tempatan

Kalinya terakhir aku menjejakkan kaki di sini adalah kira-kira 9tahun yang lalu untuk beberapa kali baik bagi tujuan rasmi mahupun santai. Teringat ketika pernah terlibat dalam acara mempromosi Menara K.L di Melaka beberapa tahun yang lalu bersama-sama rakan 'kesukanan'.

Petugas Menara K.L yang komited memberi maklumat kepada pengunjung. 



Harap dapat kembali lagi bersama yang tersayang selain tidak berkesempatan menikmati 'movie' berdurasi 4 minit di lobi Menara K.L, harap juga di lain masa ada penambahbaikkan pada video penerangan pembinaan Menara kerana ada maklumat terkini berkaitan yang perlu dikemaskini kerana ia penting dalam menyalurkan maklumat kepada pelajar, pengunjung dalam dan luar negara kerana maklumat sahih dan terkini yang paling diharapkan pastilah dari sumbernya sendiri! 


Ok, jalan-jalan sudah, kongsi resepi sandwich sardin lebokpun sudah... Sebelum ini tekak saya tak 'berapa' masuk sardin yang tidak digoreng terlebih dahulu tetapi bila 'pekena' sandwich nie, kecur pula lidah....nyam nyamm! 

Selamat mencuba!